Sunday, October 16

BN Bagi Rm53.64 Juta! DAP bagi APA Janji Kosong


Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM53.64 juta setahun untuk membantu lebih 21,700 kumpulan sasar di Pulau Pinang melalui Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Karisma).


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata jumlah yang diperuntukkan kerajaan Persekutuan untuk membantu rakyat Pulau Pinang adalah lebih besar berbanding peruntukan yang disediakan oleh kerajaan negeri.


“Kerajaan negeri Pulau Pinang bagi RM100 sahaja setahun kepada warga emas iaitu kira-kira RM8 sebulan. Kalau nak dibandingkan, bantuan yang kita bagi adalah lebih besar tapi mereka (kerajaan Pulau Pinang) bercakap tentang bantuan RM100 di sana sini,” katanya



Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Pusat Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Bertam di sini, hari ini.
Perasmian pusat berkenaan disempurnakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas.
Shahrizat berkata golongan yang menerima bantuan melalui program Karisma antaranya ialah Orang Kurang Upaya, warga emas, ibu tunggal dan kanak-kanak.
“Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat memperuntukkan RM1.2 bilion tahun ini untuk disalurkan kepada 500,000 kumpulan sasar di seluruh negara melalui program Karisma,” katanya.
Selain program Karisma, terdapat program lain seperti program Azam (Akhiri Zaman Miskin) yang diwujudkan oleh kementerian bagi membantu golongan miskin meningkatkan taraf hidup mereka.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive