Sunday, October 23

Orang UMNO Sebenarnya Komunis.



Wahai Aziz Bari bukan semua pelajar UIAM itu suka kamu, termasuklah pelajar dari Fakulti kamu sendiri. 

ANTARA PROSES PERUNDANGAN, DUNIA AKADEMIA DAN POLITIK

Persoalan kebebasan dunia akademia, perjuangan menuntut keadilan oleh mahasiswa dan campur tangan politik nampaknya berkumandang sekali lagi. Demonstrasi acap kali dilakukan selepas sembahyang Jumaat. 
Sebab utamanya sudah pasti untuk mendapatkan bilangan penonton yang ramai selain daripada bilangan penggerak sebenar demonstrasi tersebut. Kali ini, ia bertempat di Gombak, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. 
Demonstrasi hari ini adalah bertujuan membantah penggantungan Professor Dr Abdul Aziz Bari yang merupakan seorang pakar perundangan bidang Perlembagaan. Kisah penggantungan ini bermula selepas beliau menegur DYMM Sultan Selangor yang telah menyampaikan titah berkenaan isu murtad Damansara Utara Methodist Church(DUMC).  
Rentetan daripada isu tersebut, Professor Dr Abdul Aziz Bari dihantar surat tunjuk sebab, dimaklum bahawa beliau digantung sehingga 25hb Oktober untuk mendapatkan penjelasan bertulis beliau serta tidak dibenarkan masuk ke kampus universiti tanpa kebenaran Dekan Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim. 
Sebagai seorang pelajar undang-undang di universiti ini, ingin saya memaklumkan bahawa proses penggantungan Professor Dr Aziz Bari bukanlah suatu hukuman tetapi ia lebih kepada memberi masa kepada beliau membela diri dan menjawab tuduhan-tuduhan terhadap beliau. Barang kali atas sebab pentadbiran salah menggunakan istilah, sifat marah masyarakat terbina. 
Jika diteliti, proses penyiasatan memang secara lumrah kadang-kala menyebabkan seseorang pekerja digantung. Mereka akan dihalang bekerja supaya pekerja tersebut boleh menumpukan diri dalam membela diri beliau. 
Ia juga berfungsi untuk tidak menyalahkan pekerja tersebut jika tidak dapat menjalankan kerja beliau apabila sibuk mendapatkan bukti-bukti membela diri.  
Oleh itu sebagai masyarakat yang mempunyai nilai yang tinggi, kita sepatutnya menunggu penjelasan daripada Professor Dr Aziz Bari dan alasan sebarang keputusan pihak pentadbiran sebelum kita sendiri membuat keputusan muktamad. 
Walau bagaimanapun, seperti satu adat atau tradisi dalam isu-isu sebegini, maka mula pula proses tuduh-menuduh tanpa bukti bahawa ada tangan-tangan ghaib yang menekan pihak pentadbiran untuk mengambil tindakan terhadap pensyarah ini.  
Dalam kehangatan ini semua, maka lahirlah demonstrasi selepas solat Jumaat pada hari ini. Mahasiswa-mahasiswi diseru untuk bangkit memperjuangkan keadilan seorang guru yang menurunkan ilmu kepada sebilangan daripada mereka termasuklah saya. 
Aneh sekali dalam suara lantang pembahas kelompok mahasiswa tertentu ini mengecam pihak pentadbiran dan menyatakan penentangan kehadiran tangan-tangan ghaib dalam proses pentadbiran universiti, tidak jauh daripada mereka berdiri pula pemimpin-pemimpin parti politik yang tiada kaitan dengan universiti. 
Mereka tidak pernah pun menuntut di Taman Budi dan Ilmu ini. Hanya seorang saja daripada pemimpin parti tersebut yang hadir merupakan alumni universiti ini. 
Kehadiran mereka ini kemudiannya cuba dijustifikasikan. Terdapat pihak mengatakan bahawa individu-individu politik ini sebenarnya mengambil berat akan dunia akademik. Soalnya adakah mereka ini benar mengambil berat atau mahu mengambil kesempatan akan bilangan pelajar yang turun menyatakan pendirian mereka? 
Inilah projeksi imej yang dimahukan ahli-ahli politikus ini. Soalan yang muncul dibenak hati saya adalah, jika benar mereka mengambil berat tentang universiti mengapa mereka tidak boleh hormat akan sifat neutraliti dunia akademia yang tidak mahu kehadiran watak-watak politik yang tidak diundang?  
rakan-rakan ahli politikus mereka yang lain yang pernah menuntut di universiti ini tidak menghadirkan diri kerana tahu bahawa dunia akademik tidak patut dicemari oleh tindakan politik, mereka pula tanpa malu melakukan sebaliknya.  
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia tiada pensyarah-pensyarah berkaliber mahupun pemikir-pemikir matang di kalangan mahasiswa-mahasiswi? Ini hanya menunjukkan bahawa orang seperti ini langsung tidak hormat akan universiti yang akan menjadi 'alma mater' kami. 
Secara amalan di universiti, ahli politik sepatutnya hanya menghadirkan diri jika dijemput untuk memberi perspektif mereka agar ia boleh diselidik dan dipelajari oleh penuntut dan pensyarah. 
Ahli politik yang hadir pada demonstrasi ini walau bagaimanapun tidak dijemput dan pendapat mereka juga tidak diminta. Dalam isu ini, dunia akademik tidak mahu melihat sesuatu isu dari kaca mata sentimen tetapi kebenaran. 
Saya pasti ahli politikus yang hadir hari ini akan mengatakan bahawa lawan mereka tidak mengendahkan hal ehwal dunia akademik. Ini jelas mengambil kesempatan untuk kepentingan parti politik mereka. Sebagai tindak balas, lawan mereka pula akan masuk ke pentas universiti bagi setiap isu dan peluang yang ada.  
kesemua ahli-ahli politikus berkejar-kejar masuk ke universiti. Akhirnya sebuah universiti yang menjadi gedung ilmu dan pembelajaran akan menjadi lagi satu ruang debat orang-orang ini. Tidak cukup dunia di luar kampus, di sini juga dikotorkan dengan fitnah, retorik dan sentimen. 
Sebagai rakan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang lain, saya seru marilah kita bersama-sama terus memikul tanggungjawab membina negara kita sama ada dari segi fizikal, rohaniah mahupun mental.  
Dalam sifat berkobar-kobar kita mahu menegakkan keadilan jangan pula kita dipermainkan untuk kepentingan tertentu. Mahasiswa -mahasiswi perlu terus berpendirian, melihat dan menyiasat sesuatu isu secara adil dan saksama. Maka dengan ini, barulah masyarakat tahu bahawa Malaysia masih mempunyai harapan cerah di masa hadapan.

Akmal Saufi
 
Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim 
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

MKP  sarankan semua pihak tidak mengambil sikap 'double standard' terhadap kes Dr Aziz Bari digantung tugas. 25hb ni dia masuk balik pun.

Beri kebebasan sepenuhnya kepada pihak pengurusan UIAM selesaikan tugas mereka mengikut bidang kuasa yang tersedia rangkum. Semua pihak tak kira pelajar, pembangkang mahupun Timbalan Menteri Kabinet yang 'bersedih' tidak harus campur tangan.

4 comments:

Unknown said...

Bila agaknya dia nak habis cakap merapu?

matkilaupenang said...

tak tahulah.sebenarnya dia harus sedaq apa yang telah dibuat oleh umno untuk membantu anak bangsa menjadi sepertinya.

Cik Pudina said...

Dia ni tak tahu sejarah sebenar. Beliau hanya tahu 'Surface History'. Memang benar ahli UMNO kena tangkap dan di siasat. Tapi hanya disyakki. Kalau UMNO perpaling pada komunis termasuk Dr. Mahathir, Negara ini dah lama ditukar status kepada Socialist dan raja serta sultan dah lama tak ada. Agama Islam pun mungkin tak ada.


Lebih malang Aziz Bari pun tak jadi Prof. entah-entah kerja kebun sahaja.

Nak cakap guna otak. Memang beliau pandai disatu bidang tetapi tidak semua bidang. Kadang-kadang ada kebodohannya.

Jangan dilayang manusia seperti ni buat habis karan sahaja.

matkilaupenang said...

memeng tepat sekali ulasan yang dibuat oleh cik pudina.saya bersetuju Aziz bari mungkin telah dijanjikan sesuatu dengan tindakaan beliau.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive