Friday, October 14

Lagi fitnah bangang oleh PRo Pembangkang.


Entah kenapa ada puak-puak terdesak dalam politik Malaysia yang asyik menyerang kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan fitnah berbentuk agama.
Ada sahaja pihak yang cuba menimbulkan syak terhadap akidah Perdana Menteri.
Lihat gambar di atas, tidak lama dahulu ia agak popular. Bagi yang mengikuti politik Malaysia pasti sudah melihat gambar ini beberapa tahun lalu ketika ia disiarkan Raja Petra Kamaruddin (yang kini semakin tidak relevan) di portal miliknya.
Ternyata gambar di atas adalah palsu.
Namun ketika ia disebarkan, ia dicanang banyak pihak seolah-olah ia benar, dan penyokong puak yang mencipta gambar itu dengan penuh keangkuhan mengutuk Najib.
Walaupun sedar gambar itu rekaan dan kisah Najib melakukan upacara keagamaan Hindu di rumahnya tidak benar, namun puak mentaliti rendah itu tetap mengutuk beliau.
Semalam kita sudah lihat ada pihak yang cuba menzahirkan Najib tunduk menyembah salib pula.
Kepada puak-puak macam ni, hentikanlah ok. Udah-udah la tu.
Perangai macam ini, anda bukan sahaja menghina Islam, anda juga menghina agama-agama lain.
Menzahirkan Najib sebagai seorang sami sedangkan hakikatnya itu fitnah, menghina Islam dan menghina Hindu sekali.
Kita yang beragama Islam jangan melihat diri kita terlalu agung sehingga kita boleh menjatuhkan maruah agama lain sesuka hati kita.
Kalau kita berfikiran demikian, maka tidak ada bezanya antara kita dengan bangsa Yahudi.
Kita sebaliknya perlu belajar menghormati semua agama tanpa kita memperdagangkan atau menaruh syak atas ajaran agama Islam.
Dari segi politik, carilah pendekatan atau ilham lain.
Ada ahli politik pembangkang yang benar-benar bagus di negara ini seperti Karpal Singh umpamanya.
Mereka kalau bersaing dalam politik, mereka ada hujah dan pendapat sendiri. Kukuh atau tidak hujah mereka itu soal lain.
Namun mereka tidak berlawan dengan aspek-aspek yang remeh. Belajar pada mereka ini.
Untuk semut-semut kecik yang takda kerja atau bosan dengan kehidupan sendiri, luangkanlah masa untuk mencari sesuatu yang berfaedah untuk dibuat.
Kalau anda boleh tampil dengan video yang sukar disangkal ketulenannya, maka ketika itu anda buatlah apa yang anda suka, itu boleh bentuk milage politik yang kukuh…. tetapi setakat mereka-reka gambar cam kutuk berahak takda kerja, baik hentikanlah.
Untuk skor beberapa poin politik, anda mempersoalkan akidah orang Islam yang lain dengan kaedah yang betul-betul bodoh. Siapa anda untuk berbuat demikian?
Oleh Ak-47.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive