Sunday, October 2

Utusan buat laporan polis ke atas Namewee



Utusan Malaysia membuat dua laporan polis berhubung kenyataan, didakwa lucah terhadap syarikat milik Umno itu dan wartawannya Fauziah Arof, yang dikeluarkan oleh penyanyi rap berkontroversial Wee Meng Chee atau dikenali Namewee menerusi satu klip video Internet baru-baru ini.
Mingguan Malaysiadalam laporannya hari ini berkata, laporan itu dibuat berikutan atas alasan Namewee(gambar) menyalah guna kemudahan multimedia untuk menjatuhkan imej akhbar Utusan Malaysia dan mengeluarkan tuduhan melampau terhadap penulisan artikel “Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee...” yang disiarkan bulan lalu.
Akhbar edisi Ahad memetik Penasihat Undang-undang Kumpulan Utusan Mohd. Jefri Daman berkata, penerbitan klip video berdurasi dua minit 43 saat itu telah mengundang komen-komen negatif orang ramai terhadap akhbar dan wartawan berkenaan.
“Tindakan Namewee itu dilihat merendahkan martabat wartawan dan akhbar Utusan Malaysia sebagai rasis, bodoh, menjatuhkan imej syarikat dengan tuduhan melampau serta menggunakan bahasa lucah,” katanya.
Ia tidak menyebut bila laporan itu dibuat tetapi laporan ini diterbitkan dua hari selepas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Wee, penulis lirik dan pembikin filem yang berkontroversi, sebagai seorang pendukung kuat 1 Malaysia.
Beliau menyatakan demikian meskipun banyak pihak mahu tindakan dikenakan ke atas penerbit “Nasi Lemak 2.0” kerana didakwa mengkritik negara.
Najib berkata Wee seorang yang unik dan tidak konvensional dalam pemikiran dan kaedah menyampaikan ideanya.
Dalam artikel itu penulis akhbar itu berkata tidak akan memberi sokongan kepada filemnya walau ia menerima pujian sebanyak mana sekalipun.
Katanya, meskipun filem itu penuh dengan artis besar dan terkenal seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor, dia tetap akan menutup mata dan tidak mengendahkan filem Namewee yang menurut pengarah filem itu, di inspirasikan dari konsep 1 Malaysia.
Kata akhbar itu ia bukan salah filem, jalan cerita, mahupun pelakon-pelakon filem itu tetapi kerana ia hasil karya Wee yang dahulunya pernah menghina pelbagai pihak dalam negara ini dan menghina lagu Negaraku.
Namewee pula, siap buat video YouTube lagi untuk sampaikan balasan reaksinya terhadap kenyataan dalam artikel tu.
Wee yang berkelulusan ijazah sarjana muda komunikasi massa dari sebuah universiti di Taiwan menjadi pengarah untuk filem Nasi Lemak 2.0 yang kini sedang ditayangkan di pawagam.
Kata Najib, Wee dan beberapa pihak tertentu yang dikatakan menyokong Gagasan 1 Malaysia perlu terus menyokongnya melalui kreativiti mereka tersendiri.
“Saya difahamkan beliau merupakan penyokong kuat kepada Gagasan 1 Malaysia,” kata Najib yang juga Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno kelmarin.
Kata Najib, beliau menggalakkan Wee untuk terus memberi segala pandangannya melalui cara sebagai pemblog atau mungkin cara-cara lain seperti penerbitan filem dan sebagainya yang mencerminkan sokongan kepada Gagasan 1 Malaysia.
MKP kata bermula dengan utusan lepas tue kita start dengan NGO pulak.Apa kata.

3 comments:

rexuan said...

dokong tindakan utusan! hidup utusan!

sesejuk mata memandang said...

Dan pak angguk pak angguk akan berkata YAA betul , memang betul tindakan DS Najib memberi pengiktirafan kepada Si Namawwweee tu.

Dan kata rakyat marhean pula.. aku tak kira sapa .. yang pasti undi aku bukan utk UMNO akan tetapi jika PEWARIS atau PEERKASA meletakkan calun maka .. undi kami adalah untuk mereka ..

matkilaupenang said...

utusan mesti dipertahankan kerana ia adalah utusan rakyat melayu.

undi adalah rahsia kekadang pemimpin perlu ditegur.bukan mengiayakan saja.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive