Saturday, October 29

Ujian @ Bala

Ahli PAS Padang Terap Buat Demo.


Lebih 3 Tahun kita boleh mengukur pemerintahan PAS dengan memberikan beberapa pengiktirafan sesuai dengan slogan Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua. Antara kejayaan sepanjang 3 tahun berkuasa ialah :


Seorang kenalan dari selatan dibohongi penyokong PAS bahawa ada panggung wayang ditutup? Memang benar kes ini , tetapi sebenarnya panggungCathay di Alor Setar telah diruntuhkan untuk pembinaan KFC semasa BN berkuasa. Namun  sebuah panggung wayang tercanggih turut dinaik taraf di Jitra Mall bagi keperluan orang ramai semasa PAS berkuasa. Hampir semua panggung wayang masih beroperasi dan cerita kononnya sejak PAS memerintah, Islam semakin bersinar adalah mitos dan dongeng yang cuba direka. 


Dalam tempoh 3 tahun kadar maksiat semakin bertambah dan tiada suatu usaha yang kelihatan bersungguh-sungguh bagi mengurangkan masalah sosial  yang semakin ketara.  Masalah remaja juga tidak mampu diatasi seperti yang boleh dilihat di City Point Alor Setar dan Sungai Petani serta pekan-pekan kecil yang majoritinya dihuni orang Melayu. Penjualan VCD lucah  masih berlelusa di pekan-pekan kecil dan mereka yang melaungkan anti kemungkaran juga ramai yang terlibat sama. Pakaian remaja Melayu dan pergaulan sosial semakin tidak terkawal. Tahap moral anak-anak Melayu Kedah sebenarnya terlalu dahsyat dan sangat membimbangkan. Kajian penulis terhadap salahlaku moral remaja berusia 13 hingga 16 telah membuktikan kebejatan akhlak dan sahsiah mereka. Adakah PAS Kedah langsung tidak mahu bertanggungjawab dalam isu ini, sedangkan maksiat moral ini sebenarnya berpunca dari Maksiat Perpecahan oleh PAS. Hebat tang mana slogan Negara Islam dan jerit pekik serta salak mereka sebelum ini untuk menghalang maksiat dan kemungkaran sedangkan kini ekor mereka bergelumang tahi.



 Dalam satu forum anjuran PAS Padang Terap dipengerusikan oleh isteri Ahli Parlimen iaitu YB Nasir Zakaria,  isu anak luar nikah dan pergaulan sosial remaja menjadi tajuk perbincangan. Antara panelnya ialah Mufti Kerajaan Negeri Kedah, Dato Sheikh Badruddin. Satu pendedahan paling menarik perhatian oleh isteri YB Nasir ialah  data kelahiran anak luar nikah seramai 6 orang di Daerah Padang Terap setiap bulan. Mereka telah membuka pekung di dada dan mula menenlanjangkan realti pentadbiran PAS Kedah selama 3 tahun. Dahulu merekalah juara menyalahkan kejadian dan masalah sosial kononnya disebabkan BN UMNO yang memerintah. Hari ini mereka masih juga mencari salah orang lain sedangkan beban dan amanah kepimpinan sudah Allah SWT letakkan di atas kepala mereka. Itulah antara kebobrokan sebuah kerajaan yang cuba menuding jari mencari salah orang lain tetapi setelah mentadbir mereka juga ‘gagal’ mentarbiah dan mula mendapat ramai anak luar nikah. Bayangkan ramai mana anak luar nikah dilahirkan sepanjang 3 tahun PAS berkuasa, apakah yang PAS Kedah akan jawab di hadapan Allah SWT mengenai  usaha-usaha ulama dan ustaz-ustaz PAS mengatasi masalah ini. Pemimpin mereka seperti “ketam’ yang sedang mengajar UMNO berjalan betul. Kita cukup memahami budaya PAS yang tidak pernah mengakui kesalahan dan memindahkan semula kesalahan kepada UMNO, Inilah kelebihan PAS kerana kononnya Parti Maksum yang diilhamkan pada tahun 1951 oleh pemimpinnya dan diluluskan penubuhanya oleh kafir Nasrani sedang berjuang untuk menyelamatkan umat Islam akhir zaman!!

Ada perumpamaan Melayu seperti ‘kera dapat bunga’ dan ‘anjing menyalak  bukit’ untuk PAS Kedah merenung diri mereka.  Dalam tempoh 3 tahun, PAS Kedah sebenarnya tidak dapat membuktikan apa-apa kepada rakyatnya. Jika dahulu semua BN lakukan adalah berdosa, setiap musibah adalah bencana, pemimpin UMNO BN mabuk kuasa hingga terlalu buruk di mata dan hati mereka. 
Namun kini Allah SWT Yang Maha Kuasa telah memindahkan ‘beban’ yang sangat besar dan malapetaka kepada kepimpinan PAS Kedah untuk mengalas amanah ini. Mereka kini sedang menjalani ‘hukuman’ dunia yang paling berat untuk dipersoalkan ketika pemimpin-pemimpin ini sudah tiada. Kaum yang menghina sedang dinilai dihadapan manusia yang pernah mereka hina. Roda sedang berputar, hukum dunia sedang berlangsung.  Namun mampukah penyokong PAS menilai, memikir dan terbuka pintu hati?

Dahulu mereka ibarat ‘menyalak bukit’ agar  bukit tersebut runtuh!!. Setelah berkuasa mereka masih tetap  ‘menyalak’ untuk meruntuhkan bukit tetapi bezanya kini mereka sedang menyalak dari atas bukit!!. Bukit tetap disitu cuma yang menyalak tadi sudah berada dikedudukan yang sangat tinggi. Mereka sudah boleh mula  mengorek sedikit demi sedikit bagi  meruntuhkan bukit yang pernah disalak jika mereka mahu.  Mereka akan kekal begitu kerana sudah sebati mengkritik dan menghina golongan lain, tanpa budaya tersebut zat dan vitamin untuk parti maksum ini terus subur dan didokong akan kian pudar, kecuali jika ahli-ahli dan penyokongnya sedar dari ketaksuban dan penipuan akidah yang sedang berlaku. Hati dan jiwa pemimpin PAS semakin beku ketika umat Islam berhadapan isu yang sangat mencabar keimanan dan keIslaman kita melalui isu pemeriksaan JAIS baru-baru ini. 



Berkata benar biarpun pahit. Justeru sebagai bekas pendokong dan penyokong fanatik parti maksum ini satu ketika dahulu, saya amat memahami budaya dan sikap ahli mereka kerana saya juga ketika itu  adalah sebahagian dari apa yang terkandung di dalam Firman Allah tersebut.  PAS tetap tidak mahu berubah, menolak untuk bersilatulrohim sesama bangsa demi agama, menentang suruhan Allah untuk BERSATU, bersikap ujub,  takabur  dan bangga diri dengan 'kefahaman agama' mereka yang kononnya lebih tinggi dan mulia dari orang lain. Inilah sifat-sifat iblis laknatullah iaitu mantan abid dan ketua para malaikat iaitu 'Azazil' sebelum dicampakkan ke dunia kerana keangkuhannya. Dan iblis berjanji menyesatkan manusia dengan pelbagai cara dan yang paling licik adalah 'melalui jalan agama' dan 'parti agama'. Kerana itu ciri-ciri dan sifat-sifat itu cukup terserlah di kalangan sebahagian manusia yang merasakan diri mereka lebih baik dan lebih mulia berbanding orang lain. Lidah dan hati mereka sentiasa seronok untuk menghukum dan menghina sebagaimana Firman Allah seperti ayat di atas. Ahli-ahli dan penyokong parti ini perlu melakukan reformasi dalam parti mereka atau meninggalkan perjuangan yang telah nyata amat sia-sia sejak 1951. Selain merugikan agama dan syiar Islam, kewujudan PAS adalah senjata paling bijak oleh kaum Yahudi dan Nasrani yang amat licik untuk menghancurkan kekuatan Melayu Islam di Malaysia. Malah tiada satu bukti pun yang boleh kita iktiraf sebagai sumbangan PAS dalam pembangunan bangsa dan agama khususnya di Kelantan sejak 20 tahun berkuasa !!

Firman Allah ‘Orang-orang “A’raab” berkata: “kami telah beriman”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Kamu belum beriman, (janganlah kamu berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ‘kami telah Islam’. Dan ingatlah jika kamu taat kepada Allah dan rasulNya, Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani’.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive