Sunday, October 27

MASIH BERMIMPI ATAU LENA LAGI @MukhrizMahadir #PRKSgLimau


Penerimaan bukan sahaja diterima dari rakyat Sungai Limau malahan Tuan Guru Pengetua dari sekolah takfiz pun dah mula menerima pedekatan BeraniHijrah. Ramai yang mengatakan ini semua propa akan tetapi bersandarkan dari gambar diatas ada sesiapa yang cuma menafikan. Kalau dah macam nie punya bergambar takkan nak kata tipu atau fitnah jugak.

Penduduk Sungai Limau tidak boleh berterusan berada dalam kemunduran dan keadaan serba tidak maju sebaliknya perlu ada rasa ingin menandingi rakan mereka yang jauh sudah ke hadapan dalam kawasan ditabdir oleh Barisan Nasional (BN).

Mereka perlu sedar bahawa era kepimpinan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Allahyarham Datuk Seri Azizan Abdul Razak sudah tidak ada lagi sekembalinya ke rahmatullah.

Sekarang adalah masa untuk berubah dan keluar daripada kepompong tidak maju kepada lebih berwawasan supaya tempat tinggal mereka mempunyai pembangunan yang tersusun.

Macam mana calon Pas (Mohd. Azam Abd Samat) boleh menabur janji mahu membawa masuk jalur lebar secara percuma kalau kawasan ini mundur dan tidak mempunyai sebarang prasarana yang boleh menyokong kepada projek itu.Adakah janji itu bakal ditunaikan atau masih lagi mahu berjanji akhirnya janji menjadi capati.

Mereka boleh menjanjikan macam-macam, tetapi akhirnya mereka minta duit daripada Kerajaan Pusat. Daripada kita berikan kepada mereka, kenapa tidak rakyat kawasan ini memberi kemenangan kepada calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim pada hari mengundi.


1 comment:

Anonymous said...

Kami rakyat kedah yakin BN akan membawa kemajuan kpd negeri kami... kami mahu negeri kami menjadi pusat pengajian islam serantau... buktikan kpd mereka BN adalah sebuah kerajaan yang islamik

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive