Saturday, October 1

SHEB Pemuda UMNO Lancar Van Pelbagai Guna Untuk Masyarakat



Pemuda UMNO menerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandarnya (SHEB) hari ini menempa sejarah apabila melancarkan van pelbagai guna yang pertama di negara ini dalam usaha memberikan khidmat kepada masyarakat.
Pengerusi SHEB, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata van serbaguna bergerak itu adalah untuk mempelbagaikan fasiliti khidmat terhadap masyarakat terutama kepada penduduk bandar.
Menurut beliau van serbaguna itu yang diubahsuai dan dilengkapi dengan pelbagai peralatan dan kemudahan canggih akan memberi dimensi baru dalam aspek penyediaan perkhimatan kepada masyarakat.
“Antara keistimewaan van ini ialah boleh bertindak sebagai ambulan ehsan, klinik bergerak kemudahan internet Wifi 4G, Outdoor Tv project, bilik gerakan, pusat temuduga serta ruang papan iklan.
“Van ini juga boleh digunakan untuk pentas politik seperti tempat untuk ceramah, pendaftaran ahli serta pengundi, pusat operasi dan pusat pengedaran.
“Selain itu, dari sudut perubatan, van bergerak ini juga menyediakan makmal perubatan diagnos yang pertama di negara ini yang mana akan memberi ruang kepada orang ramai untuk membuat pemeriksaan jantung, kencing manis dan sebagainya lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di PWTC, di sini, hari ini.

Tengku Azman yang juga Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang seterusnya menambah pelbagai program telah diatur dan sehingga hari ini, sebanyak 15 program akan diadakan dalam masa terdekat di sekitar Lembah Klang.
“Khidmat kita tidak statik dan tidak akan berada setempat sahaja sebaliknya akan pergi ke kawasan tertentu dalam menyediakan khidmat kepada orang ramai menerusi kemudahan yang ada pada van bergerak SHEB ini.
“Justeru, kita mengharapkan orang ramai dapat menggunakan kemduahan yang diseiakan ini untuk kepentingan bersama. Dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib yang begitu prihatin terhadap rakyat dengan merealisasikan van bergerak SHEB hari ini,” katanya. -MediaUMNO

1 comment:

matkilaupenang said...

salam tuan
terima kasih atas permintaan,saya telah pautkan blog tuan.
salam perjuangan.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive