Thursday, October 6

DAP Lacurkan Perempuan Cantik Untuk Menang



DAP memang sangat terkenal dengan helah dan perancangan politik yang sangat licik. Sebelum PRU 2008, cerita tentang DAP agak kurang dititikberatkan, memandangkan pengaruh DAP tidaklah begitu hebat. Setiausaha Agungnya pula adalah seorang lelaki yang sangat terkenal dengan penciptaan cerita-cerita karut dan serba membohongkan seperti kisah dia kononnya masuk penjara kerana membela seorang budak perempuan Melayu walaupun hakikatnya dia masuk penjara kerana menghasut dan menyebarkan kertas bercetak yang mengandungi fitnah.
Namun ada beberapa perkara yang menarik tentang DAP yang sebenarnya menuntut perhatian sewajarnya oleh barisan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional sekiranya mereka ingin menang. DAP nyata terkehadapan dalam penggunaan media dan pengiklanan. Iklan-iklan, promosi dan propaganda DAP dibuat dengan kaedah terbaik dari segi perang saraf. Sedangkan UMNO-BN ternyata masih lagi bergantung kepada kaedah konvensional yang sudah ketinggalan jauh dan tidak lagi efektif.
Perhatikan sahaja poster-poster DAP yang jauh lebih menarik dan lebih ceria, berbanding poster-poster Barisan Nasional yang serba melemaskan, kaku, tidak ceria dan menggunakan template yang sama seperti pada tahun-tahun 50-an. Perhatikan juga bagaimana DAP mendekati generasi muda menerusi media Internet dan tidak lagi terlalu bergantung kepada media massa dan elektronik seperti yang dilakukan oleh Barisan Nasional.
Namun yang lebih penting, perhatikan bagaimana DAP menggunakan calon-calon daripada generasi muda bagi menambahkan keyakinan serta lebih dekat dengan pengundi-pengundi yang sekarang ini majoritinya adalah golongan muda. Sedangkan Barisan Nasional pula, masih lagi mengekalkan calon-calon warga tua yang berperut boroi, berbadan besar, tidak cergas dan lembab, tua serta kelihatan tidak mesra dengan golongan muda.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive