Sunday, October 20

AHLI UMNO TAKUT MEMBUAT PERUBAHAN... TRANFOMASI ATAU TRANS-DAH-BASI @KHairyKJ


PERWAKILAN UMNO di seluruh negara memilih untuk mengekalkan muka lama dalam  barisan kepimpinan parti itu di sebalik pelbagai gesaan supaya dilakukan perubahan atau transformasi dan peremajaan dalam parti yang menjadi tunjang Barisan Nasional (BN) itu.

Setelah Presiden dan Timbalan Presiden dimenangi tanpa bertanding oleh  Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyidin Yassin, minggu lalu pemilihan sayap UMNO menyaksikan penyandang bagi jawatan Ketua Pergerakan Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan penyandang Ketua Pergerakan  Pemuda, Khairy Jamaludin dipilih oleh perwakilan untuk kekal menyandang jawatan tersebut.

Semalam hampir 150,000 perwakilan yang memilih di 191 bahagian UMNO di seluruh negara memilih untuk mengekalkan status qou dalam parti itu dengan memastikan orang `lama' kekal untuk ketiga-tiga jawatan Naib Presiden dan untuk barisan Ahli Majlis Tertinggi pula, majoriti penyandang berjaya mempertahankan jawatan tersebut.

Untuk jawatan Naib Presiden hanya menyaksikan saingan sengit antara Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Mukhriz Mahathir hingga ke saat akhir.

Sedangkan bagi Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apda, kedua-duanya telah mendahului dengan selesa sejak dari awal.

Adakah ini membri gambaran bahawa para perwakilan UMNO menolak tranfomasi dan peremajaan dalam parti?

Jika itu benar, satu lagi persoalan ialah adakah para penyandang yang dipilih semula ke jawatan tertinggi dan yang akan menjadi pembuat dasar dalam UMNO itu tidak mampu melakukan transformasi dan meremajakan parti?

Yang sahih setakat ini para perwakilan di seluruh negara (berjumlah hampir 150,000 orang berbanding dahulu hanya 2,500 orang) tentunya mempunyai alasan untuk mengekalkan muka-muka lama tersebut bagi berkhidmat sekurang-kurangnya satu penggal lagi dalam parti.

Sudah tentu kini tanggungjawab untuk melakukan transformasi itu terletak pada bahu muka-muka lama yang dipilih semula ini untuk memastikan UMNO kekal relevan dan mampu terus mendapat kepercayaan pada pilihan raya umum ke-14.

Realitinya, pemilihan kali ini sudahpun memperlihatkan proses transfromasi tersebut apabila pemilihan pucuk pimpinan di lakukan pada peringkat bahagian yang boleh dianggap sebagai peringkat akar umbi dengan jumlah perwakilan yang diberi tanggungjawab untuk memilih pemimpin pula bertambah hampir 10 kali ganda.

Proses transfromasi itu yang diperkenalkan itu sebenarnya telah digerakkan oleh pemimpin-pemimpin yang di pilih semula pada pemilihan semalam dan dengan pengekalan status qou itu, sudah tentu mereka dapat meneruskan kesinambungan agenda perubahan dan peremajaan tersebut.

Kegagalan mereka berbuat demikian dan jika mereka gagal mendengar kehendak dan aspirasi majoriti ahli terutama yang tiada kuasa untuk memilih pemimpin sudah tentu hukuman yang bakal menanti bukannya pada pemilihan UMNO yang akan datang, tetapi pada pilihan raya umum yang akan datang

Kemenangan Hishammuddin bagaimanapun tidak bergantung sepenuhnya kepada sokongan pemimpin atasan parti. Peranan Khairy yang memberi sokongan terbuka kepada beliau tidak harus diperkecilkan.

Sokongan Khairy bukan sesuatu yang pelik memandangkan Hishammuddin sebelum ini pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO.

Jika Mukhriz menang, Khairy juga tidak akan mendapat sebarang kebaikan. Kedudukan Mukhriz sebagai Naib Presiden akan menjadi batu penghalang kepada Khairy untuk terus memanjat dalam parti.


2 comments:

Anonymous said...

1) Ada setengah ahli parti yang jenis terlalu patuh kepada kehendak pemimpin atasan.

Kalau pemimpin atasan kata yg bulat tu lebih sesuai, walau hati mereka sebenarnya lebih suka yg bersegi, mereka tetap akan ikut kata pemimpin atasan.

Seharusnya tiada "nasihat" supaya kekalkan satus quo.

Seharusnya pemimpin atasan yg dah cukup bertuah kerana tidak ditandingi itu bersifat berkecuali.

Walaupun on the surface mereka berdua menafikan ada memberi nasihat, keputusan Bahagian Pagoh dan Kuantan menjelaskan segala-galanya.

Tahniah dan syabas kepada lebih 50 ribu perwakilan yang berani menyuarakan dan menyatakan rasa hati. Mungkin sekiranya semua calon dibenarkan berkempen tanpa ada sekatan...tanpa ada 'nasihat'... mungkin CKMM kalau menangpun..menang dengan lebih terhormat.

Anonymous said...

Tranfomasi bukan pada kepimpinan tapi pada hati pemimpin itu. Jika masih hendak menyalahguna kuasa dan mengejar kekayaan dengan jawatan dipegang maka jika tukar pemimpin baru pun tidak berguna. Tranfomasi UMNO adalah tranfomasi hati budi. Jadi pemimpin yang jujur dan amanah. Laksanakan tugas demi amanah ALLAH SWT.UMNO dibenci bukan kerana namanya UNMO. Tetapi UMNO dibenci kerana sifat pemimpin UMNO yang sombong bongkak dan ego. UMNO diasaskan atas semangat melayu yang tidak mahu dipermainkan oleh penjajah. Jiwa orang melayu pada ketika itu hanya 1 untuk mengujudkan 1 pakatan untuk melawan akan kehendak penjajah. Maka perhimpunan orang melayu di Kelab Sultan Sulaiman telah sepakat dan menubuhkan PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU atau UMNO. UMNO ditubuhkan atas semangat dan perpaduan orang melayu. Jangan sesekali hancurkan UMNO dengan wang ringgit dan ketamakan membuat harta.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive