Saturday, October 29

Kedah Sejahtera Azizan Merana.



Firman Allah SWT, ‘Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka. Dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendahkan-rendahkan puak perempuan yang lain, kerana boleh jadi puak yang dicemuhkan itu lebih baik dari mereka. Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (menyebabkan pemanggilnya menjadi fasik). Amat buruknya sebutan nama fasik kepada seseorang sesudah ia beriman. Dan ingatlah sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya maka merekalah orang yang zalim.(Surah Al Hujurat)

Siapakah yang Allah firmankan sebagai ZALIM ? Gelaran 'zalim' sering ditujukan kepada UMNO BN sejak sekian lama yang sebenarnya banyak Allah firmankan di dalam Al Quran bagi mengambarkan sesuatu kaum, bangsa dan juga individu manusia. Sejak kewujudan PAS pada 1951 hingga ke hari ini, sangat jelas perlakuan kezaliman dan penghinaan kepada UMNO tidak hilang dari mulut dan hati pemimpin mereka. Kalau kita mempunyai akal yang sihat, dan mengkaji sejarah perjuangan PAS dan cara pemimpinnya 'berceramah', maka firman Allah SWT berdasarkan ayat diatas melambangkan kezaliman sebenar PAS yang bukan rekaan!!. Bukankah pemimpin parti maksum tersebut sejak bertahun-tahun menghina kaum lelaki mahupun wanita dalam UMNO yang dicop sebagai tidak Islamik? Pemimpin parti maksum ini juga sudah sebati untuk menggunakan segala medium samada akhbar suci Harakah atau pentas ceramah untuk menabur segala umpatan, fitnah rasuah dan segala penghinaan kepada UMNO tanpa membawa 4 saksi. 

Pendedahan YB Dato Mukhriz Mahathir mengenai kegiatan tidak bermoral yang semakin berleluasa di Kedah adalah perkara yang sangat berasas. Pertambahan rumah urut dan judi tak berlesen semakin bersepah sejak 3 tahun PAS mentadbir Kedah. Kewujudan pusat karaoke juga sangat memberangsangkan khususnya di sekitar Alor Setar, Sungai Petani, Kuala Kedah dan pekan-pekan kecil lain. Malah pertumbuhan pusat judi  tidak berlesen di bengkel mengecat kereta di Pokok Sena juga di kedai makan cina, dan mini market di Kuala Nerang boleh dikesan dengan mudah. Pembeli nombor ekor ini rata-ratanya Melayu Islam yang ‘melabur nasib’ untuk mencipta kekayaan segera.  Susulan dari pendedahan oleh Mukhriz, menyebabkan YAB Dato Seri Ustaz Azizan agak ‘terkejut’ dan terpaksa menerima rawatan jantung di IJN kerana tidak menyangka sebuah negeri yang ditadbir oleh ulama dan ustaz sepertinya menghadapi kebejatan maksiat yang kian ketara. 
 

Tanpa disangka cempedak menjadi nangka. Bertahun-tahun PAS Kedah berhempas pulas menelanjangkan UMNO BN dengan berbagai isu. Kini setelah menjadi ‘kerajaan yang berkuasa’, hanya dengan sedikit pendedahan,  Azizan sudah mengalami kejutan hingga terpaksa dirawat!. Dahulu mereka bercita-cita menghalang maksiat dan kemungkaran, malah slogan yang menjadi jeritan dari pentas ceramah menjanjikan pembesihan masalah sosial bersama slogan  ‘Membangun Bersama Islam’. Namun hakikat itu sebenarnya jauh panggang dari api…Mana mungkin dengan berpolitik siang malam mereka mampu mengatasi semua masalah yang kian membarah di Kedah

PAS Kedah mendabik dada, kononnya sejak mentadbir banyak kuliah agama dilaksanakan. Adakah semasa UMNO BN menjadi kerajaan negeri perkara ini tidak terlaksana?  Cuma bezanya semasa zaman Azizan, beliau menggunakan dewan di kediaman rasminya sebagai tempat menganjurkan kuliah agama. Baguslah jika ianya dilaksanakan tanpa niat berpolitik atau tujuan lain. Namun jika kuliah agama mingguan tersebut dilaksanakan di masjid, boleh berniat iktikaf untuk menambah pahala. Sekurang-kurangnya jasa bekas MB, Dato Seri Diraja Mahdzir Khalid wajar dikenang oleh Azizan dan insyAllah turut menumpang pahala kerana merancang pembinaan dewan berkenaan untuk kemudahan rakyat Kedah mendengar ‘kuliah agama’ dari pemimpin PAS.

Azizan juga berbangga tentang kampus KUIN di Kuala Ketil seolah-olah itulah ideanya sewaktu menjadi MB Kedah.  Rakyat Kedah bukanlah mudah diperbodohkan untuk menilai sumbangan PAS sejak 3 tahun mentadbir kerajaan negeri. Malah jasa dan peranan PAS Kedah serta Azizan dalam perkara asas seperti air dan kebersihan pun gagal dibuktikan. . Mulut capoi 'Ustaz Azizan'  juga sering menjadi senjata makan tuan! Malah beliau  dengan selambanya melabel  kerajaan pusat seperti ‘beruk panjat nyioq!’ ketika sidang DUN baru-baru ini. Namun ustaz ini jugalah yang  terhegeh-hegeh menanti ketibaan YAB Dato Seri Mohd Najib sewaktu kunjungan PM ke Kedah baru-baru ini. 

Malang bagi umat Islam khususnya di Kedah yang cuba mengangkat seorang  ‘ustaz’ yang kononnya menjunjung perjuangan Islam tetapi tidak mencapai tahap NKRA sahsiah pengucapan dan budi bahasa. Sikap beliau yang tidak mesra media, tidak boleh menerima kritikan dan cukup ‘perengus’  mendedahkan sahsiah seorang ustaz bertaraf MB. Seorang kenalan pernah disergah dan dilayan dengan buruk sewaktu berkunjung ke rumah beliau untuk mendapatkan pertolongan mengatasi masalah  kelewatan  pembayaran oleh agensi kerajaan negeri. 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive