Saturday, November 12

BATMAN KENA BELASAH


MCCBCHST Apa Masalah LU?



Kenyataan bersifat provokasi, biadap, berniat jahat dan tidak bertanggungjawab oleh Majlis Perundingan bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) yang menggesa supaya amalan menyembelih lembu-lembu qurban tidak diteruskan di perkarangan sekolah dan tempat-tempat awam atas alasan tempat awam dan sekolah tiada kaitan dengan masyarakat Islam dan kegiatan tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat majmuk di negara ini.


Gesaan yang dibuat oleh MCCBCHST dan alasan yang dikemukakan adalah sangat tidak munasabah dan secara jelas cuba membangkit kemarahan serta mencetuskan perbalahan antara umat Islam dengan penganut-penganut agama lain di negara ini.


Sejak turun-temurun lagi, apabila tiba Hari Raya Aidiladha, ummat Islam di negara ini akan melaksanakan ibadah qurban di kasawan masjid, surau, dewan masyarakat, padang awam atau kawasan-kawasan yang majoritinya didiami oleh orang-orang Islam. Kadangkala ada juga yang melakukan aktiviti penyembelihan di kawasan padang sekolah jika dianjurkan oleh pihak sekolah atau oleh kerana tiada tempat yang sesuai di sekitar kawasan perumahan atau masjid tersebut.


Ternyata kegiatan penyembelihan haiwan qurban yang dijalankan di sekolah-sekolah adalah sangat sedikit. Jika terdapat aktiviti penyembelihan haiwan qurban yang dijalankan di sekolah-sekolah, ianya membabitkan guru-guru, kakitangan, pelajar dan ibupaba yang bergama Islam dan tiada kaitan dengan penganut-penganut agama lain. Dakwaan MCCBCHST yang menuduh ummat Islam tidak sensitif terhadap pelajar-pelajar agama lain tidak timbul sama sekali. Dakwaan MCCBCHST ini adalah sangat tidak bertanggung jawab, bertentangan dengan amalan hidup bertolenransi, berfikiran dangkal dan berniat jahat.


Umat Islam di Malaysia sentiasa sensitif dan bertoleransi dengan penganut-penganut agama lain. MCCBCHST yang sebenarnya perlu sensitif terhadap agama Islam sebagai Agama Persekutuan seperti yang termaktub di dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan. Tindakan mencampuri hal ehwal agama Islam adalah sangat tidak wajar dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan serta menghina Majlis Raja-raja Melayu.sekiranya MCCBCHST terus menerus mengeluarkan kenyataan berniat jahat seperti ini, ia bakal mengundang permasalahan besar antara penganut berbilang agama di negara kita dan mampu mengancam keselamatan dan keharmonian negara. 


Selaku majlis perundingan antara agama MCCBCHST sepatutnya lebih peka dan memainkan peranan mendidik dan memahamkan masyarakat majmuk di nagara ini agar saling menghormati antara satu agama dengan agama yang lain dan bukannya mencetuskan api perkauman atau ketegangan antara agama.







Politik Malaysia.



ORANG politik cakap tak serupa bikin. Semuanya kerana harta, berebut pangkat, penting diri sendiri dan ketamakan. Itulah yang berlaku dalam pakatan pembangkang sekarang.

Baik dalam Pas di Kelantan atas sifat nepotisme dan kronisme, begitu juga di Selangor dan di Pulau Pinang. Jangan cakaplah sama ada orang politik itu kononnya alim dan berserban atau tidak alim, semuanya sama saja.

Lim Guan Eng yang kononnya mahu mewujudkan kerajaan yang bersih pun sama. Setelah berada di puncak kuasa, beliau sudah lupa janji-janjinya dalam pilihan raya lalu. Itu pasallah Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim mengamuk dengan menuduh Guan Eng sebagai “diktator, cauvinis dan berotak-komunis”. Tuduhan itu cukup serius. Setakat ini tiada desas-desus Guan Eng akan saman Zahrain.

Betul tak betul, hakikatnya itu semua adalah kerana harta dan ketamakan. Jika dulu mereka menuduh orang UMNO bersifat begitu, kini mereka lagi lebih. Orang putih kata “the pot calling the kettle black”, orang Melayu kata “cakap tak serupa bikin’'. Baru tiga tahun rakyat memberi undi dan memberi peluang perintah kepada mereka - suasananya sudah haru-biru.

Jika dulu mereka tuduh orang UMNO atau BN korup, tapi sebusuk-busuk UMNO dan BN, Malaysia telah disentosakan dan rakyat telah dimakmurkan. Tapi, bagi pakatan pembangkang ini apa yang kita nampak? Habuk pun tarak. Apa yang ada di hadapan kita sekarang sama ada di Selangor, Pulau Pinang, Kedah – malah Kelantan sekali ialah peninggalan kerajaan Barisan dulu yang ditolak rakyat.

Rakyat telah menikmati pelbagai faedah daripada kerajaan yang mereka tolak itu. Sekurang-kurangnya orang Melayu boleh bekerja di kilang-kilang yang tumbuh bagai cendawan dulu. Tak pasti berapa banyak kilang sudah wujud dan berapa banyak pekerjaan sudah dibuka semasa pemerintahan Guan Eng ini. Di Pulau Pinang, jika kita pergi sekarang ke kompleks-kompleks membeli-belahnya tiada budaya Malaysia langsung! Itu adalah realiti. Sepatutnya ia menggambarkan budaya 1Malaysia, sekurang-kurangnyalah.

Tapi politik Malaysia ini penuh dengan warna-warninya.


Friday, November 11

cara nak pindah barang kalau duduk flet


Perkasa bantah KN sediakan bas percuma untuk rakyat


Kira-kira 50 pemuda Persatuan Pribumi Melayu Malaysia (Perkasa) selepas Solat Fardhu Jumaat tadi melancarkan perhimpunan liar membantah inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi perkhidmatan bas percuma, 'CAT Free Shuttle' kepada rakyat dari Weld Quay (jeti) ke Komtar.

Naib Ketua Wira Perkasa, Moh.d Rizuad Mohd. Azudin (bawah) mendakwa langkah pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng itu menindas rezeki kaum penarik beca.


"Guan Eng terlalu banyak berpolitik, bukan buat kerja. Dia penipu. Dia menindas orang-orang Melayu. Dia mengabaikan kebajikan penarik beca," ujarnya dalam nada yang liar di perkarangan Komtar, di sini.

Selain konvoi kira-kira 10 beca, kumpulan berkenaan memakai baju serba kuning yang tertulis "Selamatkan Pulau Pinang, LGE anti Melayu".


Mereka turut membawa beberapa kain rentang Guan Eng anti Melayu.

Mereka melaungkan "Lim Guan Eng pondan", "Lim Guan Eng anti Melayu", "Lim Guan Eng penipu" menggunakan pembesar suara mini secara liar walaupun Komtar dikawal sederhana oleh polis serta pihak keselamatan berwajib.


MKP kata:tertunai sudah apa yang dijanjikan pada posting sebelum ini

#Rempit Beca 3.0


Minggu lepas LGE dikejutkan dengan mat rempit motorsikal,minggu nie mat rempit naik beca la pulak.kita lihat apa reaksi dari DAP/LGE pulak lepas nie.Pasti akan melompat sakan kali nie,Beca dikenali sebagai ikon negeri Pulau Pinang selain Nasi Kandaq.lepas nie nak tuduh UMNO punya angkara lagi ka????????Laporan akan menyusul pada malam nanti. 

Otak Burung.


Otak Burung Tiong sungguh Pakatan Rakyat punya ahli parlimen nie,Depa pertikai harga barang dikedai 1malaysia akan tetapi tidak pernah berfikir untuk menolong rakyat marhein yang sekarang ditimpa dengan kos sara hidup yang kritikal ketika ini.MKP cabar Pakatan Rakyat buka kedai yang sama dengan kedai 1malaysia di negeri yang diperintah oleh pakatan rakyat.ada berani.jangan dok asyik kondem keja dan kebaikan BN yang dibuat untuk rakyat.nama saja dari rakyat untuk rakyat.cakap pandai perlaksaaanan hampeh.tidak dibuat langsung.

DAP agak marah apabila dikaitkan dengan pemborong yang kita tahu semuanya berbangsa cina.kenapa ini adalah konspirasi yang dibuat supaya rakyat membenci BN dan kerajaan malaysia.Pakatan telah bersubahat dengan pemborong supaya menyorok atau mengurang bekalan supaya niat dan hasrat jahat mereka tercapai.

DAP SuDah Hilang Sokongan Masyarakat India.


Masyarakat india telah menolak DAP dan pemimpin.ini dilihat apabila disuatu majlis sambutan deepavali kurang dari 50orang yang menghadiri majlis berkenaan.Gambar diatas membuktikan segala-galanya jika dikira tak sampai pun 50 yang sambut LGE ketua menteri paling celaka dalam sejarah pulau pinang serta timbalan ketua menteri 1 ramasammy.Umum tahu apa yang berlaku di KG buah Pala dan apa yang telah dijanjikan oleh DAP sebelum dapat kuasa dan apabila dapat kuasa mereka dipinggirkan.Dengan sikap yang angkuh dan cakap tak serupa bikin terhadap kaum india.Ini adalah petanda bagus bagi BN untuk merampas kembali pulau pinang.Akan tetapi jangan pulak lah lena dan tidak berbuat apa-apa dan selesa dengan pencapaian ini.Sentuhan mendekati rakyat harus dipergiatkan supaya matlamat dan apa yang dikehendaki oleh PM kita tercapai.Berikut adalah ucapan PM yang menyatakan bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi Calon Pilihanraya asalkan Boleh menang.,

Barisan  Nasional (BN) tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat bagi calonnya pada pilihan raya umum ke-13 asalkan calon berkenaan boleh menang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambil mengakui pilihan raya umum akan datang sebagai sengit, Perdana Menteri berkata apa yang penting ialah individu berkenaan adalah calon terbaik untuk Barisan Nasional (BN).
"Calon boleh menang ini boleh merangkumi semua, tidak kira muda atau tua, tidak ada had umur, tidak ada had berapa kali menjadi wakil rakyat. Kesimpulannya, calon boleh menang.
"Tidak kira umur, tidak kira berapa kali jadi wakil rakyat, tidak kira jika orang kata kitar semula, yang penting sekali ialah calon boleh menang, sebab kita nak BN menang dengan cemerlang dalam pilihan raya umum nanti," katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis bersama ahli Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) di Seri Perdana di Putrajaya,Khamis.
Bernama melaporkan turut hadir Presiden Mubarak Datuk Seri Abdul Aziz Rahman dan Ketua Penerangan Mubarak yang juga Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman.-10/11/2011




Kantoi!!!!!!!!Guan Eng Mengaku Bina 3,421 Rumah.


Inilah yang dinamakan lidah bercabang dan muka tak malu tempek kulit B#B#.Lembu punya susu sapi dapat nama.jika nak kencing rakyat pulau pinang pun patut-patutlah.dah kantoi dengan fakta rupanya ketua menteri paling celaka dalam sejarah pulau pinang nie.
Pengerusi Biro Perumahan Gerakan Pulau Pinang, Quah Kooi Heong berkata Lim tidak sepatutnya mengaku projek rumah-rumah itu dibina oleh kerajaan negeri pimpinannya.
"Dia (Lim) sepatutunya memberitahu rakyat Pulau Pinang rumah-rumah berkenaan adalah projek kerajaan BN.
Katanya Lim hanya menumpang kerja yang telah dijalankan oleh kerajaan negeri pimpinan BN dahulu dan kerajaan negeri sekarang tidak mempunyai projek rumah kos rendah.
Quah berkata Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga menyatakan kerajaan negeri sekarang tidak membina rumah kos sederhana rendah sejak tahun.
Jangan nak mengaku, sedangkan fakta menunjukkan  3,421 buah rumah mampu milik di Pulau Pinang  adalah projek di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.
Itu mesej Gerakan Pulau Pinang kepada Ketua Menteri kerajaan DAP Lim Guan Eng kononnya kerajaan negeri Pulau Pinang telah menyediakan 3,421 buah rumah mampu milik sejak mentadbir negeri ini.
Jangan nak mengaku, sedangkan fakta menunjukkan  3,421 buah rumah mampu milik di Pulau Pinang  adalah projek di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.
Itu mesej Gerakan Pulau Pinang kepada Ketua Menteri kerajaan DAP Lim Guan Eng kononnya kerajaan negeri Pulau Pinang telah menyediakan 3,421 buah rumah mampu milik sejak mentadbir negeri ini.


DiTelan Mati Emak Di Luah Mati Bapa


Thursday, November 10

Apa dosa sial tetek aku kat org.. Masing2 ada tetek nk kacau tetek org



Zarina dalam gaya bersahaja turut mempersoalkan isu dedah payudara yang menjadi kecaman ramai pihak yang pernah menyaksikan foto berkenaan.
“All I hear frm yesterday is tetek this tetek that.. Apa dosa sial tetek aku kat org.. Masing2 ada tetek nk kacau tetek org.” – @Zarina_anjoulie.
Majalah FHM Indonesia edisi Oktober memaparkan aktres kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah dalam beberapa aksi yang menghairahkan menjadi perhatian media online sejak petang kelmarin. Berikutan daripada itu, Zarina Anjoulie telah dikecam, tak kurang juga yang memuji akan aksi beraninya melalui ruangan sosial seperti Twitter & Facebook.
Bagaimanapun, Zarina Anjoulie yang dikenali kebal dengan pelbagai kecaman telah berkongsi satu tips agar payudara kelihatan mantap seperti yang dimilikinya. Dalam satu kenyataannya di laman Twitter @Zarina_anjoulie, dia menyebut, “Girls pegi La Senza beli push up bra maximum double layer, SETTLE THE BATTLE.”
Foto terbitan FHM Indonesia itu tidak seseksi manapun kerana sudah ramai yang melihat aset milik aktres ini dalam versi yang lebih terbuka. Google it!


SUMBER OHBULAN.

Konti Radio Filipina.Rupanya!!!!!!!!



Konti Radio Filipina rupanya.MKP hanya membuat andaian supaya ini tidak berlaku dimalaysia.Kepada FATlady baca dulu apa yang ditulis dan faham betul-betul.MKP bukannya menuduh yang bukan-bukan.
terima kasih kepada pemberi maklumat (fatlady) berikut adalah komen dari beliau
ni bukan berlaku kat malaysia. ni radio dari filipina dan perempuan ni namanya maui taylor...please check the internet n investigate it first, dont simply terus fikir radio local aje k...jadilah bangsa malaysia yang berkualiti... 
http://lahingpinoy101.multiply.com/photos/album/10/Maui_Taylor_Naked_Pictures
nanti u tak pasal2 kena saman linora low baru tau....baru dua blog i tengok siar ni, yours n Dr. MIM....c'mon lah....cuba la belajar selidik dulu baru selak kat blog....lain kali jangan buat lagi...

Setiausaha DAP Pulau Pinang hampir bunuh OKU !!


Apa nie DAP dah jadi gangstar dan buat Pulau pinang macam mak/bapak depa punya cakap prihatin dan pembela rakyat tapi OKU pun nak langgar.Apa punya kurang cerdik DAP nie sikap yang kurang ajar ditunjukkan oleh pemimpin mereka.ini belum dapat putrajaya klu dah dapat tak tau apa lagi depa akan buat terhadap OKU apabila berada dijalanraya.BACA SETERUSNYA

Dalil Politik Malaysia.




Tugas pembangkang ialah untuk melihat rakyat susah, kecewa dan marah kepada kerajaan. Jika rakyat marah, maka senanglah kerja mereka untuk mempengaruhi rakyat supaya menolak kerajaan semasa ini.Itu kerja pembangkanglah. Rakyat harus faham. Politik juga seperti berniaga nasi lemak. Jika gerai nasi lemak sebelah itu sedap dan untung, maka gerai nasi lemak satu lagi yang kurang pelanggan akan cuba sedaya upaya untuk memburuk-burukkannya. Itu termasuklah menggunakan perkhidmatan bomoh yang profesional.

Akhirnya gerai nasi lemak yang sedap itu pun jatuh bankrap. Yang memburuk-burukkan itu pun jatuh bankrap. Kedua-duanya lingkup dan gulung tikar. Puas hati.Itu ialah sifat orang Melayu yang suka dengki mendengki. Bacalah buku Sejarah Melayu tulisan Tun Seri Lanang kalau nak tau sikap dengki-mendengki orang Melayu sejak zaman kegemilangan hinggalah zaman itu jatuh berkecai dek dengki mendengki dan tikam belakang.

Parti-parti Melayu pun mempunyai sifat dengki yang sama. Akhirnya Melayu juga yang rugi. Parti milik bukan Melayu, yang akan mendapat labanya.Kita kini bersepak terajang mengenai hudud. Ia dibawa oleh Pas, yang mereka sendiri pun tidak mampu melaksanakannya di Kelantan dan Kedah. Pas sengaja melontarkan hudud itu kepada kerajaan Pusat supaya melaksanakannya, yang pada hakikatnya amat sukar dibuat.

Orang lain, bukan Islam dan bukan Melayu melihat dengan penuh keseronokan. Yang keliru ialah rakyat jelata. Pas pun bertepuk tangan, kerana melontarkan hudud dan melihat kerajaan Pusat terkapa-kapa.Pas minta rakyat bencikan Melayu UMNO. Melayu PKR pun masuk sama. DAP sebaliknya kini sudah mengumpul orang-orang Melayu untuk menyokong mereka.Kononnya, sudah ramai Melayu-Melayu digroom oleh DAP untuk menjadi calon dalam pilihan raya kelak. Malah ada yang dijanjikan jawatan Menteri Besar jika DAP memerintah negeri itu kelak.

Taktik DAP kini bukan main-main lagi. DAP ini cukup cerdik dan hebat dalam permainan politik mereka. DAP bermain senyap-senyap, buat bodoh-bodoh, tapi cukup halus dan licik.DAP tahu, wakil Cina tidak boleh menjadi Menteri Besar, maka janji-janji telah ditaburkan kepada orang-orang Melayu itu. Difahamkan ramai lagi Melayu-Melayu telah dijanjikan kerusi untuk bertanding atas tiket DAP. Pas sedar ke?

Apabila Melayu berpecah-belah, maka percayalah Pas juga akhirnya tidak lagi relevan.Lagi pun Pas itu bukan pun kuat sangat, bising saja yang lebih. Seolah-olah mereka itulah yang hebat dan Islamik. Di Selangor pun, merekalah yang paling kuat bising, tapi berapa saja kerusi yang Pas menang? DAP pun bukannya suka sangat dengan mereka ini.
Akibatnya kita semua tergadai. Malaysia, mereka mahu dijadikan republik. Republik seperti di bawah negara kita ini. Tiada lagi raja-raja Melayu. Ia hanya tertera dalam sejarah, itu pun jika ia dibukukan.

Maka, jika itulah jadinya dan nasi sudah jadi bubur, ikutilah pantun klasik ini:

Pulau Pinang bandarnya baharu,
Kapten Light menjadi raja,
Jangan dikenang zaman dahulu,
Duduk mengalir air mata.

Oleh itu, selagi ada masa, tidak salah jika kita bersatu padu. Pepatah Melayu menyebut “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.”Kini kita sedang berpecah-belah, paling teruk dalam sejarah moden Melayu...

Mat Sabu hina YB Zulkifli Noordin



mat sabu ketika berucap di majlis makan malam bersempena sambutan pas 60 tahun di bukit katil melaka.Apa cerita ni Mat Sabu!!! Cerminlah muka sendiri dulu.. hang tu dah lah mengaji tak tinggi.. Sibuk nak hina orang pulak.. Hang berjubo dengan bini orang tu kira HINA ke tak?Mempertikaikan Pejuang Kemerdekaan tu HINA ke tak? Sudah-sudahlah Mat Sabu Oiiii.. Balik rumah pi tengok cermin naa....Ni meh aku habaq kat hang.. Aku tunjuk hang latar belakang pendidikan YB Zul..Hang compare dengan hang sebelum hang nk HINA orang naa....

Latar belakang pendidikan YB Zulkifli Nordin :-

- Pendidikan awal di Ashby Road (Engllish) Primary School, Ipoh
- Sek. Men Anderson School & King Edward VII
- Pra Universiti Maktab Tentera Di Raja Sungai Besi
- A-Level di Pakuranga College, Bucklands Beach, Auckland
- Victoria University of Wellington, New Zealand

Manakala Mat Sabu pulak, bersekolah di Pulau Pinang dan mendapat SPM dengan kelulusan gred 3. Kemudian menyambung pelajaran jurusan pemakanan di ITM separuh jalan pada 1975 apabila terkandas dalam pelajarannya. Tahun 1975 menyertai ABIM dan 1981 menyertai PAS. 

Betulkah Apa Yg Dilihat?

foto yang menunjukkan seorang wanita tanpa seurat benang di dalam konti radio!mungkin foto itu milik LINORA LOW benar atau tidak dapat dipastikan.Hanya pihak yang terbabit dapat memberi pengesahan apa yang berlaku.Berharap pihak Red.Fm dapat menyiasat apa yang berlaku supaya pekara begini tidak berulang.

Khalid Semakin Gagap.



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah pasti menghadapi laluan sukar kerana pasti banyak perkara yang perlu ditawarkan kepada rakyat terutama dari sudut kebajikan.Beliau pasti terbeban dengan tuduhan-tuduhan negatif penyokong parti dan sekutunya yang menganggap Bajet 2012 adalah gula-gula politik sedangkan Abdul Khalid pula mahu menawarkan apa ketika rakyat menanti-nanti imbuhan daripada kerajaan PKR, DAP dan Pas.

Abdul Khalid sudah pasti akan memastikan bajetnya tersebut memberi impak positif menjelang PRU-13 termasuk menjamin populariti kepimpinannya tidak merudum.Ini kerana Menteri Besar itu sedar beliau hanya mempunyai cengkaman pentadbiran sahaja tetapi cengkaman dan penguasaan politik dibayangi oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.


Belum tentu beliau akan terus kekal menerajui negeri ini sekiranya PKR berjaya mengekalkan kerusi yang banyak pada PRU akan datang kerana Pas dan DAP juga sudah pasti mengintai tempat kerusi panas Menteri Besar.




Isu-isu yang berlaku sepanjang tempoh tersebut akan memberikan impak kepada setinggi mana tahap kepercayaan rakyat kepada kerajaan parti pembangkang di Selangor berdasarkan bidang-bidang tumpuan yang diberikan iaitu dari segi kredibiliti, efektif, keberkesanan dan tadbir urus.Sebenarnya memang mudah membuat pelbagai janji yang manis-manis tetapi apabila sudah mendapat tampuk kuasa dan menghadapi realiti politik dan masalah akar umbi ia tidak semudah dijangkakan.


BN yang mendapat suntikan daripada Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang beberapa kali melengkapkan pusingan program turun padang ke negeri selain pukulan Bajet 2012 yang sekali gus menenggelamkan sinar 'Buku Jingga' harus mengambil peluang ini untuk menampilkan perdebatan yang berkualiti dalam sidang kali ini bagi mendedahkan kepincangan pentadbiran kerajaan negeri di bawah teraju PKR, DAP dan Pas.


Isu terbaru  termasuk membabitkan anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Bhd. (KDEB). Pengauditan yang dijalankan antara Ogos hingga Disember 2010 mendapati secara keseluruhannya prestasi kewangan KDEB adalah tidak memuaskan kerana terdapat kerugian sebelum cukai pada 2009 berjumlah RM122.25 juta berbanding keuntungan sebelum cukai pada 2008 berjumlah RM34.45 juta.


Pengurusan aktiviti utama KDEB dan prestasi kewangan tiga syarikat subsidiari KDEB juga tidak memuaskan pada 2009 yang mana terdapat kerugian selepas cukai berjumlah antara RM1.08 juta hingga RM139.23 juta.Menurut laporan itu lagi, selain itu, terdapat beberapa kelemahan tadbir urus korporat seperti mesyuarat Lembaga Pengarah yang tidak diadakan mengikut kekerapan, Audit Dalaman tidak ditubuhkan dan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan yang tidak berfungsi. KDEB juga, jelas laporan itu, tidak membayar dividen kepada kerajaan negeri.


Kerajaan memberikan alasan bahawa program pemberian air percuma 20 meter padu tidak mempunyai kaitan dengan kerugian KDEB. Namun setakat ini tiada sebarang sebab pula diberikan tentang faktor kerugian kalau bukan sebab air. Adakah faktor ketidakcekapan pengurusan baru KDEB?Kerana berdasarkan perjanjian dengan kerajaan negeri pada September 2008, KDEB telah diberikan pinjaman RM200 juta dengan faedah empat peratus setahun.
Difahamkan kerugian KDEB pada 2009 kerana menanggung kos program air percuma bernilai RM131.47 juta di samping perbelanjaan penajaan gaji Persatuan Bola Sepak Selangor sebanyak RM4.1 juta sedangkan kedua-duanya bukan aktiviti KDEB.


Program air percuma sepatutnya perlu diperjelaskan oleh Perbendaharaan Negeri Selangor. Pinjaman KDEB daripada kerajaan negeri adalah tidak wajar kerana syarikat tersebut perlu berhutang. Namun demi janji PRU-12, kerajaan negeri terpaksa meneruskan program air percuma meskipun tidak mampu dalam tempoh jangka panjang. Akhirnya KDEB tidak dapat bertahan dan pembayaran perlu diberhentikan. Kalau tidak anak syarikat kerajaan negeri itu akan terus mengalami kerugian.


Pendedahan Laporan Audit Negara terhadap anak syarikat kerajaan negeri, Woldwide Holdings Bhd., PKPS Agro Industries dan Tourism Selangor Sdn. Bhd. juga memerlukan satu bedah siasat secara terbuka dalam sidang kali ini.
Selain itu, kepimpinan Abdul Khalid juga tidak dapat lari daripada kepincangan yang pernah didedahkan sendiri oleh laporan audit dalaman kerajaan negeri berkaitan Yayasan Selangor dan juga kemelut yang menimpa Universiti Selangor (Unisel).


Isu-isu melibatkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) juga memerlukan penjelasan daripada Menteri Besar termasuk melibatkan pelantikan pasukan penasihat dan perunding luar dengan gaji lumayan hingga mengetepikan kemampuan pegawai sedia ada.


Soal pengurusan hasil pasir oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. juga sebenarnya masih menjadi tanya tanya. Sedangkan rakyat ingin tahu sejauh mana kebenaran hasil pasir yang dilombong secara agresif itu benar-benar masuk ke kantung rakyat. Ini kerana membincangkannya pada masa ini menjadi sub judice sementalah ia masih dalam pendengaran Jawatankuasa SELCAT.




MKP kata:Ingatlah rakyat sudah semakin sedar dan celik jika terdapat sebarang pembohongan dan tipu daya. Tunggu saja PRU-13.

Salam 1 Malaysia.

MB Saman Penulis Blog Fitnah.



Sapa punya kerja buat fitnah pulak nie.MB Terengganu lebih berani dari LGE kerana menyaman penulis blog berkenaan dan laporan polis akan dibuat.Blogger terbabit mungkin mahu meniru cara blogger elit penang untuk bermain dengan isu nenen yang hangat sebelum ini.Begitu jugaj dengan ADUN PAS dikelantan.nampaknya akan kantoi mereka lepa nie.
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa penulis blog yang dikatakan memfitnah beliau ditangkap khalwat.
Ahmad berkata cerita beliau ditangkap khalwat itu diketahuinya sejak tiga bulan lalu namun beliau hanya mendiamkan diri kerana menganggap ia asam garam orang politik yang perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk ditohmah.
"Tapi apabila mengenangkan anak saya bila balik belajar, menangis depan saya mengatakan blog tulis macam-macam pasal saya, jadi saya ambil keputusan untuk saman penulis blog-blog yang telah memfitnah saya mengatakan saya kena tangkap basah dan sebagainya.
"Katanya (dalam blog) saya kena tangkap basah, kena tangkap khalwat. Macam-macam versinya, ada kena tangkap dengan pelajar ITM, ada kata pramugari, ada kata dengan budak Besut, ada kata budak Pasir Panjang, ada kata budak Batu Buruk, macam-macam," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, pada Rabu.
Beliau berkata laporan polis mengenai fitnah yang tidak berasas itu juga akan dibuat dalam masa terdekat selepas berbincang dengan peguamnya.
Ahmad berkata setakat ini pihaknya telah mengesan beberapa blog yang terlibat dalam menyebarkan fitnah itu.
"Saya nak beri nasihatlah kepada mereka yang memfitnah ini supaya menghentikan, kalau tidak kita akan heret sama ke muka pengadilan...saya harap-harap, saya akan jadi jutawan selepas ni," katanya. - BERNAMA

Wednesday, November 9

Boria, Francis Light, dan Koh Tsu Koon



Bayangkan satu senario di mana sebaik sahaja Francis Light menjejakkan kakinya di bumi Pulau Pinang kira-kira 150 tahun silam, ribuan penduduk menyambut beliau dengan persembahan dan nyanyian boria: “Lainlah buluh, lainlah parang. Lain dahulu, lain sekarang. Tuan Light sudahlah datang. Kami nak serah, Pulaulah Pinang. Yay!!”
Namun hal seumpama ini tidak berlaku dalam sejarah. Malah tidak ada rekod seni persembahan boria itu adalah merupakan budaya tempatan melainkan diimport sebagaimana Francis Light itu mengimport dirinya ke Pulau Pinang.
Apapun catatan sejarah menunjukkan Light menguasai Pulau Pinang setelah memperdayakan Sultan Kedah. Dan kemunculan beliau, bukan sahaja merobah lanskap rupa bumi pulau berkenaan tetapi turut merobah demografi, budaya sosial serta set minda penduduknya hampir untuk selama-lamanya.
Justeru di atas sebab inilah juga barangkali askar-askar Inggeris diarahkan oleh pihak berwajib British agar mengimport persembahan boria dari India dan memaksa penduduk tempatan ketika itu mengubahsuaikannya agar dapat diterima di sepanjang zaman kelak sebagai satu budaya tempatan yang lahir dan berasal dari Pulau Pinang.
Itulah kebijaksanaan penjajah. Penipuan tidak semestinya secara langsung tetapi secara tidak langsung dan cukup halus.  Paling penting, segala penipuan, tipu daya dan putar belit mestilah berkeupayaan  kekal untuk selama-lamanya.
Kita tak perlu menyelongkar khazanah sejarah bagi mempertahankan tentang asal-usul boria kerana ia semacam tidak lagi relevan dalam konteks Pulau Pinang.  Ini kerana bagi kebanyakan penduduk Melayu pulau negeri tersebut, hampir semuanya sudah tiada lagi kecuali boria.
Sultan Kedah dan penduduk negeri “jelapang padi” waktu itu,  mempunyai sebab untuk tidak merestui kehadiran penjajah berkulit putih itu. Benarlah dasar penjajah seperti kata pepatah lama, diberi betis,hendakkan peha dan  benarlah Francis Light seperti juga macam Belanda—mulanya mendapat seinci tanah, kemudian lama kelamaan habis satu negeri dijadikan tanah jajahan. Tak cukup dengan sebuah pulau, sebahagian tanah besar Kedah juga dijadikan milik mereka dan diberikan nama Province Wellesley (kini Sebarang Perai).
Penduduk Cina di Pulau Pinang tidak kisah sikap Inggeris dan Francis Light kerana kedatangan mereka ke pulau itu adalah untuk mencari sumber pendapatan bagi menampung kehidupan masa depan yang lebih baik.
Orang Melayu sebagai  penduduk asal selain kehilangan sumber pendapatan malah mereka kini terpaksa hidup berketuakan Inggeris, bukan lagi Sultan dan harus patuh kepada segala garis panduan dan peraturan hidup yang ditetapkan penjajah pula.
Dalam sekelip mata  Sultan dan rakyat Kedah kehilangan sebahagian dari sebuah  negeri dan di samping itu mereka juga kehilangan bebebasan manakala orang Melayu Pulau Pinang kehilangan sejarah “who’s who” orang-orang melayu di pulau itu. Kini dari senarai 20 orang-orang terkenal di Pulau Pinang, tiga empat kerat  saja Melayu manakala yang lain-lain terdiri dari bukan Melayu termasuklah pereka kasut dan juga jaguh badminton.
Tidak ada usaha oleh orang Melayu sendiri menulis sejarah mereka selain dari bergantung kepada “tulisan dan rujukan” yang disediakan bukan Melayu.
Sejarah kedatangan Inggeris ke pulau ini dikaitkan dengan permulaan “open war” antara orang Melayu dan Inggeris yang mana seperti diketahui, kita tidak pernah menang. Kalau menangpun kita sekadar menang dalam hal-hal rundingan. Maka seperti kita ketahui kalau setakat keris dan parang bukan saja tidak dapat menghalau penjajah dari bumi mereka bahkan anjing yang dibawa penjajahpun boleh mentertawa melihat keupayaan orang Kedah mendepani askar-askar Ingeris yang dilengkapi senjata yang secara relatifnya dianggap canggih.
Sejarah Pulau Pinang hari ini adalah sejarah ketidakupayaan orang-orang Melayu menentang Inggeris yang datang dengan niat hendak menjajah mereka. Seperti umum ketahui negeri itu asalnya milik Kesultanan Kedah tetapi bertukar tangan pada 1786 setelah diserahkan Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa, kepada Inggeris sebagai pertukaran  mendapat perlindungan dari serangan Siam dan Burma. Inggeris bukan saja berjaya menguasainya, pada 11 Ogos 1786,  Francis Light menukar namanya kepada Pulau Prince of Wales serta “tanjung” mendapat nama Georgetown.
Sejak dari tarikh keramat itu, Kedah bukan saja kehilangan sebuah “pearl of the orient” atau mutiara timur, Kedah juga kehilangan sumber kekayaan dan lebih perit orang-orang Melayu juga mendapat “tuan” baru. Maka sejarah juga memperlihatkan bagaimana Pulau Pinang yang mulanya dihuni orang Melayu,mula menerima kemasukan orang Cina dan India dan akhirnya orang Melayu kekal sebagai kaum minoriti di situ.
Justeru hari ini, Pulau Pinang sudah terlepas peluang untuk kembali di bawah naungan Kedah bahkan cucu cicit Francis Light pun tidak peduli. Keresahan orang-orang Melayu bertempat berbanding masyarakat Cina. Semakin hari semakin merosot pengaruh orang Melayu di pulau itu dan semakin lama semakin terpinggir mereka ditempat yang pernah mereka anggap sebagai sebuah surga. Setiap kali ada usaha memperjuangkan nasib mereka dibuat, ada pihak menganggap Melayu di sana terlalu dimanja-manjakan.
Hakikatnya bukannya orang Melayu tak mahu memperbaiki diri dan masyarakat tetapi tekanan serta penindasan seperti berjadual. Bahkan isu yang sering dijadikan “hantu” menakut-nakutkan pengundi Cina ialah UMNO mahukan semula jawatan Ketua Menteri. Pilihanraya umum ke-13 dilihat sebagai berakhirnya kekuasaan calon Cina sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan selepas tarikh itu, calon dari UMNO bakal menggambil alih.
Dengan demikian orang Cina tanpa mengira fahaman politik serta parti yang ditunjanginya akan berdiri mempertahankan status quo. Pulau Pinang dilihat kini milik mereka malah milik mereka selama-lamanya dan  jawatan Ketua Menteripun dianggap hak mutlak yang tidak boleh ditawar menawar lagi.
Tidak, Pulau Pinang masih gah dipersada dunia bahkan akibat tsunami lima tahun lalupun negeri itu muncul macam yang kita biasa saksikan di kaca tv. Bagi orang Melayu banyak benda yang berubah sejak beberapa tahun kebelakangan. Kalau ratusan tahun lalu, sultan mereka adalah sultan Kedah namun, kini ia hanya ada Yang diPertua (atau Gabenor) serta Ketua Menterinya adalah dari orang Cina. Sebab itu ada juga budak-budak nakal menyamakan Pulau Pinang macam Singapura, itupun sekadar dinyanyikan dalam pertunjukan boria di kampung-kampung.
Hari ini sesiapa yang berjalan di Penang Road ataupun berada di Batu Maung tentu akan mendengar orang bercakap tentang politik tempatan. Selain bercakap tentang betapa angin perubahan mulai bertiup melepasi jambatan Pulau Pinang, mereka juga  bercakap tentang masa depan Tan Sri Koh Tsu Koon. Ramai yang mahu melihat Pulau Pinang diperintah oleh Ketua Menteri baru, bukan Guang Eng dan bukan juga Tsu Koon.
Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak macam ada “bola Kristal” yang selain dapat melihat malah boleh membaca apa yang tersirat dalam hati penduduk tempatan. Maka pengumuman Najib bahawa UMNO tidak akan menuntut jawatan Ketua Menteri walaupun BN kembali memerintah mengandungi maksud tersirat.
Mungkin kenyataan Najib membuatkan masyarakat Melayu, buat masa ini, terkilan namun jangka panjang, orang-orang Melayu di pulau itu akan nampak hakikat yang tersirat. Pendek kata Najib bukan boleh dibuai dengan lagu-lagu boria semata-mata.Ada perkara yang lebih besar dan signifikant bermain difikirannya.
Dan ia bukan lagi dalam bentuk Francis Light jelmaan, atau Koh Tsu Koon jadi-jadian tetapi dalam erti kata yang lebih saksama kepada semua.-

PDRM Kereta Peronda Baru.

Tahniah kepada PDRM kerana telah mendapat kereta peronda baru dari pihak NAZA  WORLD BHD.Pada Majlis penerimaan 3 kereta peronda dirasmikan oleh DS HishammuddinH20.Cantik dan bergayalah anggota PDRM lepas nie.diharap selepas ini segala tugas yang diberi dapat dijalankan dengan lebih sempurna dan efisen.inilah tranfomasi kerajaan BN untuk memperkasakan KDN dan PDRM.

KDN memberi tumpuan khusus terhadap usaha membasmi jenayah di negara ini bagaimana usaha memerangi jenayah dilaksanakan.
 kemajuan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Kerajaan (PTK) mengenai usaha mengurangkan jenayah.

NKRA, seperti pengerahan semula para pegawai polis daripada tugas-tugas bukan teras kepada tugas-tugas kepolisan serta balai polis bergerak kami.

Di bawah Makmal Jenayah, lebih kurang 55 inisiatif telah dikenal pasti bagi membantu mencapai sasaran untuk menurunkan indeks jenayah sebanyak lima peratus dan jenayah jalanan sebanyak 20 peratus pada 2010.
hampir kesemua 55 inisiatif berkenaan telah dilaksanakan di pelbagai peringkat dan telah menghasilkan pencapaian ketara daripada segi penurunan indeks jenayah.

Sebagai contoh, pemantauan yang kami buat secara suku tahunan (membandingkan pencapaian dalam tempoh suku tahun dengan tempoh suku tahunan asas iaitu suku kedua 2009), kami dapati di seluruh negara, indeks jenayah telah mencatat penurunan yang menggalakkan iaitu lebih kurang sebanyak 15.1 peratus, manakala jenayah jalanan pula menurun sebanyak 39.6 peratus.

Penurunan kadar jenayah ini juga menjadi bukti tentang keberkesanan strategi dan pendekatan

KDN dalam memerangi jenayah. Sebagai langkah pertama, KDN menganalisis statistik bagi mengenal pasti 50 kawasan yang paling banyak berlaku kes jenayah, yang kami labelkan sebagai titik panas. Kemudian, kawasan ini dipecahkan mengikut balai polis.

Selepas itu, makmal berkenaan akan menggubal kaedah penyelesaian secara holistik dan menyeluruh bagi memerangi jenayah yang meliputi bidang seperti pencegahan, pendakwaan, hukuman dan pemulihan.

Daripada segi pelaksanaan, KDN juga telah melaksanakan inisiatif bagi menambah jumlah pegawai penguatkuasaan di jalan-jalan raya.


Mesti UMNO yang salah ni..


Sekarang ini macam macam hal telah berlaku , setiap kali fitnah dilemparkan pada  orang yang tak bersalah  maka ada ajer perkara yang berlaku selepas itu- Baru baru ni anak PM pulak jadi mangsa akan tetapi semuanya dispin- UMNO juga la yang salah.
Baru baru ni anak siapa la pulak kena tangkap ni akibat merompak. Kadang tu jika difikirkan ucapan ucapan yang dikeluarkan oleh mereka semacam tak ada salah , cacat celanya  institusi keluarga mereka ini. Tapi kali ni Allah tunjukkan bahawa berlaku adil sesama manusia tu wajib- bukan ikut  perut sendiri ajer.. kena faham bab ni..
Anak tiri kepada wakil rakyat (PAS) di Kelantan ditahan reman selama tujuh hari kerana dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun kedai serbaneka di sekitar bandar Kota Bahru. Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Asri Abdul Rahman Sidik di Mahkamah Majistret di sini pagi ini.
Pemuda berusia 20-an itu disiasat mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan kerana merompak dengan menggunakan senjata serta mencuba menyebabkan kematian atau cedera parah. Ketika dibawa ke mahkamah, lelaki yang bertubuh gempal, berambut kerinting dan memakai baju lokap berwarna ungu itu kelihatan tenang.
Suspek ditahan oleh sepasukan anggota polis di rumahnya di Jalan Telipot, selepas pihak berkuasa itu menemui beberapa petunjuk. Berdasarkan modus operandi, suspek disyaki menyamun sekurang-kurangnya lima buah kedai serbaneka di sekitar bandar ini iaitu di Jalan Parit Dalam, Jalan Seri Cemerlang, Jalan Kebun Sultan, Jalan Merbau dan bersebelahan pasar raya KB Mall baru-baru ini.
Sebelum menyamun, pemuda itu dikatakan berpura-pura untuk membeli kad tambah nilai pra-bayar sebelum mengeluarkan pisau dan melarikan wang. Malah dia juga dikatakan tidak memakai topi keledar atau topeng untuk menutup muka setiap kali melakukan rompakan.
Psssttt…. susun bini pandai… tanggungjawab buat2 lupa…


rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive