Saturday, October 8

HAMPAS KUALA SELANGOR.

Kata negeri berkebajikan, tetapi mengapa terpaksa merayu kepada rakyat? Sepatutnya segala kemudahan disediakan oleh parti yang memerintah! Sampai bila nak tebal muka untuk minta sedekah yang tidak pernah diauditkan? Adakah ini jihad PAS! Amat memalukan sebagai sebuah Parti berkebajikan..tetapi sebenarnya menyusahkan rakyat!!!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tuduhan pembangkang bahawa Belanjawan 2012 tidak realistik menunjukkan mereka mati akal dan tidak mempunyai jawapan bagi menyerang kerajaan.
Beliau berkata Belanjawan 2012 yang dibentangkan semalam merupakan sesuatuyang boleh dan mampu dilaksanakan oleh kerajaan serta bukan hanya janji-janji kosong.
"Untuk Bajet 2012 kita guna pakar-pakar dari Kementerian Kewangan, BankNegara, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan lain-lain, bukan pak pandir. Semuapandai-pandai dan ada kelulusan Phd.
"Bajet kita bukan untuk sedapkan hati rakyat, kita tidak tipu rakyat.Sebaliknya ia merupakan komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya semasa berucap pada majlis lawatan mesra rakyat di Ladang Tuan Mee, Ijok.
Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira sejam bersama lebih 3,000 masyarakat setempat serta menyampaikan sumbangan Deepavali dan Hari Raya AidilAdha kepada 600 penerima


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive