Thursday, December 15

Cerita Padiyadapa ANUwar.

Setelah tertangguh..tertangguh dan tertangguh berkali-kali, akhirnya keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diketahui pada 9 Januari 2012.

Ia diumumkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah selepas selesai pengulungan hujah peguam bela dan pendakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tengahari Khamis.
Kini teka teki paling popular tentulah samada Ketua Umum PKR itu bersalah atau tidak atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Juga menjadi tandatanya andainya hakim mendapati Anwar bersalah, bersediakah beliau melangkah kembali ke penjara Sungai Buloh atau terus berjuang cuba untuk melepaskan dirinya menerusi rayuan..

Kebiasaannya proses rayuan hingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan akan memakan masa panjang. Besar kemungkinan beliau boleh bertanding dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13.

Ikut mereka yang dakwa tahu sangat gerak langkah mantan Timbalan Perdana Menteri itu, beliau sentiasa ada ‘idea’ tertentu.

Beliau dikatakan seorang yang gemar membuat kenyataan berbentuk 'jangkaan'

Mereka faham apa yang tersirat di sebalik kata-kata itu yang dipercayai bermaksud beliau ' kena' dulu lepas itu pilihanraya.

Seperti kebetulan - nun jauh di London, Rabu akhbar The Guardian sudah pukul canang tentang jangkaan itu.

Ada cakap-cakap berlegar kata jangan rasa pelik jika Anwar memilih jalan lain ke Putrajaya yakni melalui penjara Sungai Buloh sekalipun Azmin Ali sudah 'ancam' nak ' pecahkan' temboknya.

Dari segi perang saraf di sebalik tembok penjara, suaranya akan bergema lebih hebat seperti dulu.

Skrip kes liwat pertama pasti berulang. Temanya beliau jadi mangsa konspirasi politik pemimpin kerajaan BN. Seluruh tenaga pembangkang akan digerakkan untuk bagi meraih simpati rakyat supaya mengundi mereka.

Dalam bab main sentimen siapa yang boleh lawan mereka yang berjaya membuatkan penyokong taksub melihat keadilan hanya untuk Anwar dan Saiful tidak ada hak langsung untuk itu semua.

Umum tahu, PRU13 adalah bas terakhir Anwar untuk mencapai impian nak jadi Perdana Menteri .

Makanya segala kemungkinan boleh berlaku.

Bukan rahsia pembangkang berharap kebangkitan rakyat dengan modal kes liwat Anwar bagi membolehkan mereka menawan Putrajaya selepas pelan 16 September 2008 gagal.

Jika Putrajaya tumbang ...sendiri boleh bayang bagaimana talian hayat itu boleh ' mensucikan' segala-galanya.

Apapun di sebalik jangkaan itu semua, mungkin ramai yang tidak sedar senario sepanjang perbicaraan kes liwat selama ini sudah memberi petanda yang dikatakan merisaukan orang-orang kanan Anwar.

Lihat sajalah ketika awal kes liwatnya mula dibicarakan, rami penyokongnya hadir.

Namun akhir-akhir ini nak tengok 50 orang penyokong bersidai di lobi mahkamah untuk bagi sokongan moral pun susah.

Dulupun, kalau Anwar berceramah, penuh dewan atau tidak muat padang.

Tetapi kini, ada ceramah Anwar dihadiri tidak lebih 100 orang - sesuatu yang di luar standardnya.

Dalaman PKR, DAP dan PAS kini pun sudah kedengaran macam-macam cerita dan cacamarba berkisar tentang kes liwat itu dan sebagainya.

Masing-masing dah mula gabra dan dilanda kebimbangan adakah rakyat akan termakan dengan usaha mereka untuk meraih simpati menggunakan kes liwat Anwar.

Dari risik-risik di sana sini nampaknya ramai yang sudah naik muak dengan ding dong perbicaraan kes liwat II.

Pendedahan trio Datuk T tentang video seks lelaki mirip Anwar juga banyak membuka mata mereka yang sebelum ini merasa ragu-ragu.

Atas sebab itu orang-orang kanan Anwar dikatakan berusaha bersungguh-sungguh untuk 'tidak bercakap sangat' tentang pendedahan itu dengan harapan orang tidak pandang ia isu besar.

Bayangkan pembangkang yang sentiasa galak dan sibuk mahu siasat itu siasat ini apabila ada saja isu melibatkan pihak kerajaan tetapi tidak berani berbunyi langsung minta siasatan terbuka dibuat ke atas pendedahan video seks.

Mereka yang rasional tentu faham melihat gelagat ' antara dua darjat' pembangkang dalam isu ini.

Juga menjadi perbualan hangat ialah perbandingan dalam kes liwat di mana pasukan peguam Anwar begitu mengagungkan saksi pakar luar negara dan berkeras anggap apa mereka kata yang untungkan Anwar semuanya betul.

Sebaliknya semua orang tahu bagaimana mereka perlekehkan hasil kajian pakar luar negara yang dapati video seks itu 99.9 peratus tulen dalam usaha untuk menyelamatkan Anwar.

Memang melucukan tetapi itulah hakikatnya.Dalam kes liwat cakap pakar luar negara OK...video seks pula tak boleh pakai langsung.

Mungkin mereka dibuai mimpi ingat semua orang taksub dan bengong hingga tidak tahu menilai langsung.

Juga jangan lupa kenapa semua peguam Melayu yang pada awalnya membela kes liwat Anwar tarik diri.

Kini barisan peguam yang membela Anwar kebanyakan bukan Melayu.

Siapa tahu ....barangkali para peguam Melayu yang bijaksana itu sudah ada firasat tentang dakwaan liwat itu dan macam-macam lagi.

Tidak kurang jadi persoalan kenapa Anwar takut bersumpah menafikannya.

Maka teringat pada kata-kata ...berani kerana benar, takut kerana salah.-

http://agendadaily.com/Muka-Hadapan/kes-liwat-pi-maipi-mai-tang-tu-jugak.html14/12/2011- OLEH ROSLAN BIAN

Biawak Hidup:Pejabat SyedAli DiGegar Oleh NGO.


Seramai lebih kurang 80 orang daripada pelbagai NGO telah hari ini menyerbu Pejabat Dato’ Syed Ali Alhabshee, Ketua UMNO Bahagian Cheras di pejabat beliau di Jalan Peel, Cheras berkaitan kenyataan beliau yang mengumpamakan Dato’ Sri Shahrizat Jalil dan keluarganya ‘Biawak Hidup”.

Pada mulanya, beliau menyangkal dakwaan tersebut dan setelah di desak beliau mengaku dan berjanji akan memperbetulkan kenyataan tersebut secepat mungkin menggunakan blog beliau

umnobahagiancheras.blogspot.com.

Hadir di bantahan tersebut adalah Persatuan Gabungan NGO Malaysia, Persatuan Bekas Tentera Malaysia, National Women Entrepreneurs of Malaysia (NAWEM), Kelab Sahabat Kebajikan Nusantara.

Ini cuma desakan dari Gabungan NGO, belum lagi dari Wanita UMNO yang naik angin!

In Penang the Bantuan Rakyat 1Msia (BR1M )


In Penang the Bantuan Rakyat 1Msia (BR1M ) registration for RM500 aid at selected schools start fm 9am to 5pm until 16 Dis 2011. For evening registration, Pusat Khidmat Penyelaras Barisan Nasional DUN Padang Kota at 91A, Lebuh Muntri is open every nite until 23rd Dis from 7 pm to 9 pm. All welcomed.

MKP kata:Semua dijemput hadir ke Pusat Penyelaras BN DUN Padang Kota.

Apabila Keterangan Kandang Tertuduh Anwar Diserang..




“Kenapa pilih kaedah Mandela dan buat keterangan dari Kandang Tertuduh”, retweet Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada para pengikutnya, 16 jam lalu.
Twitter yang diretweet Anwar itu datang dari dua orang peguam Lawyers For Liberty (LFL), Lathefa Koya dan N Surendran.
Lathefa adalah pengerusi Biro Guaman PKR, manakala N Surendran adalah Naib Presiden PKR.
Untuk memahami apa itu LFL sila baca di sini dan sini
Ada Bukti Cukup & Alibi
Sampai sekarang, Anwar terpaksa menjawab kenapa beliau memilih untuk memberi keterangan dari Kandang Tertuduh semasa proses bela diri kes liwat II, 22 Ogos lalu.
Ibarat lemparan boomerangakhirnya terpantul ke muka sendiri.
Ini kerana sejak kes liwat II terdedah kepada umum pada 28 Jun 2008, Anwar mendakwa tuduhan melakukan seks luar tabie terhadap pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah satu fitnah dan beliau mendakwa mempunyai cukup bukti termasuk alibi untuk membuktikan beliau tidak terlibat dengan perbuatan terkutuk itu.
Lebih menarik lagi, ketika wartawan Dateline dari Australia, Mark Davis mewawancara Anwar sejurus selepas beliau keluar dari bersembunyi di kedutaan asing, Ketua Umum PKR itu menafikan kesemua tuduhan tersebut.
Mark Davis bertanya Anwar: “Dalam kes (liwat) ini, pada petang Khamis itu (pada 26 Jun 2008), anda bersama lelaki muda itu (Mohd Saiful) ? Apakah anda bekerja bersama-samanya ?
Anwar menjawab : “Saya mempunyai semua bukti, semua alibi atau apa yang saya lakukan (pada masa itu)..Saya tidak pernah bersamanya dalam keadaan berdua, di mana-mana tempat (sekalipun)..Selain itu, peguam nasihatkan saya – tunggu, biarkan mereka buktikan kes mereka. Tetapi adalah cukup untuk saya mengatakan bahawa saya tidak pernah bersendirian dengannya”.
Jawapan Anwar itu menyebabkan wartawan Australia itu terkasima kerana menurut wartawan Australia itu sepatutnya Ketua Umum PKR itu menjawab secara jelas iaitu “Tidak, saya (Anwar) tidak berada di kondominium itu”, namun apabila Anwar menjawab seperti di atas ia akan menimbulkan keraguan.

MahaSiswa Dan AUKU.



Pidato lantang di speakers’ corner, membuat kenyataan akhbar, memorandum terbuka hatta demontrasi aman di kampung dan desa sering kali menjadi tanda aras (KPi) dalam kamus perjuangan mahasiswa hari ini.Akhirnya, mahasiswa secara semulajadi terbuai oleh rasa romastisme. mahasiswa melihat aksi-aksi seperti di atas ini kononnya sebagai tradisi mahasiswa – Tradisi Mencabar!

Buku ‘Mahasiswa menggugat’ (1972), Di Sebalik Tabir Politik Kampus (1995), Mahasiswa Abad Ke-21 (2005) dan sebagainya membentuk dogma-dogma stereotaip dalam kerangka gerakan Mahasiswa pada hari ini.

Begitu juga dengan subjek AUKU.Mahasiswa acapkali terperangkap dalam beberapa situasi apabila Mahasiswa berwacana subjek AUKU ini.

Pertama,mahasiswa terlalu gemar membincangkan AUKU ini sama ada perlu dimansuhkan atau dipinda; khususnya selepas Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, YB Dato’ Khalid Nordin mulai menyatakan hasrat menilai semula AUKU ini.

Kedua, Mahasiswa acapkali membicarakan tentang seksyen-seksyen yang dilihat mencabuli hak asasi manusia secara berperundangan dan terlalu teknikal; padahal rata-rata mahasiswa (aktivis mahasiswa) tegas berpendirian bahawa AUKU ini mesti dimansuhkan.

Akhirnya,Mahasiswa secara semulajadi telah hilang jatidiri mahasiswa sebagai kaum mahasiswa.Mahasiswa mulai meletakkan hasrat memansuhkan AUKU ini sebagai teras perjuangan Mahasiswa di kampus dan pentas nasional. Lebih dari itu, Mahasiswa ghairah membina suatu akta alternatif bagi menggantikan AUKU tanpa melihat sisi politik KPT/Kerajaan dan keperluan politik semasa di Malaysia sekarang ini.



Belia Patut Sahut Cabaran.



GENERASI muda negara ini terus menerima perhatian dan pengiktirafan daripada kerajaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin menggelar golongan ini superhero kepada negara sebab mereka mempunyai kuasa mengubah dan jika semua superhero ini berganding tenaga dengan kerajaan, program transformasi negara lebih mudah menjadi realiti. 

Kerajaan juga dilihat terus komited dalam menerima pandangan dan buah fikiran belia negara apabila Najib juga mengumumkan kerajaan sentiasa terbuka mendengar pandangan dan idea daripada belia dalam menjayakan setiap program transformasi negara.



Dalam menggalas tanggungjawab ini, cabaran terbesar orang muda ialah kebijaksanaan dalam menggunakan ruang dan platform yang disediakan kerajaan untuk mengeluarkan idea bernas dan mempunyai impak tinggi demi kelestarian kemajuan negara melalui program transformasi yang dilaksanakan, di samping melontarkan kritikan dan maklum balas membina yang datang dengan idea untuk menyelesaikannya.
Sikap keterbukaan dan kesediaan kerajaan untuk mengiktiraf hak dan mendengar suara golongan ini tidak dapat dinafikan lagi. Misalnya baru-baru ini kerajaan bersetuju meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 bagi membenarkan mahasiswa berumur 21 tahun ke atas menjadi ahli parti politik. 

Ini jelas memperlihatkan keseriusan kerajaan untuk turut membabitkan peranan belia dalam segenap program transformasi yang sedang dilaksanakan agar ia turut memenuhi kehendak dan harapan kelompok anak muda yang bakal menjadi generasi pelapis negara. 

Ringkasnya, mereka mendapat ruang secukupnya untuk memberikan pandangan dan komen bersesuaian. 

Justeru, apa yang diharapkan ialah belia kita akan lebih peka dan memainkan peranan lebih aktif dengan menyalurkan idea kreatif dan berinovasi untuk memajukan negara. 


Semoga harapan kerajaan terhadap belia tidak disia-siakan begitu saja. Oleh itu, belia kita perlu bangkit menyahut cabaran ini dengan membuktikan mereka mampu menggalas tanggungjawab mengemudi negara ini suatu hari kelak.

Bahtera Merdeka,Perjuangan Belum Selesai.


Hayati baik-baik lirik lagu ini.

Bonda senyum riang
Menerima bahtera merdeka
Putra putri sayang
Putra putri sayang
Sedang berjuang

Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung
Permata nilam

Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman merdeka

Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti 
Untuk menunaikan
Untuk menunaikan
Sumpah dan janji 

Wednesday, December 14

Blogger Didikan PAPAGOMO/DR NOVANDRI Sertai PAS.

Blogger dan aktivis maya UMNO, Husaini Harun, yang terkenal dengan serangan-serangan terhadap PAS di alam maya sebelum ini, kini menyerahkan borang permohonan untuk menyertai PAS.

Borang diserahkan kepada Timbalan YDP PAS Kawasan Alor Setar, Haji Zulkifli Yahaya di pertemuan santai bloggers dan rakan maya PAS Daerah Kota Setar yang diadakan Pejabat PAS Kawasan Alor Setar. Sementara itu satu majlis rasmi penyertaan beliau dan rakan-rakan muda secara beramai-ramai ke dalam PAS akan diadakan di kawasan DUN Bakar Bata.

Sementara itu seorang lagi blogger UMNO Kedah dijangka menyertai PAS dalam masa terdekat. Penyertaan mereka ke dalam PAS merupakan pukulan terhadap kumpulan aktivis maya UMNO Kedah kerana mereka adalah anak didik kepada Dr. Novandri dan Papagomo dan telah menyertai banyak kem latihan cyber troopers UMNO.

SUMBER DARI KEDAHLANIE.

MKP kata:Kenapa tidak dinyatakan nama blog tersebut dan hanya menyatakan nama sebenar ternyata apa yang dinyatakan tidak berdasarkan fakta yang nyata.seperti yang dinyatakan oleh blogger MIM sebelum ini ternyata cerita yang mengaitkan nama blogger tersohor PRO BN supaya mendapat perhatian.Apa punya kelas blogger nie jika berani nyatakan nama blog dan dimana kedudukan dalam alexa rangking.

Breaking News:BR1M Pun Hampa Mau,Duit Itu Untuk Rakyat.

KUALA LUMPUR: Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta anggota parti pembangkang yang menerima wang RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya menderma RM100 kepada parti bagi membantu mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dipersoalkan oleh beberapa pihak.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata permintaan tersebut tidak sesuai kerana BR1M bertujuan membantu meringankan beban keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dan bukan untuk tujuan lain.

"Wang itu sepatutnya digunakan untuk memperbaiki kehidupan, untuk membeli keperluan rumah bukannya untuk didermakan kembali kepada parti politik mereka," katanya.
Beliau berkata, walaupun perkara itu "terpulang kepada penerima untuk dermakan ke mana, tetapi dari segi moral mereka tidak menghargai bantuan kerajaan kerana sudah dapat bantuan, mereka nak beri derma pula pada parti."

Senator Ezam Mohd Nor pula menyifatkan ia satu tindakan tidak bertanggungjawab.

"Mereka ambil hak rakyat miskin yang memerlukan untuk tujuan politik parti. Saya cabar parti pembangkang buat penjelasan dan tarik balik tindakan yang amat tidak bersifat negarawan ini," katanya.

Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali, berkata jika benar dakwaan yang SMS itu disebarkan oleh parti pembangkang, ia adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab kerana wang tersebut diberikan untuk meringankan beban rakyat.
"Jika ada yang berbuat demikian, mereka ini mengkhianati diri sendiri dan keluarga. Ia juga disifatkan tidak amanah atas pemberian ikhlas kerajaan," katanya.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, bagaimanapun menafikan PAS ada menghantar SMS itu dan berkata parti pakatan pembangkang sudah mempunyai dana yang mencukupi untuk menghadapi pilihan raya umum itu.

"Kita tidak buat perkara sebegitu, duit kita semuanya cukup dan diharapkan mereka yang mendapat duit RM500 itu agar gunakannya untuk persekolahan anak-anak, pembangkang tak perlu duit tersebut," katanya. - BERNAMA

GEMPAQ : LIM GUAN ENG RASUAH BAGI 20RINGGIT.



Publisiti semurah RM20 sahaja. Apabila Pakatan Rakyat mengatakan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia sebanyak RM500 sebagai rasuah kepada rakyat, kini mereka buat betul-betul macam sogok....

Tahniahlah Guan Eng.. Sekarang baru nampak real macam sogok wang kepada rakyat. Lebih real b8.00 ila tak pakai sampul dan serah bulat-bulat depan kamera.

Ada sorang kawan cina pernah bagitau kat gua, kalau bangsa melayu tak lagi nak terima rasuah.., susahlah cina nak cari makan di Malaysia..

Ini realiti beb.. Korang cuba tengok perangai cina..., dari hidup sampai ke mati, semua dorang nak rasuah. Dan ada pulak melayu-melayu bengap yang suka makan rasuah. Jadi.., 2x5 je lah..

So.., itulah gaya pentadbiran Khalifah Guan Eng dan juga regim DAP di Penang. Dari mula lagi dorang dah ajar rakyat Penang makan rasuah dari pelbagai sumber.

Kalau warga emas dulu dorang ajar makan rasuah dari duit judi, sekarang ni penarik beca ntahlah dorang bagi duit apa pulak?Cekap tak Guan Eng menipu? Bagi je RM 20, terus boleh dapat undi rakyat.. Murahnya harga undi melayu-melayu HAPRAK Pakatan di Penang ni yee... Hahahahaha....

PANAS! Isteri Lim Kit Siang?



Ada sesiapa yang tahu nama isteri Lim Kit Siang?

Ada sesiapa yang tahu nama emak Lim Guan Eng?

Carilah mana-mana sumber terbuka, anda tidak akan jumpa maklumat mengenai isteri Kit Siang @ ibu Guan Eng.

Tetapi  Mymassa  hanya jumpa gambar ini.



Terima kasih YB Teresa Kok kerana meletakkan sedikit petunjuk untuk saya terus mencari identiti Mummy Foo.

bila dah ada gambar senang sikit.... ye lah boleh tunjuk pada kegnkawan dan tanya samada sesiapa kenal siapa wanita berbaju hitam ini.

namanya ialah Foo Yueh Chuan dan dia bertugas sebagai Chief of Staff untuk DAP Pusat...ada yang kata dia dah berhenti... tak tahulah aku samada dia masih berada di situ ataupun sudah berhenti

rupanya ramai orang dalam DAP tau cerita ni, dia orang kata dia ni memang rapat dengan Lim Kit Siang, malah sekarang pun masih lagi mengikut Lim Kit Siang ke acara di dalam dan juga luar negeri...

ye lah chief of staff ye dak, bukan nya pembuat kopi...

jadi aku pun bertanya apa hubungan beliau dengan Lim Guan Eng? adakah ini girlfriend Lim Guan Eng ke?

"No lah bro, this is the daddy's one...not Lim Guan Eng.. this one is Kit Siang's girl"

rupanya ini kisah lama dan kini dia masih lagi bersama Kit Siang...

jadi aku tanya tentang SMS: Who is Mummy Foo? Lim Guan Eng knows. Do You?

dia kata benda ni dah lama diketahui dalam DAP dan Guan Eng sendiri tahu

dia kata mungkin si penghantar SMS tersebut nakal dan bermaksud untuk mengatakan yang Guan Eng sudah menerima hakikat bahawa si Foo ni ialah girlfriend bapak dia

kira seolah olah dia dah terima sebagai Mummy lah... itu ceritanya

nampaknya si Kit Siang ni pun tak de lah bersih dan suci mana, selain dari skandal ini kita kena ingat dia adalah ketua kepada Parti Keluarga Lim yang juga parti keluarga Karpal

Musa Hassan Saman Tiga Blog Pembangkang



Tiga laman blog pembangkang yang disaman adalah freemalays.blogpot.com, pulakdah.blogspot.com dan abushahid.wordpress.com.

Sekarang sudah terbukti bahawa blogger puak Pakatan Pembangkang adalah penyebar fitnah yang paling dahsyat sekali! Oleh itu jangan mudah terpedaya dengan dakyah mereka!







"Laporan polis yang saya buat baru-baru ini untuk memulihkan imej dan maruah saya dan ahli keluarga yang terjejas," kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau yang difitnah berkahwin dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin pertengahan bulan lalu meminta penulis-penulis blog yang memfitnahnya agar menghentikan perbuatan mereka.

Musa membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pada 8 Disember lalu setelah mendawa dia difitnah beberapa penulis blog kononnya berkahwin dengan penyanyi tersebut.

"Ini semua (fitnah yang mengaitkan dirinya) adalah cerita palsu. Ia turut memberi kesan dan menjatuhkan maruah keluarga saya.

"Saya harap pihak bertanggungjawab akan menyiasat penyebaran blog berunsur fitnah ini termasuk beberapa lagi blog yang saya tidak namakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Musa, 60, baru-baru ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan Syella atau Nurshid'la Ahmad Kamaruddin, 26.

Menurutnya, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.

Beberapa keping gambar perkahwinan Syella dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog.

Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.

Berikutan tersiarnya gambar majlis persandingan itu, beberapa komen antara lain turut menghina bekas Ketua Polis Negara itu.

Musa dalam pada itu berkata, beliau turut menamakan tiga laman blog dalam laporan polis yang dibuatnya.

Tiga laman blog itu adalah free malays.blogpot.com, pulakdah.blogspot.com dan abushahid.wordpress.com.

Terkini:Ketua Cabang Dah Terbang Ke Gerakan.

GEORGETOWN: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lim Boo Chang mengumumkan beliau keluar daripada parti itu berkuatkuasa serta-merta dan menyertai parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN).

Boo Chang berkata, beliau keluar daripada PKR selepas hilang keyakinan terhadap parti itu yang gagal menepati janjinya untuk mereformasikan rakyat, persaingan sesama sendiri yang melampau dan tindakan parti yang sering mengenepikan ahlinya.

Dalam sidang media sebentar tadi, Boo Chang juga mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

VIDEO PANAS:LAGI HUDUD PAS.LIAT KEMASIN.



Bila sesuatu isu dimainkan terkena batang hidung sendiri mulalah melompat dan berhujah mencari kebenaran.Ternyata juak PAS nie berputaq belit menyatakan Video ini menghina ISLAM dan HUKUM ALLAH.Ternyata sikap bangang mereka tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelakon dalam video ini.Yang menjadi persoalan ialah sikap kepimpinan PAS yang hanya bersikap retorik.Pada mulanya beriya-iya menyatakan mahu memperjuangkan ISLAM akan tetapi apabila bersama DAP sudah tukar kepada negara kebajikan.ITU YANG MENJADI ISU UTAMA BUKANYA MEMPERSOALKAN HUKUM ALLAH.ITU SEMUA PENJELASAN MENGENAI SIKAP PAS YANG PERLU DIHEBAHKAN KEPADA RAKYAT.

Hukum Hudud adalah suatu isu yang dikatakan agak hangat pada masa kini dan menimbulkan pelbagai spekulasi dan pendapat rakyat Malaysia tidak kira dari mana latar belakang mereka. Pelbagai pendapat dilontarkan dari pelbagai kaum berkenaan perlaksanaan dan implikasi kepada rakyat Malaysia. Ada yang bersetuju hukum tersebut dilaksanakan di Malaysia ini namun tidak kurang juga ada yang menolak atau tidak setuju dengan perlaksanaannya disebabkan pelbagai faktor yang diambil kira oleh mereka.

Istilah Hudud 

Hudud (bahasa Arab, juga disebut hadud, hudood; singular hadd, حد, maksud yang sebenar “had”, atau “sekatan”) adalah perkataan yang sering digunakan dalam kesusasteraan Islam untuk batas tingkah laku yang diterima dan hukuman bagi jenayah yang serius. Dalam undang-undang Islam atau Syariah, hudud biasanya merujuk kepada pengelasan hukuman yang ditetapkan untuk jenayah tertentu yang dianggap sebagai “tuntutan Allah.” Antara aspek yang dititikberatkan dalam hukum tersebut termasuklah kecurian, zina, minum arak, dan murtad.


MKP KATA:Depa nie pandai pusing cerita menyatakan menghina hukum allah.Bagi MKP bezakan kedua video diatas tengok dan faham apa isi ceritanya dan buatlah penilaian mengenainya. 

Adun DAP! Kena Tanduk Lembu Di Kampung Buah Nenen..



Adun DAP Seri Delima kantoi dengan budak sekolah tadika,paling malang apabila gelagatnya disiarkan oleh Buletin Mutiara suara rasmi lidah bercabang regim DAP Pulau Pinang.

Pundek Punya ini macha kantoi dengan budak sekolah tadika,bayangkan budak sekolah pun tau berfikir berbeza sama sekali dengan haprak pencacai pakatan. Sudah pasti gambar Rayer akan dijaja diseluruh kawasan DUN beliau kononnya YB ini rajin turun padang...

Petikan dari blog MIM.

Jika sekali imbas, laporan di bawah menunjukkan Rayer adalah seorang wakil rakyat yang 'selalu turun padang' dan 'sering' bergotong royong untuk mencegah jangkitan denggi.

Tetapi ada satu perkara yang amat kelakar dan pasti memalukan ADUN hingusan DAP itu!! Lihat foto di bawah :-


Tagline foto itu menunjukkan bahawa 'Rayer sedang menyembur tayar-tayar buangan yang menjadi lokasi pembiakan nyamuk!' Anda nampakkah sesuatu yang pelik lagi bodoh?




Apabila MiM tunjukkan foto itu kepada seorang pelajar sekolah tingkatan
3, pelajar itu tergelak!

Katanya, "Kalau dah tahu itu tayar buangan, kenapa tak buang saja tayar itu? Buat apa mahu sembur-sembur lagi?"

MiM ketawa besar. Budak sekolah pun tahu yang Rayer itu telah memperbodoh-bodohkan diri beliau dengan 'menyembur tayar buangan'!


MKP kata:Mangkak punya ADUN macam Pundek.

Tuesday, December 13

Nurul Izzah Cabar PM DS Najib.


Apa kelas Nurul dok  cabar PM,Selesaikan dulu masalah dalaman keluarga yang membabitkan papa jahatnya tu?Baru nek cabar PM tentang bertanding di Kawasan Lembah Pantai.Teringat kata-kata PM apabila berkempen di Hulu Selangor dulu "1 Malaysia lebih famous dari maggie mie".Melihat kepada populariti PM masa kini sudah tentu PM akan menang jika bertanding dikawasan tersebut.

Panggil orang lain lah mencabar PM selain dari Izzah nie tak sama taraf MKP lihat.Adakah Izzah telah hilang populariti hingga berbuat sesuatu yang dianggap mencari publisiti sampah masyarakat nie?????berikut adalah fakta yang dikeluarkan oleh Unit Kajian Media dan Pilihanraya UIAM.

Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meningkat dengan mantap sejak 2009, tetapi yang sebaliknya berlaku kepada tiga pemimpin utama pembangkang, demikian menurut kajian oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Selain daripada Najib, kajian terhadap populariti lima personaliti kepimpinan di Malaysia yang dijalankan oleh Unit Kajian Media dan Pilihan Raya UIAM menunjukkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terus kekal popular walaupun berundur pada 2003.

Sementara itu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, menyaksikan populariti mereka merosot.

Prof. Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM, mengetuai kajian itu dari Mac 2008 hingga Julai 2011 bersama penyelaras penyelidikan, Azrul Hisyam Wakichan.

Satu sampel rambang purata 1,500 responden terdiri pengundi Melayu, Cina dan India dari seluruh negara ditanya mengenai kepuasan mereka terhadap kualiti kepimpinan kelima-lima pemimpin itu.

Kajian itu menunjukkan peningkatan dalam populariti Najib adalah hasil usaha berterusan beliau untuk mendekati hati rakyat dan memimpin negara ke arah masa depan yang lebih cerah.

“Kajian ini dengan jelas menunjukkan responden Melayu, Cina dan India kini menerima Datuk Seri Najib,” katanya.
Pada Oktober 2008, 35 peratus responden Melayu, 33 peratus Cina dan 41 peratus India menunjukkan yang mereka puas hati atau sangat puas hati dengan Najib, tetapi menjelang Julai 2011, penerimaan masing-masing meningkat kepada 59 peratus, 45 peratus dan 62 peratus.

“Hakikatnya rakyat kini lebih bersedia menerima Datuk Seri Najib sebagai pemimpin mereka,” kata Syed Arabi yang menjalankan kajian mengenai populariti pemimpin-pemimpin sejak 1989.

Mengenai punca kemerosotan populariti Anwar, Nik Aziz dan Lim, beliau berkata, ia banyak berpunca kerana isu-isu semasa dan kegagalan untuk mencapai kata sepakat dalam banyak hal.

Azrul Hisyam, yang menyelaras kajian itu, berkata, kajian yang sama mendapati rakyat Malaysia masih memandang tinggi Dr. Mahathir dan segala sumbangannya.

Purata 74 peratus daripada responden dalam soal selidik itu menunjukkan mereka menyanjungi Dr. Mahathir sepanjang kajian empat tahun itu.


Breaking News:Banjir Di Kuala Lumpur

Tajuk macam gempak, tapi itulah hakikat yang bakal dilalui para sahabat yang bertugas di Ibu Pejabat Bernama, Jalan Tun Razak yang bakal menjadi ‘bahan berita’ kerana menjadi mangsa banjir di KL hari nie ….


Bukan sahaja sahabat media BERNAMA, malah kakitangan Perpustakaan Negera juga bakal tido dalam opis ajerlah hari nie jika keadaan air masih pada paras merbahaya di sana ….


Esok, kita ramai-ramai ke Wisma Bernama untuk membuat liputan berita bagaimana keadaan mangsa-mangsa banjir di sana…

Sahabat Gunung.

#SUKASAMASUKA Apa Kejadah Nie???



Perbicaraan anwar pada petang tadi telah mengelurkan kenyataan baru iatu suka sama suka  dan berikut adalah apa yang dilaporkan oleh AIDC
Sankara persoalkan bagaimana karipap daging boleh ditemui di luar bilik sedangkan dalam kenyataan sebelum ini, karipap daging itu dimakan selepas Anwar meliwat Saiful. Sankara mengulas kenyataan Saiful yang mendakwa telah mengunci pintu supaya tiada sesiapa yang dapat masuk ke premis berkenaan ketika berlakunya liwat.
Dalam hal ini, Sankara mempertikaikan bagaimana karipap dan kuih boleh berada di unit tersebut sekiranya tiada sesiapa pun yang dapat masuk kerana pintu dikunci. Sankara juga mempertikaikan bagaimana Saiful mendengar perbualan mengenai permintaan individu meminta nombor telefon Ketua Polis Negara ketika itu (Musa Hassan) semasa berada di kediaman Perdana menteri dan menegaskan kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim itu adalah campurtangan politik semata-mata.
Sankara juga menegaskan terdapat percanggahan keputusan di kalangan laporan. Seterusnya kenyataan Jude Pereira yang menyatakan tiada tempat yang mencukupi untuk menyimpan bahan bukti dan bertindak menyimpan sendiri dan itu membuktikan wujudnya, ‘mishandling’ terhadap bahan bukti. Jude menyatakan bahawa barang bukti itu tidak diletakkan di dalam freezer dan menganggapnya sebagai tidak perlu kerana termaktub dalam IGSO.
Anwar kelihatan dan sangat jelas susah hati. Wajah cerianya sebelum itu, langsung tidak kelihatan.
Sankara Nair mempersoalkan kaedah ambil bahan-bahan bukti bersandarkan kenyataan Dr. Seah. Dia mengemukakan bukti-bukti yang sudah diserahkan kepada mahkamah dan mempersoalkan segala prosedur.
Sankara Nair menyatakan bahawa Exhibit P22 menunjukkan tiada kesan tusukan dan koyakan. Kenyataannya itu bersandarkan kepada laporan Dr. Osman dan ianya berlawanan dengan laporan Dr. Seah. Sankara tegaskan bukti proforma. Yang Sankara tidak beritahu, Dr. Osman sekadar melakukan pemeriksaan luaran dan kemudian merujukkan kes tersebut kepada doktor pakar. Dr. Seah adalah doktor pakar.
Sankara Nair pertikaikan tempoh yang diambil terlalu panjang untuk mendapatkan specimen (sperma) dari dubur Saiful di mana kemungkinan tidak lagi relevan dan ada elemen bakteria. Sankara seolah-olah ingin membuktikan bahawa sperma tersebut tidak subur kerana telah tamat tempoh masa dan kerana tidak subur, maka ia tidak relevan tanpa sedikit pun mengambil kira tentang DNA yang terkandung pada sperma berkenaan.
Sankara mempertikaikan tentang tarikh/masa yang direkodkan di CCTV kerana menurutnya tiada bukti Anwar Ibrahim berada di unit berkenaan sewaktu kejadian dilaporkan. Sankara turut mempertikaikan tentang KY Jelly yang tidak pernah diuji!
Peguambela juga memetik kenyataan Dr. Thomas Hoogland, pakar Orthopedik yang merawat Anwar Ibrahim yang mendakwa individu yang mempunyai simptom tulang belakang dan arthritis, tidak mampu melakukan hubungan seks yang didakwa Saiful sebagai ‘rakus dan laju’.
Saiful dipertikai kerana tidak melawan atau menolak pelawaan Anwar Ibrahim untuk diliwat meskipun dia mempunyai peluang untuk melarikan diri ketika itu. Dia juga tidak mengadu kepada pemilik premis (Hasanuddin) walaupun boleh berbuat demikian.
Peguambela Anwar cuba menimbulkan kes tersebut sebagai SUKA SAMA SUKA dan cuba memperlihatkan liwat atas SUKA SAMA SUKA tidak salah.
Sankara dan Ram Karpal berhujah mempertahankan exhibit yang ada dalam kes ini. Mereka mempersoalkan exhibit Lelaki Y yang disifatkan sebagai tampared atau planted. Bukti DNA Anwar Ibrahim seperti yang diserakan iaitu yang diperolehi daripada botol dan tuala Good Morning juga dikatakan tidak fresh.
Ram Karpal banyak menekankan bukti-bukti yang adalah hanyalah tampered dan planted atau lebih tepat lagi diada-adakan.
Ram Karpal cabar pendakwaraya berkenaan prosedur sampel Lelaki Y kerana terdapat keraguan yang munasabah.
Ram Karpal merumuskan dari mana datangnya air mani dan
DNA sedangkan terdapat beberapa keraguan daripada kenyataan yang diberikan oleh Saiful Bukhari Azlan. Selain itu, prosedur daripada analisis Jabatan Kimia juga menimbulkan keraguan seperti penandaan exhibit.
Ulasan peguambela ialah merumuskan wujudnya ketidakseimbangan prosedur dan pelanggar beberapa langkah dan prosedur dalam hal pengumpulan, penyimpanan bahan bukti serta prosedur ke atas DNA yang dikatakan melanggar hak asasi dan tanpa kebenaran suspek.
Tempoh yang lama untuk ambil air mani dari dalam dubur Saiful juga bercanggah dengan pakar forensik antarabangsa yang mendakwa wujudnya bias dalam ujian patologi.

Malaysian Best Porn Star!!!




Ketiga-tiga peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, anaknya, Ram dan Sankara Nair, nampaknya tak habis-habis dengan taktik mereka untuk menjejaskan kredibiliti saksi-saksi pendakwaan kes tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang itu.

Di Mahkamah Tinggi pada Isnin, sebaik memulakan hujahnya pada 12 tengahari, Karpal Singh mendakwa kritikan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terhadap Anwar pada Persidangan Agung UMNO (PAU) 2011 baru-baru ini boleh dianggap sebagai menghina mahkamah.

Dia lantas meminta mahkamah mengeluarkan notis surat tunjuk sebab kepada Perdana Menteri mengapa tindakan menghina mahkamah tidak boleh dikenakan terhadapnya.

Selepas itu Karpal mempertikaikan pula kredibiliti saksi pembelaan ke-2, Dr Mohd Osman Abdul Hamid yang menjalankan pemeriksaan terhadap Saiful.

Karpal ketika membentangkan hujah berkenaan di hadapan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah, turut mendakwa saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan, berbohong beberapa kali ketika memberikan keterangan di mahkamah.

Karpal berkata, tindakan Saiful membuat laporan hanya selepas dua hari didakwa diliwat secara langsung telah menghakiskan kredibilitinya.

Karpal juga membidas kredibiliti saksi pendakwaan ke-4, Dr Seah Lay Hong dan saksi pendakwaan ke-5, Nor Aidora Saedon dengan mendakwa ujian DNA dan sperma yang mereka lakukan mungkin telah tercemar.

Dalam mempersoalkan kredebitili pakar-pakar tempatan itu, Karpal mendakwa keterangan pakar luar negara, Dr David Wells telah menidakkan keputusan Seah dan Aidora sementara keterangan pakar ortopedik, Dr  Thomas Hoogland pula telah menghakis kebenaran keterangan yang diberikan oleh Saiful.

Karpal sebelum mengakhiri hujahnya memohon mahkamah menangguhkan kes liwat itu bagi membolehkan Saiful dan bekas Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dipanggil semula ke kandang saksi bagi menafikan khabar angin yang mereka kononnya mempunyai hubungan.

Karpal berkata, permintaan itu dibuat berdasarkan Seksyen 425 Kanun Prosedur Jenayah. Dia memberi alasan bahawa sehingga kini Saiful dan Farah belum menafikan hubungan mereka.

Apabila perbicaraan disambung pada 2 petang, Sankara pula menuduh Najib mempunyai peranan ke atas tuduhan liwat yang dihadapi Anwar.

“Sudah jelas bahawa “cap jari” Datuk Seri Najib Razak berada di mana-mana walaupun ada pelbagai usaha oleh sesetengah pihak untuk memadamkannya,” kata Sankara. Katanya tindakan Najib mengetepikan sapina menguatkan kecurigaannya.

“Mereka tak patut ketepikan sapina jika mereka tidak ada benda yang nak diselindung,” katanya.

Apabila tiba giliran Ram Karpal Singh berhujah, dia pula mempersoalkan DNA milik Lelaki Y tidak mungkin diambil daripada sel sperma Anwar.  Menurutnya DNA itu mungkin telah diambil sama ada daripada botol mineral atau berus gigi atau tuala “Good Morning” yang digunakan oleh Anwar ketika dia ditahan di ibupejabat polis Kuala Lumpur pada 16 Julai 2008.
AGENDA DAILY.

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive