Monday, December 19

Don't Watch It If You Are Under 18.... Very Dangerous Video...!!!


sesiapa yang berani nak tonton video ini silakan akan tetapi jangan pulak meniru aksi tersebut kerana ianya merbahaya dan tidak sesuai ditonton oleh bawak 18 tahun.

Tun Mahadir Bohong?????????


Datuk Seri Anwar Ibrahim dan budak-budaknya dalam PKR nampak gaya dalam mood 'raya sakan' kerana merasa macam dapat 'hadiah cepumas' balun Tun Dr Mahathir Mohamad.
Semua orang dah tau ini gara-gara Ketua Umum PKR itu dakwa kononnya ada bukti konon bekas Perdana Menteri itu bohong beliau tidak memohon pinjaman Bank Dunia masa krisis kewangan 1999.
Sandaran mereka hanya pada senarai yang tertera di laman web Bank Dunia yang tunjuk bantuan untuk Malaysia antara 18 Jun 1998 hingga 30 Mac 1999.
Laman web itu menyenaraikan empat bantuan dalam sektor pelajaran,ekonomi,teknikal dan sosial untuk Malaysia.
Anwar dalam twitternya pagi Ahad bukan main garang lagi kata ' Nak sumpah apa" merujuk pada cabaran Dr Mahathir beliau bersumpah di masjid jika benar.
Bekas Perdana Menteri minta Anwar tunjuk surat beliau memohon bantuan Bank Dunia bagi membuktikannya.
Anwar yang ditemui wartawan di Pulau Pinang selepas itu macam biasa tunjuk pendirian tidak mahu layan cabaran bersumpah.
Tentu ingatkan beliau tidak ke masjid dalam dakwaan kes liwat Saiful Bukhari Azlan dan videk seks didedahkan oleh trio Datuk T.
Anwar bagi alasan cabaran Dr Mahathir beliau tunjuk surat  adalah satu perangkap.
"Bukti ada, fakta pun ada. Nak cari surat yang dihantar oleh kerajaan, ini hanya helah saja. Mana saya ada simpan fail atau surat itu."Kalau saya bawa keluar nanti kena dakwa atas Akta Rahsia Rasmi  pula. Nanti Tun Dr. Mahathir dakwa saya pula," ujarnya.
Makanya sepanjang Ahad budak-budak PKR bukan main galak tweet sana sini balon Dr Mahathir bohong.
Soalnya sekarang apakah senarai yang tertera dalam laman web Bank Dunia itu bukti sahih Dr Mahathir bohong?
Satu sumber yang rapat dan lama berkhidmat dengan bekas Perdana Menteri itu ketika dihubungi Agendadaily petang Ahad nampak relaks saja ketika ditanya mengenai senarai di laman web Bank Dunia itu. 

Dari cara cakapnya Anwar dan budak-budak PKR mungkin kena tekan brek syok sangat dan mungkin gigit jari nanti.
"Mana  dia surat yang kata Tun minta pinjaman Bank Dunia itu," katanya.
Sumber itu berkata setahu beliau bekas Perdana Menteri itu memang tidak minta bantuan dari Bank Dunia masa krisis kewangan 1999.
"Tun sendiri sudah cakap beliau tidak minta...itulah yang sebenarnya,"katanya.
Kata sumber itu senarai dalam laman web Bank Dunia itu tidak membawa maksud Dr Mahathir memohon.
"Tun sendiri ada kata Bank Dunia desak kita terima bantuan dana tapi kita menolak.
"Apakah separuh atau semua yang disenaraikan dalam laman web Bank Dunia itu diterima.Ataupun Bank Dunia lulus tapi kita menolak...samaada kita terima atau tidak...itu tidak disebut oleh laman web itu,"katanya.
Sumber itu menjelaskan apa yang disenaraikan dalam laman web itu mungkiin diluluskan sendiri oleh pihak Bank Dunia tetapi disitu tidak sebut samaada Malaysia terima atau tidak tawaran itu ataupun siapa yang memohon.
" Siapa tahu Anwar sendiri yang memohon bantuan itu...ini kerana permohonan tidak semesti ikut tarikh ia diluluskan sertamerta ( merujuk kepada empat tersenarai dari 18 Jun 1998 ke 30 Mac 1999 - waktu itu Anwar sudah tidak Menteri Kewangan).
"Biasakan...kalau kita mohon sesuatu pinjaman...ada masanya sampai tiga empat tahun selepas itu baru diluluskan.Inikan melibatkan dana yang beratus juta.
"Pernah kita dengar sesuatu permohonan dilulus dalam masa sehari,seminggu atau sebulan...katakan kalau permohonan dibuat dua tiga tahun sebelum Jun 1998...siapa Menteri Kewangan waktu itu dan siapa yang semua orang tahu cukup cenderung sangat nak ikut cara  IMF masa krisis kewangan.

"Sebab itu seperti Tun kata tunjuk surat yang kata beliau ada minta bantuan dari Bank Dunia.Kalau ada surat itu boleh percayalah,"katanya.
Apapun cukup seronok tengok gelagat Anwar dan budak-budaknya dalam bab kalau merasa KONON ,mereka sudah dapat bukti.
Ambil contoh isu pendedahan video seks oleh Datuk T sudah.Ia disahkan 99.9 persen tulin oleh pakar luar negara pun...mereka masih cuba nak ' bersilat'.
Wajah dalam video itu amat seiras dengan Anwar.
Begitu juga CCTV dua lelaki yang naik turun lif apartmen llokasi rakaman adegan seks.Siapa tak kenal wajah lelaki bersama Datuk Sharzly Eskay Abdullah itu.
Namun mereka cuba ' buat lawak' macam tak faham...dan berlagak seolah-olah tak ada hal.
Anehnya keterangan pakar luar negara yang menyebelahinya misalnya dalam perbicaraan kes liwat...pasukan peguamnya habis-habisan ditekan ia betul dan mesti diterima.
Ewah ewah...yang sahkan video seks 99.9 persen tulin tu bukan pakar luar negara ke ?
AGENDA DAILY.

Tiada Wujudnya "News Black Out"

Majoriti mahasiswa tidak bersetuju tindakan Adam Aidil.Hanyalah golongan yang saja ingin mencetuskan provokasi sedangkan perbincangan meja bulat baru sudah diadakan untuk mendapat sudut pandangan pelbagai pihak untuk berkenaan AUKU.

Bukan itu saja,malah kelihatan secara umum,AUKU digesa dihapuskan dalam perbincangan tersebut dan The Star Online turut melaporkannya.Ini menunjukkan berita masih boleh sampai kepada rakyat tanpa perlu provokasi kumpulan kecil mahasiswa ini.Tiada wujudnya 'news blackout'.

Walaupun mahasiswa inginkan peluang lebih lapang menyuarakan pendapat,tetapi ia tidak bermaksud mahasiswa akan mengejar kebebasan itu dengan tidak menghormati nas undang-undang dan maruah pihak lain.

Saya pohon masyarakat tidak memandang serong kepada mahasiswa kerana mereka tidak mewakili kami.

Pada masa yang sama,kami mewakili rakan-rakan mahasiswa mahasiswi menolak tindakan mengaibkan diri individu dari mana-mana pihak kerana ia bukan menjuruskan kepada penyelesaian tetapi lebih kepada menjatuhkan maruah semata-mata.

Akmal Saufi Mohamed Khaled
Mahasiswa Aman
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

UPDATE : Adam Aidil Serbu Bukit Aman Cabar Polis

Adam Adli, bersama Chegu Bard PKR sekarang berada di Bukit Aman untuk membuat PC di hadapan pintu Bukit Aman bersama 1 bas Mahasiswi untuk mencabar Pihak berkuasa. Jom serbu dia!

Adam Adli hari nie hampir-hampir kena cepuk, yang dtg nak cepuk bukannya ramai pun .... Sorang ajer namun keadaan panas tadi ditenteramkan oleh beberapa kenalan yg datang.




Berlaku pergaduhan mulut antara pejuang BN bersama rombongan chergubard yang mengiringi mamat adam adlin ni.Budak adam adlin yang memakai baju kemeja kotak coklat.
Menyedihkan, bakal pendidik yg langsung tk berkualiti. Bahaya utk mendidik generasi akan datang. Klu dh baru belajar. Fokus belajar. Niler masalah org rasa bijak sangat, pada hal diperkudakan.

KOLEKSI GAMBAR PERTEMUAN SULIT ANTARA ANWAR DAN AKTIVIS MAHASISWA!



Seperti yang aku agak...apa saja malapetaka yang berlaku di Malaysia ni memang kerja anak dajjal sorang ni...nah koleksi gambar2 pertemuan sulit (bukan hubungan sulit) antara aktivis mahasiswa dan Anwar Ibrahim yang berlangsung secara tertutup sejurus Anwar pulang dari Turki. Pemimpin hebat ini juga meletakkan kemuliaan mahasiswa sebagai no 1 dalam politik semasa. syabas mahasiswa!







MELAYU Bertanding Atas Tiket DAP.



Orang Melayu yang berangan-angan mahu bertanding atas tiket DAP, fikirlah 1000 kali.

Sudah ramai orang Melayu yang pernah menjadi aktivis DAP, akhirnya keluar parti kerana menjadi mangsa dipergunakan.

Mereka meratap dalam diam kerana penyesalan. Cuma sekerat dua yang tampil membuat pendedahan.

Salah seorang daripada mereka ialah bekas calon DAP, A. Rahman Manap. Beliau menjadi aktivis DAP pada dekad 1990-an dan telah menubuhkan tiga cawangan DAP Melayu. Antara jawatan yang pernah disandang ialah Ahli Jawatankuasa DAP Bagan dan Exco DAP Pulau Pinang.

Beliau pernah bertanding atas tiket parti itu di kawasan Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum 1995 tetapi tewas.

Menurut Rahman, perjuangan DAP adalah total kepada kepentingan kaum Cina dan parti itu sebenarnya mahu meruntuhkan penguasaan politik Melayu di tanah air ini.

Apa sahaja strategi DAP untuk mendekati hati Melayu hanyalah muslihat sedangkan hakikatnya DAP bersikap anti-Melayu.

‘‘Mereka hanya mahu menjadikan Melayu sebagai alat bagi mencapai cita-cita politik,’’ katanya.

Rahman membuat pendedahan itu kerana tidak mahu orang Melayu tertipu.

Seorang lagi yang berani tampil ialah Mohamed Razali Abdul Rahman. Beliau memohon maaf kepada orang Melayu kerana pernah menyertai parti itu.

Kes beliau lebih menarik. Razali menyimpan rahsia dan kisah benar bagaimana liciknya DAP melaksanakan agenda berbahaya kepada Perlembagaan negara.

Baru-baru ini pula, Awang didatangi seorang bekas ahli parti itu yang enggan namanya disiarkan. Pertemuan selama 45 minit itu berakhir dengan dia sebak.

‘‘ Melayu hanya dipergunakan. Saya telah menghina diri sendiri, agama dan bangsa kerana tersilap perhitungan. Saya tidak mahu menanggung penyesalan ke akhir hayat. Kini saya menjauhkan diri dari DAP.’’ katanya.

MKP tersentuh. Setidak-tidaknya mereka ada keberanian untuk kembali ke pangkal jalan. Syukur.

Anwar Jantan Hilang Teloq.


Apa yang MKP lihat dan mengikuti permainan dan juga sikap Anuwar ini lebih kepada penafian.Amat jelas setelah dicabar oleh ayahanda Tun bersumpah mengenai isu pinjaman IMF yang mula dicetuskan sendiri oleh Anwar mulalah drama Bollywood.

Empat bulan selepas Pilihanraya Umum ke -12, Anton Chaitkin, editor di Executive Intelligence Review (EIR), sebuah majalah mingguan berpengkalan di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan satu maklumat berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.



“Mahathir bin Mohamad, Malaysia’s prime minister from 1981 to 2003, attacked Soros as a menace to humanity. In the brawl between Mahathir and the Soros faction, Malaysia jailed its finance minister, Anwar Ibrahim, an ally of the IMF and of the Mont Pelerin Society, on charges of corruption and sodomy”, dedahnya dalam rencana bertajuk “The Zimbabwe Trust Gang In Other Capers“.

Bagi sesetengah pihak, pendedahan wartawan AS berkenaan penglibatan Anwar Ibrahim dengan IMF (International Monetary Fund) merupakan sesuatu yang biasa, namun pengesahan wartawan Barat berkenaan bekas Timbalan Perdana Menteri itu menjadi ‘proksi’ kepada kepada penyangak matawang Yahudi, George Soros adalah luar biasa.

Kerana sebelum ini, sangat jarang di kalangan wartawan sama ada tempatan atau luar negara, benar-benar yakin dan pasti untuk mengesahkan hubungan Anwar dengan Soros tersebut.

Sebaran maklumat pada tahun 1998 selepas Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia hanya menyebut hubungan Anwar dengan Al Gore, William Cohen, Madeline Albright, James Wolfensohn dan Michel Camdessus dan nama Soros tidak disebut langsung.

Ketika itu tokoh-tokoh di atas adalah sangat penting kerana mereka adalah Naib Presiden AS, Setiausaha Pertahanan AS, Setiusaha Negara AS, Presiden Bank Dunia dan Pengarah Urusan IMF.

Berbeza dengan Chaitkin, wartawan EIR dalam rencananya Julai 2008 hanya memfokuskan kaitan Anwar dengan satu nama iaitu Soros.

Lebih luar biasa lagi, apabila wartawan itu menyebut satu maklumat yang asing kepada rakyat Malaysia iaitu penglibatan Anwar satu badan bernama Mont Pelerin Society.

Apa itu Mont Pelerin Society dan kenapa wartawan AS itu begitu yakin Anwar termasuk dalam rangkaian organisasi tersebut ?

Sebenarnya pendedahan wartawan dari EIR, sebuah majalah berkaitan dengan gerakan politik Lyndon LaRouche di AS ini adalah di bawah kerangka besar bertajuk “The Dirty Operation Against Zimbabwe: Soros, Abramoff, and British Africa“.

Dalam rencana itu, Chaitkin yang bekas calon Mayor of New York City pada tahun 1973, mendedahkan bagaimana pakatan Soros, NED (National Endowment for Democracy), Abramoff dan tokoh British di Afrika beroperasi secara haram untuk menumbangkan sebuah kerajaan Zimbabwe.

Apakah Soros, NED, IMF, Mont Pelerin Society dan proksi tokoh tertentu berada dalam satu rangkaian dan merupakan resipi modus operandi untuk menumbangkan sesebuah kerajaan ?




Falsafah 1Malaysia Bukan Hanya Slogan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menekankan bahawa falsafah 1Malaysia bukan hanya slogan tetapi ia mencakupi minda rakyat Malaysia ke arah membina sebuah negara yang maju pada 2020.

Beliau berkata, jika rakyat Malaysia memahami dengan mendalam apa yang diperlukan untuk membina negara ini, mereka menyedari betapa pentingnya mempunyai sebuah negara yang kukuh dan akan terus menyokong kerajaan yang mempunyai pengalaman lama dan terbukti. 

"Saya percaya kita boleh capai sebagai sebuah negara yang makmur dan kukuh jika semua rakyat Malaysia berpegang kepada falsafah 1Malaysia,” katanya.

Bangunan itu yang berharga RM55 juta dijangka siap dalam masa dua tahun, dilengkapi dengan sebuah muzium, perpustakaan, bilik bacaan, bilik maklumat dan penyelidikan, bilik mesyuarat, dewan persidangan dan dewan serbaguna.

Pada majlis itu Perdana Menteri juga mengumumkan sumbangan kerajaan sebanyak RM5 juta untuk pembinaan bangunan itu, yang akan dibayar dalam dua peringkat, yang pertama RM2.5 juta pada tahun depan dan bakinya pada 2013.

Perdana menteri juga mengumumkan bahawa kerajaan secara dasarnya bersetuju dengan permintaan Hua Zong untuk memberikan pengecualian cukai kepada mereka yang memberi sumbangan untuk membiayai pembinaan bangunan itu.
Najib berkata Malaysia menghadapi perjalanan yang masih jauh dan untuk mencapai hasratnya, “Kita perlu mempunyai dasar-dasar jangka panjang yang boleh memberikan manfaat kepada semua peringkat masyarakat.

Tetapi kita boleh ada dasar-dasar yang berdasarkan jangka pendek, kita tidak boleh menjanjikan matahari dan bulan.
"Sebagai kerajaan bertanggungjawab dan akan terus membantu rakyat. Sebagai sebuah negara, sebagai satu bahasa, 1Malaysia, ia memberikan kekuatan untuk mengatasi cabaran akan datang,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata dasar-dasar jangka panjang kerajaan telah membuktikan dalam membantu rakyat Malaysia menghadapi krisis ekonomi pada 1997 dan 2009.

“Perjalanan itu penuh dengan cabaran dan pelbagai halangan, tetapi setiap kali berdepan sesuatu krisis besar kita berjaya menempa cabaran itu kerana kita memberi keyakinan kepada cara kerajaan menyelesaikannya.

“Kejayaan itu juga disebabkan rakyat mendokong dasar-dasar jangka panjang yang membawa kestabilan dan kemakmuran negara,” katanya.

UTUSAN MALAYSIA.

VIDEO TERBARU : Skandal Remaja Universiti Di Malaysia


Bebudak Universiti nie bukan nak belajaq sangat akan tetapi pandai berdemo nak kebebasan la konon.sikap kurang ajaq menurunkan bendera PM itu disanjung oleh rakan mereka.akan tetapi Budak tue dengan apa yang diperlakukan didalam Video nie sama saja.

Sunday, December 18

Mahasiswa Berlagak Matang!




Persoalannya, politik bagaimanakah yang diharapkan daripada kelompok mahasiswa ini? Apakah mereka benar-benar cukup layak dan matang untuk terjun ke bidang politik? Sejauh mana keupayaan mahasiswa mengimbangi tanggungjawab hakiki menuntut ilmu?

Sakit hati melihat perbuatan 100 orang Mahasiswa yang kononya berjuang untuk kebebasan mereka. Pada masa yang sama pergi menurunkan Bender DS Najib yang berada di PWTC.

Ini satu tindakan yang amat bodoh dan dangkal, MKP percaya budak yang menurunkan bendera ini seorang yang berhati busuk dan seorang yang berperangai kurang ajar, bukan kurang ajar kepada masyarkat tetapi sudah tentu kurang ajar kepada keluarga mereka.
Amat memalukan keluarga dan nama baik Universiri yang beliau wakili. 

Kalau para Mahasiswa yang lain boleh diam meliahat nama kamu dicemarkan oleh budak yang kurang akal ini, bermaksudnya kamu juga sama seperti beliau yang menghalalkan pernuatan beliau.

Umur baru setahun jagung nak bicara pasal kebabasan! umur baru setahun jagung nak bicara pasal pentakbiran Negara!

Buku mana kamu berlajar? berapa banyak buku kamu dah habis baca? dari mana kamu dapat Ilmu. ukur dan cermin lah diri kamu dulu sebelum mempertikaikan tindakan Kerajaan Malaysia!

kepada Mahasiswa yang tidak bersetuju dengan tindakan beliau, seharusnya kamu keluar dan membuat kenyataan, bukan peluk tubuh dan melihat kamu di wakili oleh budak yang kurang akal ini!

MKP kata:Tahniah Arman Azha,ludah jangan tak ludah.

Peristiwa Memali Berpunca Dari Pas



Baru-baru ini Pas mengadakan majlis sambutan ulangtahun ke 25 tragedi Memali. Pelbagai program yg dirancang oleh mereka termasuklah ceramah. Seperti kelaziman, apabila disebut peristiwa Memali, mereka akan kata Kerajaan BN sebuah kerajaan pembunuh. Pelbagai tuduhan2 kesat akan dilemparkan kepada Umno dan polis. Itu cerita sebelah pihak mereka. Maka sudah tentulah cerita tersebut diputar belit supaya menyebelahi mereka agar rakyat menyokong mereka dan membenci kerajaan yg memerintah negara pada hari ini. Berpunca daripada politik ekstrem yg diajar dan diamalkan oleh Pas itulah terjadinya tragedi Memali pada tahun 1985. Perkara ini semua berlaku akibat dari politik ekstrem dan politik kebencian melampau yg diajar oleh Pas.

Ibrahim Libya pada mulanya seorang yg baik. Beliau mulai 'rosak' setelah menyertai Pas pada tahun 1978. Beliau bersekolah pondok di Baling, kemudian belajar pula di madrasah di Kepala Batas. Selepas itu dia melanjutkan pelajaran ke Nilam Puri, Kelantan. Habis di Kelantan beliau ke India dan selepas itu menyambung pelajaran di Libya. Kembali ke tanahair pada awal 70an dan beliau bekerja di Pusat Islam dibawah JPM. Akhir tahun 1976 beliau letak jawatan dan bekerja dengan Kedutaan Libya sebagai pendakwah. Daripada situlah dia mula dikenali sebagai pendakwah bebas.

Semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Akhirnya apabila beliau menyertai Pas pada tahun 1978 dan menjadi calon dalam pilihanraya di Dun Bayu, maka mulalah berlaku kerosakkan ke atas dirinya. Semuanya kerana politik ekstremis yg diajar oleh Pas meresapi dirinya. Pas menggunakan sepenuhnya kepakaran dan kehebatan yg ada pada Ibrahim Libya untuk menguatkan pengaruh mereka. Sebagai contoh kita lihat Hassan Ali, dulu dia seorang penceramah bebas yg hebat dan dikagumi oleh setiap lapisan masyarakat. Pada waktu kegemilangannya semua orang akan menunggu depan tv setiap khamis malam jumaat untuk menunggu kemuculannya dalam Forum Perdana Ehwal Islam.

Hassan Ali mempunyai pengikut dan peminat yg ramai. Pas tarik Hassan Ali sertai mereka dan menggunakan pengaruh yg ada pada Hassan Ali untuk menarik orang ramai menyertai Pas dan menggunakan Hassan Ali semaksimum mungkin di atas pentas2 ceramah. Pada masa itu Hassan Ali dipuja, dipuji dan dijilat oleh orang2 Pas sepanjang masa. Akhirnya Pas dapat memecah kekebalan benteng Dun Selangor daripada ditembusi oleh Pas. Hassan Ali menang dalam pru 1999 di kerusi Sungai Burung. Kemenangannya bukan kerana Pas tetapi kerana personalitinya.

Selepas itu rakyat melihat Hassan Ali mula rosak apabila menyertai Pas dan beliau kehilangan sokongan,akhirnya tewas dalam pru 2004. Tetapi pada pru 2008 Hassan menang balik di Gombak Setia. Kemenangannya pada masa itu bukan kerana dia Hassan Ali tetapi kerana kemarahan rakyat kepada kepimpinan negara dan Umno pada masa itu. Dalam pru 2008, bukan setakat Hassan Ali yg menang, ramai lagi pemimpin yg menang sehingga mereka berjaya membentuk kerajaan campuran. Jika ditakdirkan Hassan tak menang pun , Pas masih boleh menubuh kerajaan campuran bersama PKR dan DAP.

Lihat apa jadi kepada Hassan Ali sekarang ? beliau tidak lagi sepenting tahun dulu. Musuhnya kiri kanan dalam Pas. Asal buka mulut sahaja kena balun. Bertanding jawatan dalam Pas pun kalah. Bagi mereka Hassan Ali tak penting lagi sekarang. Dari segi pengaruh memang ada persamaan antara Ibrahim Libya dan Hassan Ali. Mereka berjaya menggunakan pengaruh mereka untuk menarik orang menyokong Pas. Bezanya, Pas kurang berjaya mentarbiah Hassan Ali menjadi ekstremis Pas kerana Hassan orang pintar. Manakala Ibrahim Libya pula berjaya digunakan oleh Pas untuk menjadi ekstremis. Suasana zaman juga menjadi faktor bezanya Hassan dan Ibrahim.

Berbalik kepada kisah Memali, selepas menyertai Pas, Ibrahim Libya mula berubah mengikut acuan Pas.Kerajaan pada masa itu mendapati Ibrahim Libya mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam melalui ceramah2 agamanya. Lalu kerajaan mengambil keputusan untuk menahannya di bawah ISA bagi memperbetulkan keadaan. Percubaan pertama pihak Polis untuk menahan Ibrahim di bawah ISA pada 2 September 1984, bagaimana pun usaha itu gagal. Dikatakan 100 orang polis telah mengepungnya tetapi dihalang oleh orang2 kampung yg keluar beramai2.Untuk pengetahuan pembaca, pengaruh yg ada pada Ibrahim Libya digunakan sepenuhnya oleh Pas sehingga Ibrahim berjaya menarik hampir 100 % penduduk Baling menyertai Pas pada masa itu.

Untuk mengelakkan ketegangan pihak polis berundur dan selepas itu Ibrahim lari menyembunyikan dirinya di satu tempat rahsia diBaling. Setelah sekian lama menyembunyikan diri dan tidak dapat menyampaikan ceramah, maka puak2 Pas pada masa itu mengambil keputusan membawa Ibrahim kembali kerumahnya dan dia sentiasa dikawal rapi oleh ahli2 Pas untuk mengelakkan Ibrahim ditahan di bawah ISA. Dalam tempoh itu juga pihak berkuasa beberapa kali cuba untuk menahan Ibrahim di bawah ISA tetapi semuanya gagal kerana dihalang oleh orang2 kampung yg bersenjatakan buluh runcing dan pelbagai senjata tajam lagi. Pernah berlaku dimana beratus orang kampung mengepung sebuah kereta polis yg di dalamnya ada Ketua Polis Daerah Baling dan kemudiannya orang kampung meletak senjata di tengkuknya. 


Keadaan berterusan selama lebih kurang setahun. Pelbagai pendekatan yg diambil oleh polis untuk menahan beliau tetapi gagal termasuklah meminta dia menyerah diri secara sukarela. Jika pemimpin Pas pada masa itu ada tanggungjawab sepatutnya mereka menyelesaikan masalah tersebut dengan polis dengan cara yg baik kerana tempohnya sudah terlalu lama. Tetapi Pas tidak mengambil tanggungjawab itu, mereka sengaja membiarkan keadaan tegang, kerana itu yg mereka kehendaki untuk menggambarkan kerajaan zalim dan mereka memang mahu polis bertindak dengan ganas supaya boleh dijadikan modal politik dan seterusnya boleh menumbangkan BN.

Polis tiada pilihan, pelbagai cara lembut dan diplomasi telah digunakan selama setahun tetapi mereka gagal. Akhirnya polis terpaksa menggunakan pilihan terakhir mereka iaitu menyerbu masuk ke kampung berkenaan untuk menahan Ibrahim dan pengikutnya. Maka pada pagi 19.November.1985 polis telah mengepung madrasah tempat Ibrahim Libya dan pengikutnya berkubu dan meminta beliau menyerah diri. Permintaan itu tidak diendahkan dan dalam masa yg sama juga penduduk2 kampung telah keluar dengan membawa buluh runcing dan senjata tajam.


Langkah pertama yg diambil oleh polis ialah melepaskan gas pemedih mata. Tiba2 keluar seorang lelaki dari tempat persembunyiannya disekitar kawasan yg dikepung membawa sebilah parang untuk menyerang polis dan dia telah ditembak mati. Itulah bukti fahaman ekstremis yg dibawa oleh Pas. Sanggup membawa parang untuk menyerang polis.

Sebilah senapang patah dipercayai milik Rela juga turut digunakan untuk menembak anggota polis oleh puak2 yg berkubu bersama Ibrahim Libya. Dimana pemimpin Pas pada masa itu ? adakah berita berkenaan tidak sampai kepada mereka ? mustahil ! Mengapa mereka tidak memujuk Ibrahim Libya dan pengikutnya agar menyerah diri ? Mereka memang mahukan polis bertindak sedemikian demi untuk dijadikan modal politik. Itulah bukti pemimpin2 Pas adalah pemimpin yg tidak bertanggungjawab. Sanggup membiarkan nyawa pengikut menjadi taruhan demi politik. Setakat isteri jadi taruhan taklik adalah perkara kecil. Nyawa ahli pun mereka sanggup gadai asalkan dapat keuntungan politik.

Diringkaskan cerita, setelah seharian 'peperangan' antara polis dan penduduk kampung yg ekstrim berlangsung, akhirnya ia tamat di mana ianya menyaksikan 14 penyokong Pas mati termasuk Ibrahim Libya dan 4 orang anggota polis turut terbunuh hasil daripada fahaman ekstrimis yg diajar oleh Pas. Al Fatihah... Seramai 160 orang ditahan dalam operasi berkenaan yg dinamakan Ops Angkara. Selepas itu hanya lebih kurang 30 orang ditahan di bawah ISA dan selebihnya dibebaskan. Mereka2 yg ditahan dibawah ISA tiada seorang pun yg mati semasa dalam tahanan dan ada yg masih hidup sihat walafiat sehingga sekarang, malah ada yg jadi Senator sekarang ini.

Jika pemimpin2 Pas pada masa itu adalah pemimpin yg bertanggungjawab, sepatutnya mereka memujuk Ibrahim Libya untuk menyerah diri dengan cara elok. Jika beliau menyerah diri dengan cara elok, mungkin Ibrahim Libya dan 13 mangsa lain masih hidup sehingga sekarang. Itulah buktinya Pas sebuah parti yg hanya mementingkan politik dari nyawa ahli2 mereka. Buktinya boleh dilihat sehingga hari ini. Walaupun 25 tahun peristiwa Memali telah berlaku , sehingga ke hari ini Pas tetap menggunakan peristiwa tersebut sebagai modal politik mereka. Memali adalah satu 'pelaburan' berharga yg Pas lakukan 25 tahun lalu dan mereka berjaya menuai hasilnya sehingga kini. Pelaburan Kohilal pula sehingga kini ahli tidak mendapat hasil.

Kejahatan Pas tidak habis di situ. Selepas Ibrahim Libya dan pengikut2nya dikebumikan, ada dikalangan orang2 Pas yg pergi mencurahkan cecair berbau wangi diatas kubur mereka. Selepas itu mereka sebarkan cerita kononnya haruman yg wangi keluar dari kubur mereka yg terbunuh. Semua itu untuk menggambarkan kepada masyarakat kononnya perjuangan mereka semua dirahmati oleh Allah swt dengan niat untuk menarik sokongan rakyat kepada mereka dan membenci kerajaan.

Jika kita lihat kembali apa yg berlaku di Memali ada persamaan dengan apa yg berlaku dalam setiap perhimpunan haram yg dianjurkan oleh Pas. Untuk menyuraikan perhimpunan2 haram, polis tidak terus menyerbu membabi buta. Mereka akan menggunakan diplomasi terlebih dahulu. Rundingan demi rudingan dan nasihat demi nasihat. Tetapi selalunya juak2 pecacai ini tidak peduli nasihat polis. Malah mereka terus melakukan provokasi supaya polis bertindak keras dan tindakan itu boleh dijadikan modal politik. Pernah satu ketika dalam satu perhimpunan haram diMasjid Negara mereka memprovok polis dari dalam masjid. Mereka lakukan semua itu supaya polis menyerbu mereka didalam masjid dan itu dapat dijadikan modal politik kononnya polis tidak menghormati masjid. Dalam peristiwa itu polis menyerbu masuk kemasjid, tetapi sebelum masuk pasukan FRU telah pun memakai sarung kasut (bukan sarung kaki/stokin) terlebih dahulu untuk mengelakkan tapak kasut memijak tempat sembahyang.

Pas tidak pernah cerita semua itu semasa mereka berceramah. Mereka hanya cerita anggota polis kurang ajar masuk ke masjid dengan kasut. Mereka tak kata yg anggota polis telah pakai sarung kasut terlebih dahulu sebelum masuk. Begitu juga dengan kisah Memali, atas pentas ceramah atau dalam harakah, Pas hanya menceritakan orang2 mereka yg terbunuh, polis guna pistol, guna gas pemedih mata dan guna kereta kebal. Mereka tak cerita yg orang mereka guna buluh runcing, pedang, parang panjang dan senapang patah untuk membunuh polis serta empat orang anggota polis terbunuh. 

Matinya Ibrahim Libya dan 13 orang yg lain pada hari itu berpunca daripada Pas. Semuanya kerana politik ekstremis dan kebencian melampau yg diajar oleh Pas. Jika tidak , mungkin Ibrahim Libya masih hidup sekarang dan terus berdakwah kepada orang2 Islam di Malaysia. Ilmu yg beliau kumpul dari Baling hingga ke Libya akhirnya menjadi sia2 selepas menyertai Pas. Orang yg sepatutnya bernilai untuk negara akhirnya punah ranah , semuanya kerana Pas. Pas memang nampak cantik diluar, tetapi di dalamnya penuh dengan kejahatan dan kejijikan.

Konvensyen Media DAP Cuma 50 Peserta Yg Hadir.

Tension awek kerana suasana yang boring kerana tak sampai 50 peserta yang hadir dalam Konvensyen Media Sosial Pulau Pinang.Tak dapat sambutan rupanya.

Cuba kira satu-satu berapa yang hadir.ada tak lebih dari seratus kepala.

Guan Eng Dok pening kepala sambutan kurang meriah.

Nurul Izzah pun tengah raplak jinggay orang tak ramai.

Awat semua muka tension nie sepatutnya ceria,kenal siapa mamat nie???

Lokasi telah berubah ke Straits Quay.

Poster sebelum ini yang diwar-warkan dalam media.

Kira lagi sekali berapa orang yang hadir.









VIDEO PANAS : #saifudinabdBARUAanwar Mana Lagi Pejuang UMNO?




BENDERA yang memaparkan gambar Presiden UMNO dan Perdana Menteri Najib Razak diturunkan. Satu tindakan paling biadap dan kurang ajar dilakukan oleh palajar-pelajar yang menggelarkan diri mereka BEBAS. Apa ahli UMNO dan orang UMNO buat?Presiden mereka dihina sedemikan rupa?Bacul sangatkah hingga biarkan sahaja bendera yang menjadi lambang institusi KePresidenan parti iini dibiarkan dipijak maruahnya oleh anak-anak haram ini.

Di mana kejantanan Pemuda UMNO Malaysia?Pelajar yang biadap,kurang ajar boleh menceroboh masuk di Aras 4 Bangunan UMNO takkan mahU dibiarkan begitu sahaja?Dasar pelajar bangsat ini sebegini bukan boleh dibiarkan dan apa kena mengena AUKU dengan UMNO?Jelas mereka ini adalah pelajar yang tidak mengenang budi dan tidak patut dibiarkan hidup.

Mana suara Timbalan Presiden,Naib-Naib Presiden,Ketua Wanita,Ketua Pemuda,Ketua Puteri?Baculkah semuanya? Tidak cukup menurunkan bendera yang berlatarbelakangkan gambar PM Najib, puak-puak bangsat ini melaungkan supaya Najib letak jawatan.Ini tidak semudah mereka lakukan kalau tidak ada dalangnya.

Haramjadah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini yang dilihat seperti bersekongkoi dengan anak-anak bangsat ini.Terrsenyum bagaikan pemimpin yang paling celaka yang pernah UMNO lahirkan. Presidennya dihina sedemikan rupa tapi beliau boleh tersenyum macam sial menerima memorandum anak-anak haram ini.

Ostaz Azizan Lena,Rakyat Kedah Tanggung Derita.



Pendapatan lebih 100 pekerja bas henti-henti CityLiner terjejas selepas operasi untuk 18 daripada 20 laluan melibatkan beberapa kawasan di negeri Kedah dihentikan sejak awal bulan ini kerana tidak mampu menanggung kos perbelanjaan yang tinggi.
Pengerusi Kesatuan Pengangkutan Awam Semenanjung Malaysia (TWU) Sesi Alor Setar, Mohd Shukri Mahmood berkata, tindakan menghentikan operasi menyebabkan pendapatan pekerja berkurangan daripada biasa.
Menurutnya, walaupun bas tidak beroperasi seperti biasa, pekerja tetap datang bertugas untuk melakukan kerja-kerja biasa, dengan anggaran pendapatan sekitar RM17 sehari.
"Kebanyakan pekerja bergantung kepada trip, komisen dan elaun kerja lebih masa. Jika sebelum ini mereka mampu memperoleh pendapatan lebih RM800 sebulan, kini mereka hanya mampu memperoleh sekitar RM400 sebulan.
"Bukan sahaja pekerja yang merasai kesannya, malah ribuan penumpang yang sering menggunakan perkhidmatan bas henti-henti ini turut terjejas," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Stesen Bas Pendang, hari ini.
Mohd Shukri berkata, antara laluan yang dihentikan operasi ialah untuk 13 taman sekitar Sungai Petani, laluan Pendang-Alor Setar, Alor Setar-Kangar serta laluan dari Sungai Petani ke Kulim, Baling dan Jeniang.
"Hanya operasi melibatkan laluan Sungai Petani-Butterworth dan Sungai Petani-Alor Setar yang dikekalkan.
"Ramai pekerja yang terjejas, justeru saya berharap pihak berkenaan termasuk syarikat bas dapat mengadakan rundingan segera bagi mencari jalan penyelesaian," katanya.
Sementara itu, seorang pemandu bas, Ahmad Dahlil, 59, ketika ditemui berkata, pemberhentian operasi bas di beberapa laluan itu menyebabkan pendapatan bulanannya dan rakan lain terjejas.
"Saya menjadi pemandu bas sejak tahun 1981 namun ini kali pertama berhadapan dengan masalah seperti ini. Memang kami masih mempunyai pekerjaan tetapi sumber pendapatan semakin berkurangan kerana bas tidak dapat beroperasi seperti biasa.
"Jika sebelum ini, selain waktu kerja lapan jam iaitu bermula jam 6 pagi hingga 2 petang, saya boleh kerja lebih masa untuk dua hingga empat jam lagi dan mendapat pendapatan yang lebih, tetapi kini tidak lagi," katanya.

Ketiadaan perkhidmatan bas sukarkan pergerakan
Seorang penduduk, Zaiton Shafie, 46, sering menggunakan perkhidmatan bas henti-henti untuk membeli barangan keperluan harian pada setiap hari minggu, dari rumahnya di Kobah ke pekan Pendang atau pekan Simpang Kuala.
"Bagaimanapun, saya terkejut setelah dimaklumkan bahawa bas yang melalui kawasan rumah saya tidak lagi beroperasi seperti biasa menyebabkan saya terpaksa menyewa teksi.
"Selalunya, harga tiket bas hanya RM1.30 tetapi apabila menyewa teksi, saya perlu membayar RM6 untuk perjalanan sehala sahaja dan ini sudah pasti membebankan," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap syarikat bas berkenaan Kenderaan Langkasuka Sdn Bhd, ketika dihubungi berkata, syarikat terpaksa menanggung kerugian hampir RM400,000 sebulan, sejak beberapa tahun lalu.
Menurutnya, pihaknya sudah menghantar dua surat kepada Kerajaan Negeri bertarikh 10 November dan 22 November lalu bagi memaklumkan mengenainya.
"Difahamkan, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sudah menyatakan kesediaan untuk bertemu dan membantu mencari penyelesaian terhadap masalah itu dalam masa terdekat.
"Kita bimbang ramai yang akan terjejas jika masalah ini terus berlarutan, apatah lagi sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi," katanya yang berharap agar operasi bas yang dihentikan dapat disambung semula awal Januari depan.

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive