Monday, October 17

Nurul Izzah, Yingluck Shinawatra Malaysia?



Pakatan Rakyat sedang menghadapi jalan buntu. Siapa PM kalau PR menang.

Menanglah dahulu! Anwar Ibrahim akan didapati bersalah dan dipenjarakan teka ramai di dalam dan di luar negara. Saya tidak nampak kenapa Nurul Izzah tidak boleh jadi ‘Yingluck Shinawatra’ Malaysia? Lebih muda, lebih berpendidikan, lebih rupawan, walaupun mungkin tidak banyak wang seperti Yingluck; apa pula salah dengan Tok Guru Haji Hadi, Lim Kit Siang? 

Dalam perlembagaan tidak disebut PM mesti Melayu/Islam.

Memenangi pilihan raya sukar diatur tetapi tidak mustahil.

Baik Melayu, Cina, India dan Pribumi di Sarawak dan Sabah sakan menikmati anugerah Allah SWT di bumi Malaysia yang subur dan makmur ini. Pada keseluruhannya kita makmur (relatively speaking that is), aman damai (relatively speaking) dan pentadbiran boleh dikira cekap juga;

Ramai masih tidak senang dan tenteram kerana mereka tidak mensyukuri apa yang dinikmati dan dikurniakan. Mereka yang tidak puas hati, tidak berterima kasih berhijrah. Penduduk kita kini 28 – 29 juta, 30 – 35 peratus bukan Peribumi tetapi mendahului Peribumi yang berjumlah antara 65 – 70 peratus dalam ekonomi, pendidikan, profesion, separa profesional dan dalam semua bidang industri canggih, kewangan, insurans dan reinsurans.

Kalau yang tidak senang serta mendapati Malaysia mengamalkan quasi-demokrasi yakni separuh demokrasi, demerit bukan meritokrasi kita tidak boleh menahan mereka membuat pilihan suka hati mereka. Semoga mereka ini akan mendapat apa yang mereka kejar di destinasi yang ditujukan. Siapa kata tiada ‘ethnic divide’ di UK, AS? Sama ada mereka ini buta atau sengaja tidak mahu menerima hakikat hidup.

Saya ingin membaca satu hari sejarah negara kita yang sahih yakni sejarah kemerdekaan yang dianggap lengkap, definitif dan muktamad. Apa pun pelajarilah dari penjajah British dengan menjadikan history satu subjek penting dalam silibus pendidikan kita.

MKP kata boleh ini terjadi setelah apa yang berlaku nampaknya jika kita masih lagi tidak sedaq dan memberi penerangan kepada pengundi tentang apa niat pakatan pembangkang untuk menghancurkan Malaysia tercinta.Terserah kepada pemimpin BN Pulau Pinang yang kini nampak terlalu selesa dengan apa yang berlaku.Amanat PM semalam jelas UMNO tidak akan mengambil kerusi KM Penang.akan tetapi Gerakan dan MCA masih lagi tidak bersungguh-sungguh untuk memenangi hati rakyat diperingkat akar umbi.takkan bila nak dekat pilihanraya baru nak start buat kerja kot......Fikirkanlah.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive