Monday, October 24

Guan Eng Mengamuk Di Cabar Buat Laporan Polis



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sudah menjadi kecenderungan parti pembangkang untuk meletakkan semua kesalahan ke atas UMNO dan Barisan Nasional (BN). Beliau merujuk kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang menyalahkan penulis blog pro-UMNO yang mendakwa anak lelakinya itu mencabul kehormatan seorang rakan pelajar wanita berusia 16 tahun dan cuba melepaskan diri dari hukuman.
“Jangan salahkan sesiapa. Bagaimanapun, ia menjadi kecenderungan pembangkang dan Pakatan. Apabila mereka ada masalah sendiri, mereka mula menyalahkan UMNO.
“Bagaimanapun sekiranya ada kesalahan, kita perlu mencari apa punca utama,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin BN Selangor di sini hari ini.
Muhyiddin juga meminta Guan Eng membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar.
“Penafian adalah tidak mencukupi. Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama,” katanya.

Guan Eng dilaporkan mengamuk sakan apabila helah untuk mengalihkan isu dan mengelak SPRM daripada mengasaknya berhubung transaksi tanah kepada kroni dan penyumber dana untuk DAP, tidak jadi seperti yang dirancangkan.

Isu anak lelaki ramas tetek yang kononnya dimulakan oleh blogger pro-UMNO sebenarnya tidak lebih daripada helah agar isu SPICE yang melibatkan RM430 juta tidak dipedulikan.

Tony Pua dikesan cuba memanjangkan isu anak lelaki Guan Eng ramas tetek dengan bantuan Malaysian Insider dan Malaysiakini.

Namun sekali lagi mereka terkantoi apabila Pengetua SJKC membuat 'pengakuan' yang kemudian terbukti ada sesuatu yang diselindungi iaitu bantuan RM2 juta untuk sekolah tersebut.

Sumber berita anak lelaki Guan Eng ramas tetek datangnya dari dalam DAP Pulau Pinang sendiri. Sekali imbas ia memperlihatkan kononnya ada kemelut dalam DAP Pulau Pinang, padahal apa yang berllaku ialah melindungi SKANDAL SPICE yang bakal mengundang kehadiran SPRM.

Guan Eng memerlukan satu berita sensasi untuk menutup skandal tersebut daripada diketahui oleh rakyat Malaysia. Pada masa yang sama dia memerlukan alibi untuk dia memindahkan penyelewengannya selaku Ketua Menteri.

Jadi tidak hairanlah apabila Guan Eng diberitakan mengamuk sakan selepas penat-penat merancang skrip dan penggambaran dengan menggunakan anak lelakinya sebagai umpan!

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive