Thursday, September 13

VIDEO :ABBY ABADI MASIH BERNAFSU?


“Sebenarnya kalau kita mengaku kita ni semua beragama Islam, untuk wanita yang sudah akil baligh memang dah tak ada pilihan untuk tidak menutup aurat”

“Macam tu juga dengan lelaki. Kalau 3 kali je dia dah langgar macam main bola pakai seluar pendek yang atas pada lutut, dia tidak boleh jadi Wali dah. Benda macam tu nampak kecil tapi besar sebenarnya dia punya kesan”



JANJI POPULIS PR SANGAT SINIS


Sepatutnya pihak pembangkang menawarkan polisi-polisi alternatif yang kukuh dan mampu memperbaiki pembangunan negara serta kehidupan harian rakyat jelata, dan bukannya menabur janji-janji palsu yang hanya berlandaskan perkiraan-perkiraan ekonomi yang tidak tepat.

Berjuta-juta rakyat Malaysia yang bekerja keras tidak berminat untuk membeli kereta-kereta import yang mahal. Mereka hanya berusaha untuk menyara diri dan keluarga serta merancang untuk membuat keputusan-keputusan hidup yang lebih penting seperti memberi pendidikan kepada anak-anak dan juga membeli rumah sendiri.

Rafizi telah membentuk sebuah fatamorgana ekonomi daripada AP di sebuah persidangan akhbar pada hari Selasa lepas. Beliau melandaskan teori beliau di atas kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir minggu lepas yang dilaporkan telah berkata bahawa penjualan AP kepada pembida tertinggi akan membuatkan harga setiap AP bernilai antara RM50,000 hingga RM60,000.

"Sekiranya jumlah pengeluaran AP setiap tahun mencapai 70,000 seperti yang dianggarkan, negara ini dan rakyatnya akan kerugian sekitar RM3 bilion hingga RM3.5 bilion setiap tahun kerana kementerian yang kini diterajui Datuk Mukhriz hanya mengenakan bayaran RM10,000 semasa AP diedarkan ... tanpa melalui proses tender terbuka," dakwa Rafizi.

Pengiraan ekonomi Rafizi sangat lemah, kerana sebaik saja kesemua AP ditawarkan kepada pembida tertinggi, bekalan AP akan menjadi sangat tinggi sehinggakan pembida-pembida premium yang kini bersedia untuk mendapatkan AP akan berkurangan daripada jumlah RM50,000-RM60,000 yang diandaikan oleh Rafizi. Oleh yang demikian, anggaran beliau tentang kerugian RM3.5 bilion itu adalah sesuatu yang sangat dibesar-besarkan.

Keduanya, setiap negara pengeluar kereta mengenakan sekatan terhadap pengimportan kereta untuk melindungi industri automotif tempatan. Ini tidak hanya berlaku di Malaysia, Rafizi. Pergilah ke India, sebagai contoh, dan anda akan dapati bahawa wujud duti import sebanyak 102 peratus dan pengharaman ke atas import kereta-kereta terpakai.

Samada Rafizi suka atau tidak, harga kereta-kereta tidak akan "turun naik berdasarkan pasaran terbuka." Harga-harga kereta diatur dalam setiap pasaran kereta, samada di Amerika Syarikat mahu pun China.

APA SALAHNYA JIKA @shaberyc Menari OPPA GANGNAM STYLE.


Apa yang pelik dan salah apabila Menteri Belia Dan Sukan menari oppa Gangnam Style di Majlis Rumah Terbuka Kementerian Belia Dan Sukan.KBS adalah satu kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk mendekati anak muda dengan cara anak muda mengikut peredaran zamannya.

Antara usaha untuk memberi kesedaran kepada golongan muda Melayu dan Bumiputera yang telah layak melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi adalah menerusi pendekatan politainment. Istilah dinyatakan oleh pensyarah Psikologi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Dr Mohamad Yaacob ini merujuk kepada penggabungan perkataan politik dan hiburan.

So kalau nak kata tak kena itu dan ini lebih baik kita berfikiran lebih terbuka dari hanya menghentam Datuk Seri Sabry Cheek menari bersama anak muda.Blogger Kaldai Pembangkang Amenoworld dalam blognya KLIK  


VIDEO :PASAL TALAM PUN NAK GADUH KE?


Kekecohan berlaku disebabkan penyokong sebuah parti politik menghalang laluan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua; Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong ketika keluar dari dewan pada jam 9.35 malam tadi.

Setelah hampir 30 minit menantikan kehadiran Khalid, mereka bertindak keluar dewan.

Debat berhubung isu penstrukturan semula hutang Talam Corp anjuran MCA Bandar Tun Razak, yang diadakan di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak.

Tee Yong enggan berdebat dengan wakil yang dihantar oleh Khalid, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Namun, debat tersebut diteruskan tanpa wakil PR.

Pihak Tee Yong menegaskan mereka ingin berdebat dengan Menteri Besar Selangor sendiri.

Jawapan dengan Tamparan.3 Soalan 1 Penampar...


Debat seorang pemuda dengan Imam.Kisah ini berlaku disebuah surau selepas solat Isyak dan berikut adalah debat yang menusuk hati.

Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya

2.Apakah yang dinamakan takdir

3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.


Wednesday, September 12

DEY MAHFUDZ & MAT SABU LANGKAH MAYAT I DULU-AZIZAN


Kerusi Menteri Besar Kedah boleh dikatakan antara kerusi politik yang amat panas. Ini berikutan begitu ramai di kalangan PAS sendiri yang ingin berada di kerusi tersebut.

Kerana begitu ‘gilakan’ kerusi tersebut, PAS langsung tidak menimbangkan situasi sekiranya mereka tidak dapat mempertahankan negeri itu dalam PRU nanti. Mereka seolah-olah yakin bahawa masalah mereka hanyalah siapa yang akan menggantikan Dato’ Seri Azizan Razak dan bukannya bagaimana untuk memastikan kemenangan PAS di Kedah.

Antara yang mensasarkan jawatan Menteri Besar di kalangan PAS Kedah ialah Mat Sabu dan juga Mahfudz Omar, selain dari Phahrolrazi yang tidak dapat lagi membendung kerakusannya sehingga sanggup menuntut Azizan berundur dan bersikap biadap secara terbuka terhadap beliau.

VIDEO ; ISLAM DI MALAYSIA DALAM BAHAYA-ABBY ABADI

Betulke apa yang kau cakap nie abby????Ini sudah membangkit rasa marah umat Islam Malaysia pada kau.Terlajak perahu boleh berpatah balik akan tetapi bila dah terlajak berkata-kata padah akibatnya nanti.Kau cakap Malaysia tidak memilih Ketua Negara dari yang beragama ISLAM ini bermakna dah menghina Raja-raja MELAYU.


KERANA NASHA PEMUDA PAS TURUNKAN PAPAN TANDA?

PAS tidak mengeluarkan sebarang amaran kepada bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa terhadap kritikannya terhadap DAP dan Karpal Singh dalam isu hudud.Akan tetapi Puak Anwaris dah mula tunjjuk belang dengan protes dalam diam....

Seimbas lalu seakan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa sudah boleh bernafas lega setidak-tidaknya untuk beberapa ketika selepas meraih kejayaan tersendiri dalam pengelutan sengit berdepan dengan cubaan kumpulan Anwarinas yang mahu menyingkirnya dari PAS.

Tanggal 9 September yang awalnya dianggap bakal menamatkan riwayat politik Nasharudin dalam PAS semacam sudah berubah rentak menjadi tarikh yang maha sial pula untuk kumpulan Anwarinas yang diketahui umum amat memusuhi Nasharudin sejak 4 tahun lalu.


KHTUBAH JUMAAT PUN CERITA KASUT KE?


Tidak pelik imam masjid di negeri dikuasai pembangkang itu membesar-besarkan isu tersebut dengan harapan orang ramai mengutuk mereka yang membaling kasut dalam masjid ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan takzirah maghrib, 2 September lalu.

Kalau ikut apa dilaporkan media atau blog pro pembangkang, insiden membaling kasut itu membabitkan Perkasa Kedah yang kesal kehadiran Anwar menyampaikan takzirah di masjid Seberang Pumpong Alor Setar itu.

Namun, paling marah dengan kejadian itu adalah Naib Presiden PAS,Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa kasut itu nyaris terkena beliau.

Cuma menjadi tanda tanya, benarkah kejadian baling kasut itu atau sekadar helah pembangkang untuk alih isu memijak gambar pemimpin dan mahu menukar Jalur Gemilang yang membangkitkan kemarahan rakyat?

Ini kerana tidak ada media pembangkang pun menunjukkan ‘kasut’ dimaksudkan ahli parlimen Pokok Sena itu sedangkan pasti ramai wakil media hadir ke majlis itu kerana tetamunya adalah Anwar.

PKR SELANGOR BUKAN JANJI DITEPATI TAPI JADI CAPATI


Selangor adalah negeri yang mempunyai kepadatan penduduk paling ramai di Malaysia,Bayangkan jika rumah kita tiada bekalan air nescaya akan timbul rasa marah terhadap pihak yang menguruskanya. Itulah yang berlaku kepada 711 penguna air di Selangor. Seramai 711 pengguna air di negeri Selangor hari ini menfailkan saman tuntutan ke atas kerajaan negeri, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Melalui tuntutan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, kesemua pengguna terbabit menuntut tunggakan subsidi air di bawah skim air percuma kerajaan negeri di dalam manifesto Pakatan Rakyat yang diperkenalkan pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), empat tahun lalu.Ini baru Janji dijadikan Capati oleh Khaid Gagap.


Tuesday, September 11

ABBY CERAMAH ATAU JUAL BODY?

Abby Abadi nie ceramah atau jual body?Nampak suka dan gembira sebab masssyuuuk dari setiap ceramah yang beliau hadiri.Tapi Gambar dibawah ini menimbulkan tanya kepada MKP?

Kenapa ada yang menyapu dahi mungkin ceramah ini tidak sesuai kepada mereka.Ayat yang kuar dari mulut abby adalah nak masuk syurga kena isi borang masyuuuuk PAS beb baru berkat.....Dr Asri dalam satu kenyataan di laman blognya hari ini telah membidas Pas didalam isu bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi yang menyertai parti tersebut baru-baru ini.


KARPAL HALAU PAS DARI PAKATAN?




Abang Besar DAP mula bersuara,Dulu Anwar kena lempang dan disuruh bertaubat dan gempar pada hari ini timbul pulak PAS bakal dihalau oleh Abang Besar dari perikatan yang dibina.Berikut adalah laporan MyMassa

INSIDEN terbaru di Majlis Hari Raya anjuran Muslimah PAS baru-baru ini yang mengasingkan tetamu lelaki dengan tetamu perempuan telah mendapat Kritik Besar daripada PengAnti Islam DAP, Encik Karpal Singh.

Kata Karpal Singh mengulas kejadian tersebut, "ia menunjukkan Pas telah cuba impliment dan cuba untuk laksanakan Hudud Pas tanpa Kelulusan Pakatan Republik".

Karpal Singh mendesak supaya Pas tidak tunggu lama di dalam Pakatan Republik, dan mendesak supaya Pas segera keluar dari Pakatan Republik.

Mengulas Desakan Karpal Singh, Muslimah Pas berkata mereka akan tetap dengan pendirian mereka bahawa mengasingkan lelaki dan wanita dalam sebarang majlis.

***Baca Desakan Karpal Singh supaya Pas keluar segera dari Pakatan Republik dalam The Star hari ini 11/11/2012.


- Posted using BlogPress from my iPad

SUARAM BAGAIKAN KONDOM ANUWAR MELEPASKAN GIAN?


Sejak beberapa lama, NGO yang kononnya berjuang atas nama hak asasi manusia iaitu Suaram telah mencuba sedaya upaya untuk mengaitkan Perdana Menteri dengan pembelian kapal selam scorpene dan pembunuhan Altantuya kononnya bermotifkan rasuah dan hubungan sulit. Namun, kini terbukti bahawa tuduhan Suaram adalah fitnah belaka apabila pihak Perancis sendiri mengesahkan bahawa tiada perbicaraan tentang scorpene yang berlangsung di negara mereka sepertimana yang didakwa Suaram serta tiada rekod kemasukan Altantuya ke negara itu dalam tempoh yang diperkatakan.

Akhirnya, yang menjadi isu kini bukan lagi scorpene atau Altantuya, tetapi Suaram sendiri. Dengan kenyataan pihak Perancis sendiri dan penjelasan pihak Angkatan Tentera dan kerajaan serta perbicaraan kes pembunuhan Altantuya, maka terserlahlah sudah bahawa Suaram telah melakukan fitnah yang amat berat.

Rupanya, Suaram hanyalah topeng yang dipakai oleh Pakatan Rakyat (PR) untuk berpolitik, dan bukannya untuk memperjuangkan hak asasi manusia. Sehubungan dengan itu, siasatan terhadap latarbelakang Suaram mendedahkan bahawa Suaram selama ini beroperasi atas dana yang meragukan iaitu dari pihak asing bagi melancarkan operasi dan misi mereka.

KELAB PUTERA TELAH DIBERI KEBENARAN UNTUK MISI KE-27


Alhamdulilah kebenaran untuk berlepas telah pun diterima oleh pihak Kerajaan Myanmar,Ternyata apa yang telah diperkatakan oleh Presiden KP1M  Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim telah dikotakan. MKP harap niat yang murni untuk membantu etnik Rohingya yang menderita tercapai.Niat yang ikhlas akan mendapat berkat serta keredaan dari Allah.


KUALA LUMPUR - Kementerian Luar menyambut baik keputusan Kerajaan Myanmar membenarkan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) menghulur bantuan kepada penduduk Rakhine yang terjejas ekoran konflik Jun lalu. 
Keputusan itu berikutan permohonan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman kepada rakan sejawatannya dari Myanmar Wunna Maung Lwin sewaktu menghadiri Persidangan Ketua-ketua Negara dan Kerajaan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) ke-16 di Tehran Ogos lepas. 
Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata Kerajaan Myanmar turut menyatakan penghargaan atas semangat setia kawan dan sokongan berterusan ditunjukkan kerajaan Malaysia serta keprihatinan rakyat negara ini. 
Berikutan itu Kementerian Luar menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Yangon, akan bekerjasama dengan Kerajaan Myanmar dalam menyalurkan bantuan sebaik sahaja butiran lengkap mengenai penghantaran bantuan diterima daripada Kelab Putera 1Malaysia. 
Semalam Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata Kapal KD Sri Indera Sakti yang membawa 480 tan barangan Misi Bantuan Kemanusiaan Tabung Rohingya sepatutnya bertolak 1 September lepas tetapi terpaksa ditangguhkan kerana belum mendapat kebenaran daripada kerajaan Myanmar. - Bernama

Pengorbanan Seorang Ibu Untuk Pergi Ke Sekolah Di China


Demi ilmu CARI sesuap nasi

Apakah pengorbanan yang anda lakukan untuk ke sekolah setiap hari? Naik 3 bas untuk ke sekolah? Panjat jambatan roboh seperti yang berlaku di Indonesia? Hari ini mari kita melawan Bandar Macheng di Provinsi Hubei China untuk melihat pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan anak mereka selesa di sekolah? Tahun ini bandar ini menerima 5000 orang pelajar baru untuk sesi pengajian 2012-2013.


Monday, September 10

Nama "BodyGuard" Serta Syarikat Keselamatan Di Dedahkan


Makluman yang MKP terima sebentar tadi menyatakan nama pengawal peribadi Anwar bernama Harizal Bin Zahid.Harizal adalah pengawal peribadi berkerja dengan syarikat Riswan Security Enterprise yang beralamat di Wisma Mutiara Jalan Sungai Besi Kuala Lumpur.memang benar Harizal telah mengeluarkan pistol dengan alasan untuk mempertahankan Anwar dari dicederakan.Akan tetapi patutkan Tidakhan beliau mengeluarkan pistol sedangkan rombongan Anwar berada didalam Bas dan pintu bas masih tertutup dan masih didalam keadaan yang boleh dianggap selamat serta tindakan Harizal itu nampak seperti tindakan membuta tuli dan tidak beretika dalam menjalankan tugasnya sebagai pegawal peribadi.Jika Anwar berada dikeadaan yang terbuka tindakanya boleh diterima akal dengan mengeluarkan pistol.


GOLONGAN ANWARIS KECEWA NASHA KEKAL


Sudah tentu golongan anwaris kecewa dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat malam semalam untuk mengekalkan ‘dalang kerajaan perpaduan dengan UMNO’, Nasharudin Mat Isa sebagai ahli PAS. Keputusan ini jelas tidak mengikut kehendak ahli PAS diperingkat akar umbi yang mahu melihat Nasharudin di pecat.

Sekurang-kurangnya 2 kumpulan besar dalam PAS yang masing-masing diketuai Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu dan Datuk Husam Musa, telah menyatakan kekecewan masing-masing berhubung dengan keputusan tersebut.

Mereka menyifatkan kegagalan Majlis Syura PAS sebagai badan tertinggi parti tersebut mengambil tindakan terhadap Nasharudin, hanya menyerlahkan lagi ketidakupayaan badan itu mengawal tingkah laku ahli-ahli PAS yang bercanggah dengan perjuangan utama parti itu sekarang - negara berkebajikan.

Video Mengesahkan Pengawal Peribadi Anwar Berniat Menembak? @PDRMsia

Video ini telah mengesahkan bahawa Pengawal Peribadi Anwar memang berniat untuk menembak kerana setiap pistol jenis GLOCK mempunyai pin keselamatan.MKP ingin jelaskan serba sedikit fungsi mengenai GLOCK Pistol "Safe Action" sistem picu

Produk yang terkemuka dikalangan senjata api dunia ialah GLOCK "Safe Action" pistol. Ia mempuyai ciri-ciri keselamatan inovatif, yang pistol mudah beroperasi. Tiada pistol lain menawarkan prestasi lebih baik. Berat minimumnya dan kebolehpercayaan GLOCK tiada bandingan.

Lebih tepat lagi ciri-ciri ini yang memenuhi keperluan polis, unit-unit khas, perkhidmatan keselamatan dan ketenteraan. Ujian-ujian yang dijalankan sangat dititikberatkan oleh agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang awam yang terbukti dari masa ke semasa dan sekali lagi GLOCK "Safe Action" pistol berfungsi tanpa kompromi, walaupun dalam keadaan yang paling ekstrim.

Sistem picu pistol GLOCK “Safe Action” menawarkan beberapa faedah-faedah sangat berbeza berbanding sistem picu konvensional.Pertama anda boleh memilih dari beberapa tarikan picu. Kedua, picu ialah satu-satunya kawalan berkuatkuasa. Ketiga, ialah tarikan rata dankonsisten yang dirasai setiap masa menekan picu. Tiga ciri-ciri keselamatan GLOCK “Safe Action” yang utama, keselamatan picu mencegah penembakan tidak sengaja oleh daya sisi pada picu. Melepaskan picu akan secara automatik menghidupkan semula keselamatan.

TRIGGER SAFETY

Kenapa Hadi Pertahankan Nasha?


Mesyuarat Majlis Syura PAS malam tadi tidak membincangkan soal kedududukan Nasharudin sebagai Timbalan Presiden dan Hadi Awang menyifatkan bahawa soal Nasharudin bukan satu masalah.

Kenapa Hadi Awang tiba-tiba seperti mempertahankan Nasha, berbeza dengan Nik Aziz yang bernada keras terhadap Nasha sebelum ini?

Juga, kenapakah Nik Aziz, yang sepatutnya mempengerusikan mesyuarat tersebut yang bermula pada jam 8.55 malam, meninggalkan bangunan pada jam 9.15 malam?

Jawapannya mungkin berada pada desus-desus dari dalaman PAS yang kedengaran akhir-akhir ini. Sumber dalam mengatakan bahawa Nik Aziz akan "bersara kerana masaalah kesihatan tidak lama lagi" (dibersarakan?), dan Hadi Awang bersama Nasha akan berusaha ke arah penyatuan dengan UMNO. Ada sumber menyatakan bahawa Mat Sabu juga akan "bersara".

Sejauh mana kebenaran desus-desas ini, kita tunggu dan lihat. Tetapi melihat kepada senario semasa yang langsung tidak menyebelahi PAS, aku tidak terkejut kalau ini benar-benar berlaku.

LAPORAN HAPRAKDAILY

Sunday, September 9

Wow !! Tips Gaya Romantik Terbaik


Beginilah teknik terbaik perlu dilakukan jika hendak membuat gaya romantik dengan awek. Seperti dalam beberapa gambar di bawah, walaupun lelaki berkenaan hanya memiliki sebuah basikal tetapi dia memaksimumkan penggunaan basikal itu dengan mengadakan hubungan romantik bersama awek sambil menunggangnya ke mana sahaja.


Anwar naik BAS buat aksi romantik jugak ke?Sampai Pengawal peribadi naik kereta....Kalau dah nama BODYGUARD mesti naik satu kenderaan bro,,,NIE mesti ada aksi romantik jugak....t

KELAB PUTERA BELUM KE MYANMAR KENAPA EK?


Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia ke Myanmar terjawab semalam dan ianya hanya menunggu surat kelulusan sahaja.Untuk Makluman misi yang telah diwar-warkan sebelum ini telah mengalami kesulitan yang tidak dapat dielakkan dengan syarat-syarat yang ketat yang telah ditetapkan oleh Negara Myanmar,Namum begitu hubungan baik Kerajaan Malaysia dengan Myanmar akan diperkukuhkan lagi dengan misi bantuan ini.


Presiden KP1M, Datuk Abdul Azezz Abdul Rahim, berkata setakat ini, persiapan yang dijalankan berjalan lancar hasil sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak di negara ini dan kini hanya menanti surat kelulusan daripada kerajaan yang dijangka minggu hadapan (Isnin) selepas pulangnya PM dari APEC .

VIDEO AKSI JEBON MALAYSIA TERSEBAR

Tergelak MKP baca blog kurang sekupang Pencacai Anwar membela pengawal peribadi Anwar mengatakan tiada aksi James Bond Ala Malaysia.Rasanya macam mkan tomyam mulanya sedap akan tetapi bila tergigit cili padi pedas hingga berasap telinga.Apa kejadah punya spin cerita bangang,Kebetulan dari forum diantara  kami semalam menyatakan ada video bakal dikeluarkan untuk mengkantoi depa nie semua....



KELANTAN PALING RAMAI ROSAK AKHLAK?


Malaysia adalah negara Islam yang paling dihormati di dunia kerana kemakmuran dan kestabilan yang begitu sukar dicapai oleh negara-negara Islam lain. Kerana kemakmuran ini, Malaysia mampu membantu negara-negara Islam lain secara langsung dan tidak langsung. Selain itu, Malaysia juga mampu untuk bersuara lantang di peringkat dunia kerana tidak bergantung kepada mana-mana kuasa asing.

Namun begitu, di dalam negara Malaysia sendiri masih ada yang meragui akan kedudukan ‘Islam’ di dalam negara. Tetapi tidak pernah pula mereka meragui kedudukan ‘Islam’ di dalam diri sendiri.

Begitu tegar sekali mereka ini bercita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam yang sebenar-benarnya iaitu dengan menggunapakai hukum hudud. Bagi mereka, inilah satu-satunya cara untuk mencapai keberkatan dan menjamin kedudukan masing-masing di akhirat nanti.

WOW TUNJUK PISTOL DI KEMALUANNYA? @PDRMsia


Pihak polis diminta menjalankan siasatan segera ke atas insiden mengacukan pistol kepada orang awam yang telah dilakukan oleh bodyguard Anwar Ibrahim. Adakah masa dan ketika itu memerlukan bodyguard itu mengeluarkan senjata api dan menakut-nakutkan orang lain, jika ianya boleh diselesaikan tanpa perlu berbuat demikian. 

Ianya satu kesalahan yang serius mengugut dan menakutkan orang lain menggunakan senjata api. Laporan polis mestilah dibuat oleh mereka sendiri yang melihat kejadian tersebut supaya siasatan rapi dapat dijalankan bagi membendung perkara sedemikian daripada berulang dan bodyguard tersebut tidak boleh sesuka hati mengancam keselamatan orang lain kerana mempertahankan aljuburi.

No. kenderaan WUR 3662 yang dinaikinya mestilah disiasat bagi mengenalpasti suspek. Adakah suspek memiliki dokumen seperti permit dan sebagainya yang membolehkannya untuk membawa atau menggunakan senjata api berkenaan, sementara rekod dan latarbelakang suspek ini mesti juga dikenalpasti kerana dikhuatiri mempunyai rekod jenayah lampau tetapi diambil bertugas sebagai bodyguard dan mengendalikan senjatanya sesuka hati.Ulasan Dari Rakan blogger KLIK


HUDUD: PAS & DAP TIDO SEBANTAL MIMPI LAIN-LAIN


Umumnya DAP dan PAS bukan gandingan sesuai dalam pakatan pembangkang kerana kedua-dua parti politik itu mempunyai ideologi dan dasar yang amat berbeza. Keadaan ini menjadi lebih ketara apabila pemimpin parti terbabit membincang soal hukum Islam dan hudud.

Walaupun PAS dianggap terbuka kerana memilih bersahabat dengan Dap, prinsip hukum hudud masih menjadi bualan umum. Apakah PAS dianggap sahabat DAP kerana bersetuju membentuk negara berkebajikan dan menafikan hudud?

Bagi bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata hudud tidak mampu dilaksanakan sekiranya negara masih tidak mampu menyediakan prasarana yang terbaik kepada rakyat. Katanya, undang-undang hudud memerlukan penyusunan rapi untuk dilaksanakan dengan sempurna.

Saturday, September 8

AHLI UMNO SERANG BAS ANWAR?

BAS Jelajah AnWar diserang lagi oleh rakyat Melaka.Kes terbaru ini berlaku di Kg Kelubi Jasin Melaka.Nak kata Orang UMNO MKP tak nampak pun sesiapa yang pakai baju UMNO semasa serangan berlaku.Tapi ini jelas menunjukkan bahawa Rakyat Melaka nie tak suka peliwat Depan belakang nie mai Melaka.Kumpulan ini mungkin penduduk kampung yang benci kepada Anwar serta rombongan datang kekampung mereka untuk menabur fitnah kepada Kerajaan Pusat.


Khinzirisme Menciptakan Khawarijisme


Ketika hujjah tersebut dijawab dengan disiplin ilmu Islam serta dikemukakan segunung dalil naqal, mereka tetap tidak mahu berfikir menggunakan akal. Sebaliknya mereka membantah kembali dengan segenap emosi. Bagi mereka; yang benar adalah jalan fikir mereka sahaja. Selain mereka adalah sesat dan menyesatkan.

Mereka juga akan membantah apa sahaja yang dilakukan oleh lawan mereka walaupun perkara itu bermanafaat untuk masyarakat. Seperti seorang hamba tawanan yang selalu membantah dan memandang curiga terhadap segala tindakan penjajah. Seperti pemikiran Dzul Khuwaisirah yang membantah Rasulullah saw dan memandang dirinya adil sementara Rasulullah saw bersikap curang. Tetapi sebenarnya Dzul Khuwaisirah ini kepingin emas yang diagihkan oleh Nabi pada hakikatnya.

Justeru khinzirisme menciptakan watak sampingan iaitu Khawarijisme; manusia yang suka membantah pemerintah dan meminta-minta. Manusia yang suka meminta-minta untuk keperluan hidupnya adalah manusia kerdil yang jiwanya terpenjara.

Lantaran itu bahana daripada empat wajah ini adalah masyarakat bergolak, berkelahi dan tidak bersatu. Sementara ilmu tidak berkembang dan kejahilan mewabak pada setiap anggota masyarakat. Rakyat lebih suka berdemontrasi dari memberi jalan solusi. Natijahnya negara runtuh sama ada kerana pembantaian dari kuasa luar atau kekacauan dari dalam. Inilah yang akan terjadi tatkala kita hanya merdeka pada raga tetapi jiwa masih menjadi hamba.

PRU13: Wan Azizah Nak Cipta Rekod Dinasti ‘House of Anwar’



Kenyataan terbaru Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditempat beliau membuang undi, sudah pasti mengejutkan, sekurang2nya untuk sekutunya PAS. Sebabnya mudah, rekod terakhir menunjukkan bahawa Presiden PKR itu mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Kubang Semang. Ini adalah semasa pilihanraya kecil Permatang Pasir yg terletak dalam kawasan parlimen Permatang Pauh pada 25 Ogos 2009. Kerusi tersebut dimenangi oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Salleh Man, dan memang Permatang Pasir secara tradisinya sejak turun temurun kerusi PAS.

Dari zaman arwah Haji Zabidi Ali sehingga ke allahyarham Hamdan Abdul Rahman, PAS di Pulau Pinang wajib bertanding di kerusi Permatang Pasir. Kalau hendak buat jangkaan mudah, mungkin akan ada pertukaran kerusi. Ada cakap2 dari Pulau Mutiara mungkin Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor Othman yg merupakan ADUN Penanti akan bertanding kerusi Parlimen dalam PRU akan datang. Mansor dijangka bertanding kerusi Parlimen Bayan Baru yg kini disandang oleh Datuk Seri Zahrain Hashim yang sudah keluar PKR manakala kerusinya di Penanti diserahkan kepada PAS.

TAMRIN HANYA MENCARI TONGKAT SAKTI MASUK PAS?


Tamrin Ghafar merupakan antara individu yang terdesak dan sedang mengharapkan tongkat sakti untuk kembali berada di puncak kuasa atau kekayaan. Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba itu, merupakan seorang oportunis dan sewaktu berada dalam UMNO, 

Terlalu banyak onar yang dilakukannya, termasuklah perselingkuhannya dengan beberapa orang artis wanita jelita.Salah seorang artis wanita jelita itu telah dihadiahkan apartment bernilai RM5 juta selain ditaburi wang ringgit.

Namun selepas dia tidak mampu lagi menjadikan UMNO sebagai jambatan atau kad untuk mendapatkan kemewahan, Tamrin mula berjinak-jinak dengan PAS terutama apabila dia cuba menggunakan pengaruh bapanya dalam perolehan tender pembalakan di Kelantan. PAS Kelantan terutama sekali Husam Musa yang melihat peluang terbuka luas, telah menjadi orang yang paling kuat menyokong kemasukan Tamrin ke dalam PAS, sekaligus memperkenalkan Tamrin sebagai tukang cakap baru untuk parti berkenaan.

Alahai Neelofa!!!!!


Neelofa bergambar macam nie biar betul beb...Gambar diambil dari instagram mengunakkan teknik  Pro-X.Nak tahu ulasan lebih lanjut pakat la KLIK

Friday, September 7

Awas!!! Loket Bertenaga Skalar Ini Merbahaya


Loket ini merbahaya jika dipakai beb.MKP lihat ramai anak muda dah pun pakai benda nie termasuk rakan MKP sendiri.loket bertenaga skalar (skalar energy) atau beradioaktif yang disahkan memberi kesan buruk kepada penggunanya.

Ia berikutan hasil analisis ujikaji Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) yang menunjukkan penemuan paras radiasi yang tinggi serta melebihi had yang dibenarkan pada permukaan loket selain menunjukkan kepekatan bahan radioaktif thorium-22 dan uranium-238.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata,penjualan loket itu didapati masih berleluasa malah CAP turut menerima aduan pengguna bahawa terdapat sebuah syarikat jualan langsung yang berpusat di Kepala Batas, giat menjual loket berkenaan manakala sebuah laman web syarikat jualan langsung yang berlainan juga turut memasarkan jualannya. 


Pakatan Rakyat Juara Menjual Harta


Belum pernah berlaku dalam sejarah negeri-negeri di seluruh Malaysia penjualan aset-aset milik negeri dilakukan secara besar-besaran berbanding dengan apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat di Selangor. Dari tanah, bangunan sehinggalah hutang syarikat lain yang dimiliknegerikan, Selangor di bawah pentadbiran PKR jadi juara sebagai penjual. 

Sehinggakan asrama anak-anak yatim di Sepang pun dijual kepada kroni, tanah untuk pembangunan pendidikan diserahkan kepada syarikat kroni, tanah yang telah diusahakan oleh penduduk dan berstatus TOL dirampas bagi membolehkan kerja-kerja perlombongan pasir, bangunan-bangunan serta aset Yayasan Selangor, PKNS serta beberapa entiti negeri pula dijadikan seperti harta pusaka peninggalan Tok moyang Khalid Ibrahim dan Teresa Kok dengan sesuka hati mereka dilupuskan.

POLIS PEMBUNUH RAKYAT MALAYSIA? @PDRMsia

Demo yang telah diajurkan oleh pihak SUARAM di Bukit Aman.Memorandum tentang pembunuhan Dinesh telah diserahkan oleh pihak SUARAM kepada Wakil pihak PDRM.Dakwaan Suaram kononnya anggota Polis telah membunuh Danish?adakah ini benar?biarlah pihak yang terlibat menyiasat?


Yang menarik perhatian MKP ialah berkenaan Suaram ini telah dibiayai oleh Dana Asing.Siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati wujud keraguan dan kekeliruan dalam dokumen dan penyata kewangan Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) yang membiayai Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).

LORI BERGERAK BN DISIMBAH CAT MERAH

Kenderaan Barisan Nasional Pulau Pinang telah disimbah dengan cat merah,Kejadian berlaku dihadapan Taman Manggis.Kejadian ini disedari oleh pemandu lori tersebut pada pagi ini.Kebetulan  pagi ini Pemuda BN menjemput Lim Guan Eng untuk berdebat dihadapan Taman Manggis mengenai tanah yang yang telah dijual oleh kerajaan negeri.Akan tetapi Ketua Menteri tidak muncul sehingga waktu yang ditetapkan.

tin sisa cat merah yang ditinggalkan.

Parking tiket yang banyak telah diselitkan oleh petugas MPPP.

Harimau Yang Sedang Tidur Jangan Dikejutkan ...


Ada gerakan cuba cipta tahap kedua kemerdekaan. Itulah penelitian dari Bekas KPN, Tan Sri Abdul Rahim Noor, yg mendakwa terdapat banyak petanda politik yg seolah-olah menunjukkan ada gerakan yg cuba mencipta tahap kedua kemerdekaan negara. Abdul Rahim berkata, gerakan halus tersebut yg bermula beberapa tahun lalu berkemungkinan didalangi pihak yg tidak sehaluan dengan kerajaan.

Golongan itu mahukan lonjakan baru kerana pada mereka kemerdekaan yg dicapai pada 31 Ogos 1957 hanyalah tahap kemerdekaan pertama iaitu kejayaan menghalau penjajah. Dalam erti kata lain, jika mereka mencapai kuasa, mereka akan mencipta kemerdekaan selanjutnya dengan menghapuskan Perlembagaan negara dan mewujudkan Perlembagaan baru seolah2 sistem republik. Malah ada pemimpin tertentu selain menghasut rakyat di negara ini turut ke luar negara yg biasa dengan revolusi berdarah dan menyebarkan kononnya revolusi telah bermula di Malaysia.


VIDEO RAHSIA TAKLIMAT OLEH PKR


Taklimat strategi rahsia PKR untuk kucar kacirkan negara semasa Kongres Nasional PKR 2011 di Johor. Taklimat disampaikan oleh YB. Sim Tze Tzin, ADUN Pantai Jerjak.

Melihat kepada kehadiran mendadak kaum Cina pada perhimpunan haram sebelum ini berbanding dengan Bersih 2.0, bolehlah dikatakan DAP dan penyokong-penyokong Cina telah berjaya memperbodohkan pemimpin-pemimpin Melayu dari PKR dan PAS untuk menjayakan agenda licik mereka.

Orang Cina kini yakin mereka mampu menumbangkan kerajaan BN hasil sokongan membabi buta dan persengkokolan PKR dan PAS.

Thursday, September 6

Video Lawak : OPPA Gangnam Anwar Style?



Video menarik yang telah dihasilkan oleh sahabat PRO BN,Jika dahulu video macam nie mainan oleh pihak pembangkang untuk pemimpin BN.Tapi sekarang dunia Cywar sudah berubah dan apa yang telah dilontarkan oleh pihak pembangkang dulu kena kepada depa balik.MKP nak ucapkan tahniah kepada LENSA KINI kerana ada idea kreatif untuk mengahasilkan video lawak nie...

PM Sedia Maafkan Ayah "Pelaku Tonggeng". @NajibRazak




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kesediaan untuk menerima permohonan maaf daripada A. Rahman Abdullah, ayah kepada bekas pelajar kolej swasta, Muhammad Ammar A. Rahman yang terbabit dalam insiden menghina pemimpin ketika perhimpunan Janji Demokrasi semasa sambutan ambang merdeka di Kuala Lumpur, 30 Ogos lepas.

Tidak ada masalah, saya terima sesiapapun tetapi prinsipnya proses undang-undang tak boleh dikompromi dan mesti diteruskan. Soal dia nak berjumpa dengan saya tu boleh diatur bila-bila masa.

Kebanyakkan media melaporkan permohonan maaf ayah kepada remaja itu yang menunjukkan punggung ke atas gambar pemimpin negara pada malam itu.

Ayah pelajar itu turut menyatakan hasrat bertemu Najib bagi meminta maaf secara peribadi.

Jelas Perdana Menteri, semua rakyat Malaysia perlu menghormati kedaulatan undang-undang negara.

Pihak pengurusan sebuah kolej swasta di Cheras dilapor mengambil keputusan memberhentikan pelajar itu berikutan insiden tunjuk punggung terbabit.

MKP Ayat Sempoi : Kesian mamat nie tak dibela langsung oleh Pakatan sebaliknya Amoi yg ditahan dibawa oleh Peguam DAP ke Balai Polis.


- Posted using BlogPress from my iPad

Breaking News : Dalang Pencabulan Bendera Serah Diri.

Terkini dalang pencabul tukar bendera kini menyerah diri di Balai Polis Dang Wangi sebentar tadi.Sudah tentu bila nak serah diri diiringi oleh semua MP serta peguam PKR.MKP ambil gambar ini dari tweet Nurul Izzah.

Beberapa Kumpulan Anak Muda Pro Hishamuddin Rais dengan rasa 'bangga' mengibar bendera yang direkabentuk Gabungan Parti Haluan Kiri (yang turut disertai Parti Komunis Malaya) satu ketika dahulu sebelum era pasca merdeka. Satu suasana yang tidak terfikir akan dibangkitkan semula setelah 55 tahun Negara ini mencapai kemerdekaan.

MAZLAN ALIMAN DIBOGELKAN KEMALUANYA OLEH PENEROKA.


Kira-kira 616 peneroka FELDA Lurah Bilut, dekat sini menafikan tanah milik mereka akan hilang seperti didakwa pembangkang susulan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Mereka menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai fitnah dan antara usaha menggagalkan rancangan kerajaan meningkatkan taraf kehidupan masyarakat di situ dalam jangka panjang.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kamaruddin Mat Doaa, berkata isu pindah milik tanah itu sengaja dimainkan pembangkang untuk kepentingan politik mereka.


CUCI KERETA DAPAT SEKS FREE?


Apa dah jadi dengan Kerajaan PKR Selangor nak galakkan kegiatan maksiat dan cara halus untuk memesongkan akidah rakyat selangor ke?Kalau macam tue Khalid Gagap patut tukar Selangor Darul Ehsan kepada Darul Maksiat lepas nie.Terbukti dan kini sudah lebih dari batasan jika tidak dibendung takut lebih parah lepas nie.


Di Sunway Mentari umpamanya, kita boleh berkata, sebuah rumah urut (atau rumah pelacuran) dan sebuah kedai mencuci kereta di sana telah memberikan erti baru kepada ‘Program Kesetiaan Pelanggan”. 
Caranya begini…jika seorang pelanggan membasuh kereta sebanyak 9 kali, dia layak mendapat seks percuma di rumah urut berkenaan untuk cucian pada kali yang ke-10.Wow….hebat….sebijik macam klip video Special Offer….tukar tapak kasut…free massage bersama Chantell…beli baju bundle…free massage bersama Olga….beli kueyteow….free massage bersama Syakiraaaaa… 
Itu dalam klip…di Sunway Menteri…betul-betul berlaku!
Persahabatan dan kerjasama antara rumah urut berkenaan dengan kedai cuci kereta itu telah berlangsung selama 3 bulan. 

BAPA PELAKU AKSI TONGGENG MINTA MAAF


Bapa mana tidak sayu dengan perbuatan anaknya hingga mencemar nama baik keluarga,Bagi sorang bapa yang bertanggunggjawab mungkin telah menyalahkan dirinya sendiri kerana kurang memberi tunjuk ajar kepada anaknya.Bagi mkp tindakkan bapanya ada kewarasannya.

Bapa kepada pelajar kolej swasta, Muhammad Ammar A. Rahman, 19, yang terlibat dalam perbuatan menghina pemimpin negara pada malam ambang merdeka baru-baru ini, memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kelakuan biadab anaknya itu. 
A. Rahman Abdullah, 53, berkata, dia juga berhasrat bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk memohon maaf secara peribadi. 

Wednesday, September 5

Man RAJALAWAK Sertai PAS?


Man rajalawak bakal sertai PAS betulke? Berita terkini yang MKP dapat dari cerita sembang kedai kopi menyatakan ianya bakal terjadi dalam masa terdekat...Puncanya kerana Abby Abadi menjadi buah mulut orang apabila figura ini dikatakan lantang memberikan komen pedas mengenai hal-hal berkaitan dengan politik dan pemerintahan kerajaan. Dari komen tersebut tercetusnya peperangan melibatkan Abby dan Dato' AC Mizal.

Angin yang bertiup kencang ini diperkuatkan lagi apabila Man bakal menjadi pengacara dalam program agama yang diberi nama Ustaz Sayang Anda.

Walaupun program yang bakal dianjurkan pada 8 September ini di Stadium MBJP, Kelana Jaya bermula jam 5.30 petang tidak memberitahu sama ada ia dianjurkan Parti Pas atau pun tidak, Sumber memberitahu pemilihan Man menjadi pengacara program ini disebabkan dia sudah sah akan memangkah parti itu nanti. Boleh gitu?

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive