gaza

Thursday, November 24

Biaq Betul Apa Aku Tengok Nie.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, gerakan seksualiti merdeka atau amalan seks bebas wajib ditolak kerana ia bukan sahaja berdosa malah boleh meruntuhkan struktur masyarakat negara ini.

Beliau berkata, meskipun setiap tegahan dalam agama tidak dinyatakan sebabnya tetapi penyakit HIV/AIDS telah mula dikesan di kalangan pengamal seks songsang di California, Amerika Syarikat (AS) dan sehingga kini tiada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit tersebut.

Seperkara lagi kata beliau, manusia yang bertamadun tidak akan menurut nafsu semata-mata namun budaya Barat pada masa ini menggalakkan manusia mengikut nafsu.
''Bagi mereka kebebasan bermakna apa sahaja yang didorong oleh nafsu tidak boleh ditegah oleh agama atau undang-undang manusia.

''Sebenarnya sifat ini adalah sifat haiwan. Manusia memiliki akal fikiran. Orang yang bertamadun menggunakan akal fikiran untuk menghalang diri daripada terikut-ikut dengan kehendak nafsu. Nafsu perlu dibendung kerana tamadun yang utamakan nafsu akan runtuh akhirnya," katanya dalam blog http://chedet.cc/blog, baru-baru ini.


Disko Pokok Cherry Kat Kelantan.


Penang ada Nasi Kandaq pokok ceri,tapi kt kelantan lagi hebat depa buat disko kat bawah pokok cerry nie apa cita Pok NIk.Nama membangun bersama islam tp ini yang terjadi pulak dah.SUDAK TUKAQ KA??????Tue dia depa berdisko sampai ke AZan subuh lagi.KLu kat penang nama tempatnya lorong garu padan dengan namanya.Sebab yang pi semua gatai nak kena garu.




Geli geleman MKP tengok sampai jalang yang tua pun ada sama la pulak.Apa kejadah yang dibuat oleh kerajaan negeri kelantan nie.Tidoq lena dengan bantai mahal nampak????al maklum masyukkkkkkkkkkk. Setelah mendapati pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI)  tidak mengambil apa-apa tindakan selepas beberapa hint yang kami berikan tentang lokasi pusat hiburan ini, akhirnya, Agen Johnson telah bersetuju untuk mengadakan ‘Operasi Disko-Dut’. Operasi Disko-Dut merangkumi 3 pusat hiburan dan bermula dengan pusat karaoke di bawah pokok ceri.



READ MORE



Di Chalok Kedai, Langkap Setiu-Kenapa mesti terjadi sebegini ?


Semua masalah dalaman parti perlu diselesaikan sebelum parti bersedia menghadapi pilihanraya umum ke 13.Bahkan semua 'warlord' (hulubalang) di peringkat akar umbi perlu memastikan bahawa bukan saja pedang mereka tajam tetapi juga mempunyai bala tentera di belakang.
Selain itu, untuk berdepan dengan pilihanraya umum paling getir ini, kata Menteri Pertahanan itu, unsur sabotaj seperti yang berlaku pada pilihan raya umum lepas perlu dihentikan bagi memastikan calon yang ditampilkan UMNO untuk bertanding menang.
Sambil menegaskan UMNO perlu berada dalam keadaan "cacat sifar" sebelum pilihan raya umum, beliau berkata perbuatan sabotaj boleh dihindari sekiranya setiap anggota parti bersatu padu dengan segera menyelesaikan setiap permasalahan di peringkat cawangan dan bahagian.
Menurutnya, memegang jawatan tinggi di mana-mana peringkat bukan jaminan bagi individu itu dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.
"Namun yang agak menggusarkan kepimpinan atasan adalah permasalahan daripada segi kepimpinan di peringkat bahagian yang istilah politiknya dipanggil warlord (hulubalang) yang mahu terus memberikan penekanan bahawa mereka telah mengasah pedang begitu lama... hendak tajamkan (memperkukuhkan) kuasa dan mencengkam pengaruh di kawasan masing-masing, maka akan berlakulah masalah 'intra-party'.
"Kalau tiada tentera di belakang, hanya kita sebagai jeneral (sahaja) yang ada pedang yang tajam, kita akan kalah dalam perang. Oleh sebab itu kita perlu mempunyai bala tentera yang berada di belakang dan mendapat sokongan semua," katanya.
MKP kata ini tidak sepatutnya berlaku didalam bahagian dan cawangan.Apa lagi nak komen spechlessssssssssssssssss

Guan Eng Takut Ulaq Tedung Seluaq.


Bewak takut dekat ulaq apa punya turr la bapak nenen nie.kata orang penang tau bukan itu melaka import mali punya.beratus pelancong tidak dapat melihat keindahan pulau mutiara dek kerana ular tedung seluaq.ini pun nak dijadikan cerita dan nak ambil sikap populis ke????? lidah bercabang sungguh.

Musim cuti persekolahan ini ramai pelawat dari luar negeri dan didalam negara datang kePulau mutiara untuk menikmati keindahan Pulau Mutiara yang sejak azali lagi terkenal dengan keindahan pantainya serta segala macam pemandangan serta syurga makanannya.akan tetapi hanya seekor ular tren APIKERETA telah diberhentikan dan ramai pelancong terkandas serta kecewa dengan sikap DAP nie.Lumrah kiranya ulaq tue kena langgaq pun dah dalam hutan bukannya ada orang mati kena patuk pun.Pelancong semua dalam APIKERETA selamat,Nasib ulaq tue saja nak mati.

APIKERETA tidak dapat beroperasi pelancong merungut nie semua sabotaj namanya kepada sektor pelancongan serta pedapatan negeri dan negara.Pelancong yang tidak puas hati pasti akan bercerita tentang apa yang berlaku kepada rakan-rakan mereka dan ini akan mencemarkan nama baik malaysia.Ada depa kesah dengan apa berlaku.Ini kerana projek Terbaru menaik taraf APIKERETA BENDERA BUKIT adalah dari kerajaan pusat dan satu isu telah dibangkitkan semasa kes tempat duduk lidah bewak nie kantoi hari tue.Mungkin ada kesumat didalam hati agaknya.

Jika inilah pemimpin buanganan dari melaka yang dijadikan pemimpin lagi hancusssslah Sektor Pelancongan Pulau Mutiara dan Malaysia pasal dia boleh perbusukkan nama malaysia diluar punya.

Pelacur politik" dan ' katak"




Timbalan Yang Dipertua DUN Datuk Hee Yit Foong yang mempengerusikan persidangan meminta Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis) yang membahaskan Belanjawan 2012 negeri supaya menarik balik kata-kata berkenaan kerana ia menghina golongan wanita termasuk ibu dan nenek kepada wakil pembangkang berkenaan.


"Ia menghina (kaum) wanita, tarik balik, kalau tidak saya putuskan jangan berbahas... ibu dan nenek Yang Berhormat juga kaum wanita," katanya pada persidangan DUN di Ipoh.

Namun, Nga enggan menarik kenyataan itu dan berkata beliau tidak menuduh sesiapa dan juga tidak menyebut nama tertentu bagi membayangkan maksud "pelacur politik" dan "katak" itu.

"Adakah saya tuduh sesiapa? Siapa makan cili dia terasa pedas... saya tidak cakap sesiapa tapi kenapa Timbalan Yang Dipertua terasa sangat?" katanya.

Keengganan Nga menarik balik kenyataan itu menyebabkan Datuk Hamidah Osman (BN-Sungai Rapat) dan Dr Wan Nooashikin Wan Noordin (BN-Kampung Gajah) bangun lantas mendesak dengan keras supaya wakil rakyat itu berbuat demikian.

Hee memutuskan persidangan ditangguhkan lima minit seperti dicadangkan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan disokong Hamidah untuk menenangkan keadaan.

Bernama melaporkan penangguhan itu bagaimanapun tidak meredakan keadaan kerana sebaik persidangan bersambung semula, Nga meneruskan perbahasannya serta masih enggan menarik balik kenyataannya walaupun diberi peluang sebanyak tiga kali oleh Hee.

Tan Sri Tajol Rosli Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) bangun lalu berkata: "Kami di sebelah sini dengar perkataan yang dikeluarkan iaitu "pelacur politik". Saya mahu bertanya kepada sidang ini adakah perkataan ini dibenarkan di sini? Jika tidak diizinkan ia perlu ditarik balik."

Beliau berkata jika wakil rakyat Pantai Remis tidak mahu tarik balik perkataan itu, Timbalan Yang Dipertua dewan boleh "menghalau" Nga daripada persidangan hari ini dan cadangan itu disokong Jamaluddin Mohd Rdzi (Bebas-Behrang).

Berikutan keengganan Nga menarik balik kata-kata berkenaan, Hee akhirnya mengarahkan Nga keluar dewan kerana menggunakan perkataan menghina serta mencela anggota DUN di samping berkata beliau tidak memberi peluang kepada mereka yang biadap.

Beberapa wakil rakyat pembangkang terutama V.Sivakumar (DAP-Tronoh) bangun membantah keputusan itu dan mendesak Hee yang keluar dewan kerana mengatakan "adakah wakil pembangkang minat pelacur, jika betul saya boleh bawa".

Nga pula kekal ditempatnya enggan mematuhi arahan Hee.

Yang Dipertua Datuk R.Ganesan, yang kemudiannya mengambil alih sesi persidangan menggantikan Hee, berkata Nga telah menimbulkan keadaan haru-biru dengan mengeluarkan perkataan "pelacur politik" serta "katak" malah enggan menarik balik selepas diberi banyak peluang.

Bertindak tegas, Ganesan mengarahkan Nga keluar dewan dan meminta Datuk Hamdi Abu Bakar (BN-Pengkalan Baru) meneruskan sesi perbahasan Belanjawan 2012 negeri menyebabkan wakil pembangkang itu akhirnya akur dengan arahan keluar dewan.

Selain Nga, wakil rakyat pembangkang lain iaitu Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) turut meninggalkan persidangan sebagai tanda protes terhadap keputusan dewan. 



AGENDADAILY>

Hampir 50 calon SPM, STPM di hulu Terengganu ke Pusat peperiksaan dengan bot


HULU TERENGGANU - Hampir 50 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) terpaksa menaiki bot untuk ke pusat peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Menerong di sini apabila kampung mereka ditenggelami air.

Kesemua calon SPM dan STPM dari Kampung Pengkalan Ajal di sini itu diangkut ke pusat peperiksaan menggunakan perahu penduduk kampung dan bot bomba bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang Mohd Zazuli Baderu berkata pihaknya sentiasa bersedia di lokasi terbabit dan menghulurkan bantuan bagi memastikan kedua-dua peperiksaan itu dapat dijalankan dengan lancar.

"Kami telah berbincang dengan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) sebelum ini untuk mengatasi masalah itu dan kami akan bersedia di lokasi terlibat bagi membolehkan calon SPM dan STPM menduduki peperiksaan," katanya.

MKP kata klu nie jadi kat negeri yang dikuasai oleh Pakatan Haram PASti akan heboh satu malaya menyatakan ketidakprihatian kerajaan Pusat.Nama pun Pembangkang mulut macam kong-kang.

POK NIK KATA:tokleh nok tehe


Wali Selipor lebih suka kepada benda cam nie dari menjaga air yang teruk dikelantan.Dari mana Kelantan Serambi mekah la konon benda nie dok ada apa yang PAS dan Kepimpinan dok gebang.

Wednesday, November 23

Terkini:Penyokong kita selamat

Syukur alhamdulillah berita mengenai seorang penyokong Malaysia yang menonton perlawanan akhir bolasepak sukan sea di gelora bung karno,jakarta bernama ahmad ikhram bin firdaus dari taman Dato syahbandar ampangan kini telah berada dimalaysia .majikan beliau iaitu encik abib yang kini masih lagi berada dijakarta memberitahu bahawa Ahmad ikhram telah tercicir beg semasa membeli belah di kedai.beliau datang kejakarta kerana menguruskan artis bukannya menonton bolasepak.


Penyokong Malaysia Hilang Di Indon.


Berita yang baru diterima dari kedutaan Malaysia,Bahawa seorang rakyat malaysia telah hilang selepas menonton bolasepak di Stadium Bung Karno Indonesia.Nama Ahmad Firdaus Bin Arham.Hanya beg dan wallet kepunyaan beliau ditemui.Bersama ini kita doakan keselamatan beliau semoga selamat ditemui semula.

Pegawai Wakil Rakyat Kantoi.



Sepasang kekasih ditangkap khalwat ketika berdua-duaan dalam sebuah kereta di satu kawasan sunyi dan gelap di Kampung Alur Tuman, Pulau Kerengga, dekat sini, kira-kira jam 1.30 pagi, kelmarin.

Paling mengejutkan apabila lelaki itu yang merupakan pegawai kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam Parlimen Marang, Terengganu.

Malah dia juga sudah berkahwin dan sepatutnya berada bersama keluarga lebih-lebih lagi pada malam Jumaat.

Lelaki itu mengaku hanya bekerja sebagai buruh ketika keterangannya diambil pihak berkuasa manakala wanita warga Indonesia itu pula tidak mempunyai suami dan bekerja pembantu rumah di Kuala Terengganu.

Berdasarkan maklumat, anggota polis peronda yang melalui kawasan itu membuat pemeriksaan di lokasi kejadian kira-kira jam 1.30 pagi sebelum menahan seorang lelaki berusia 52 tahun bersama pasangannya berumur 34 tahun dalam kereta terbabit.

Pasangan itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan dibebaskan dengan jaminan sebelum dihadapkan ke Makahmah Rendah Syariah Marang, petang kelmarin.

Bagaimanapun, perbicaraan secara tertutup diadakan kerana ia berlaku pada hari cuti umum iaitu Jumaat.

Difahamkan Hakim Syarie, Shamsudin Ngah terpaksa menangguhkan perbicaraan untuk rayuan dan keputusan dibuat pada hari bekerja.

Kedua-dua tertuduh terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzir) Terengganu 2011 yang boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, Persuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail ketika dihubungi Sinar Harian semalam, mengesahkan menerima laporan mengenai perkara itu bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenainya.

Namun ketika diajukan soalan mengapa perbicaraan itu diadakan secara tertutup, beliau berkata, ia hanya prosedur biasa bagi membolehkan pihaknya menahan individu terbabit dalam masa lebih panjang.

Sehubungan itu, ADUN terbabit ketika dihubungi bagi mengesahkan status lelaki terbabit memberitahu, beliau belum dimaklumkan mengenai perkara itu dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan. SH


** Dimaklumkan di Parlimen Marang mempunyai 4 kerusi DUN  DUN terbabit ialah Alor Limbat (BN )  , Rhu Rendang ( PAS )  , Bukit Payung ( PAS )  dan Pengkalan  Berangan  ( BN )  .

Pok Nik Buat Naya Kat Budak-Budak.


Inilah akibat dari terlalu berpolitik dan tidak mengambil berat terhadap rakyat.PAS for ALL adalah slogan untuk kaum lain bukannya membela rakyat kelantan serta generasi akan datang.Jika kanak-kanak tidak diperdulikan oleh PAS kelantan Ibubapa harus memikirkan untuk berubah pada PRU 13 yang akan datang.Semuanya berpunca dari sikap tidak prihatin Pemimpin PAS.Mereka terlalu asyik berpolitik sempit dan satu tujuan untuk menghancurkan UMNO dan masa depan anak-anak yang bakal mewarisi kelantan dimasa akan datang.

Hampir keseluruhan kanak-kanak di Kelantan yang berumur bawah enam tahun mengalami masalah pereputan gigi atau gigi berlubang akibat air di negeri itu tidak dibekalkan dengan kandungan fluorida yang mencukupi.

Laporan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menyebut, pada tahun 2007, 95.3 peratus kanak-kanak di negeri itu yang berumur di bawah enam tahun menghadapi masalah gigi berlubang. Pada tahun itu, penduduk mendapat air berfluorida adalah 18.1 peratus.

Bayangkan apa yang berlaku selepas ini. Ini kerana peratusan penduduk yang mendapat air berfluorida menurun hampir setiap tahun dan tahun lalu hanya hanya 14.1 peratus.

Ini adalah fakta dari apa dilaporkan oleh kementerian kesihatan.


VIDEO:Kelantan LAgi Dasyat Dari Penang


Ingatkan bila PAS memerintah kelantan akan berkuranganlah segala disko,arak dan segala kemungkaran yang menyalahi hukum hakam Agama.Rakyat boleh menilai dengan apa yang didedahkan oleh otai Blogger kickdefella.Apa dah jadi nie ingatkan Penang dibawah DAP yang kita maklum adalah bersifat untuk menyesatkan melayu serta akidah supaya senang meracuni pemikiran mereka.Namun Kelantan lebih teruk dari apa yang dilihat didalam video ini.

Kita tahu Kerajaan PAS Kelantan mengeluarkan lesen menjual arak atas alasan arak tidak diharamkan oleh agama lain sebagaimana judi? Tetapi bagaimana dengan lesen atau permit operasi pusat hiburan sehingga lewat malam? Adakah dikeluarkan oleh MPKB Bandar Raya Islam dan lain-lain PBT. Adakah agama lain membenarkan berpoya-poya sehingga lewat malam? Atau alasannya sebab di Mekah pun ada juga tempat berpoya-poya sampai lewat malam?


Nantikan siaran penuh video tersebut yang menunjukkan apa sebenarnya yang terjadi di Bandar Raya Islam sewaktu pemimpin-pemimpin PAS sedang sibuk berceramah mahu mengambil alih negeri-negeri dibawah pentadbiran Barisan Nasional atas dasar mahu membersihkan segala maksiat dan budaya tidak sihat.

Guan Eng Takut Hantu Cyber.Kita Dihina Tunggu Apa Lagi Serang.




Guan Eng melatah lagi dengan pelancaran 1voice serta Konvensyen Media Sosial 1Malaysia yang dilancarkan ahad lalu.Mengapa Lidah bewak/ketua menteri paling malang dalam sejarah pulau pinang ini takut.kerana cyber lord yang dilahirkan oleh BN lebih ramai dari yang dijangkakan oleh mereka.Mengikut apa yang dihitung oleh MKP jika seorang cybertrooper BN ini mempunyai rakan atau pengikut seramai 300 orang pastinya akan menyebarkan maklumat kepada lebih 600ribu pengikut dan rakan dalam media.Ternyata Lidah bewak ini telah kantoi dengan banyak isu yang dimainkan oleh blogger,facebooker serta twitteris dalam media baru ini.tak payahlah nak ceritakan satu persatu cuma satu yang panas serta panas isu nenen yang membabitkan anak beliau.Bukanya salah laku yang dimainkan akan tetapi wang sebanyak 200ribu yang dipersoalkan akan tetapi dengan sikap yang suka membelit fakta dan mengatakan UMNO serta BN telah bermainkan isu moral.akan tetap Tidak pulak melihat apa yang diputar be;litkan oleh pihak mereka yang menyatakan anak PM boros semasa di Australia.Bukankah sama jika dibangdingkan dengan isu moral.Akan tetapi jutaaan tahniah kepada semua kerana nampaknya apa jugak riaksi dari pihak DAP serta kepimpinanya gentar dengan tranfomasi yang sedang berlaku kini dalam media siber.

Penjelasan Kekeliruan yang Dibangkitkan.



Terdapat sedikit salah faham yang dibangkitkan oleh otai blogger dan berikut adalah penjelasan dari YDP 1Agenda mengenai kekeliruan tersebut.


Salam. Saya Zul Azhar Cha, Yang Di Pertua 1AGENDA. Untuk makluman semua rakan2 dan para sahabat, KMS1M adalah program NGO yg bukan diinisiatifkan oleh Kementerian. YB Dato' Mohd Sharkar dilantik Pengerusi kerana beliau adalah EXCO IT Negeri Pahang merangkap Ahli Kehormat Kelas Pertama 1AGENDA.

Program ini adalah insiatif 1AGENDA. Saya mengaku terdapat keciciran di dalam menyaraipendekkan tetamu jemputan. Kebanyakan yang dijemput (rakan2 Blogger) adalah melalui sms dan bbm.


Saya sendiri selaku Pengerusi Jawatankuasa Peserta dan Pendaftaran, terlibat secara langsung dengan kehadiran Peserta dan Tetamu.


Saya memohon maaf jika terdapat keciciran dan inisiatif Melancarkan MyVo1ce adalah untuk memastikan mesej dan networking jentera perlaksaan 'psiwar' pro BN digerakkan secepatnya.


Tidak terlintas untuk 'sideline'kan sesiapa dan mengakui ianya adalah kesilapan dan salah faham semata-mata.


1AGENDA mengiktiraf Semua rakan Penulis dan penggiat media sosial terutama rakan-rakan yang telah lama berjuang menulis untuk membantu mempertahankan dasar-dasar Kerajaan BN yang kita kasihi.


Kehadiran YB Menteri Penerangan adalah di atas jemputan kerana Program ini berkait dengan Kementerian berkaitan yang mengawalselia media sosial.


Saya akan membuat kenyataan akhbar untuk membetulkan kekeliruan ini.


Harap Maklum. Sekian dan Wassaalam.



MKP kata:maaf dipinta bagi pihak 1Agenda kepada semua yang terlibat,pihak penganjur telah memberikan penjelasan dan amat berharap diterima baik oleh semua pihak.Kita sebagai manusia dan insan biasa tak lari dari melakukan kesalahan.Matlamat kita kearah 1tujuan dan 1matlamat untuk memenangkan BN pada PRU 13.Penyatuan kita akan melemahkan musuh kita dari pihak pembangkang.

Bila Bapa Nenen Mengamuk.


Nie semua gara-gara pemimpin pakatan rakyat yang dok asyik berpolitik la sampai tiada langsung pendekatan Agama yang dianjurkan oleh pakatan haram dipulau pinang apa tidaknya semua hal dan urusan melibatkan hal ehwal Islam bapa nenen pun nak ikut sama.kena dapat green light dulu.jika biaq depa kat depa lagi hancus masa depan anak melayu pulau pinang,time tue barulah mummy dan nana dok putaq pening kepala pikiq pasal isu moral anak muda.setiap kali kena tanya depa pi mana buat apa keluaq dengan sapa?????????/tanya jangan tak tanya nanti kita makbapak yang susah.Sapa nak jawab noooo.

Tuesday, November 22

Mentaliti Yang Kurang Ajaq.


Penyokong Bolasepak Indonesia yang marah dengan kejayaan malaysia telah bertindak diluar batasan tanpa menghormati bendera Malaysia.Apa punya celaka nie tak hormat pada negara jiran langsung dan sengaja mencetuskan rasa marah rakyat malaysia dengan berbuat demikian tanpa berfikir ramai diantara rakan-rakan mereka mahupun adik beradiknya yang datang mencari makan dibumi bertuah ini........Malaysia.Dalam bab ini saya menghormati rasa tenang dan sikap yang matang ditunjukkan oleh rakyat malaysia tidak melenting dengan tindakkan ini.Dan memahami perasaan marah kepada pemain bolasepak mereka tidak mencuba bersungguh-sungguh.Namun begitu dalam bolasepak kalah dan menang adalah adat permainan.

Penahanan tanpa perbicaraan perlu untuk perangi keganasan @HishammuddinH2O


Undang-undang baru yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang akan dimansuhkan tetap mengekalkan amalan penahanan tanpa perbicaraan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata amalan itu perlu untuk memerangi kegiatan militan dan keganasan.
Bernama melaporkan beliau memberikan contoh beberapa negara yang menguatkuasakan amalan itu sebagai salah satu elemen untuk memerangi keganasan antaranya melalui Patriot Act di Amerika Syarikat dan Anti-Terrorism Act di United Kingdom dan Australia.
"Seperti Patriot Act di AS, seperti Anti-Terrorism Act di UK dan Australia, yang semuanya (negara itu) memperjuangkan hak asasi manusia, dan mereka sedar dalam berurusan dengan militan dan kegansaan, mereka perlu mempunyai akta sedemikian.
"Malahan terdapat beberapa rakyat Malaysia yang sedang ditahan di kem tahanan di Guatanamo tanpa perbicaraan selama beberapa tahun...kerana mereka telah ditahan oleh pihak berkuasa AS. Jadi jangan bersikap berat sebelah dan kita tidak mahu bersikap hipokrit dalam perkara ini," katanya.
Malaysia juga belajar daripada pengalaman negara-negara lain yang telah menghapuskan akta-akta sedemikian tanpa berfikir panjang dan akhirnya padah menimpa mereka.
Hishammuddin berkata Barisan Nasional sebagai parti yang mentadbir negara tetap akan bertanggung jawab dan mematuhi segala undang-undang yang akan dilaksanakan kelak untuk kesejahteraan rakyat.
Pada 15 Sept lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada perutusan khas Hari Malaysia mengumumkan ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.
Ditanya mengenai antara perkara baru yang akan dimasukkan dalam undang-undang baru itu, Hishammmuddin berkata ia termasuklah tempoh tahanan, notis kepada keluarga yang ditahan dan keperluan untuk membuat rayuan.
Beliau berpendapat perkara-perkara itu tidak sukar untuk dilaksanakan kerana proses pindaan ISA sudah dimulakan sejak dua tahun lepas.

Fuziah cuba cantas Datuk Fauzi


Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh sedang mencuba untuk merampas kerusi parlimen Indera Mahkota dari calon kawasan itu Datuk Fauzi pada PRU 13 nanti. Ini memandangkan dia sedar bahawa pengundi di Kuantan sudah tidak mahu lagi meletakkannya sebagai wakil yang mewakili suara rakyat Kuantan di parlimen.
Setelah dia berjaya menghalau Azan Ismail dengan cara menjadi juara isu Lynas di Gebeng yang terletak di parlimen Kuantan kini Fuziah cuba memperbodohkan Datuk Fauzi yang mempunyai peluang cerah untuk bertanding di kerusi Indera Mahkota. Inilah sikap  Fuziah yang suka berbohong dan memperbodohkan rakyat. Cukup mudah untuk kita perhatikan prestasi dia sebagai Ahli Parlimen, sebagai contoh di Kuantan ini tiada satu pun masalah rakyat yang dia selesaikan malahan dia sibuk dengan isu yang diluar kawasan parliamennya.
Masalah asas rakyat langsung tidak diperdulikan. Satu perkara yang amat jelas bila dia mengunakan PAS Indera Mahkota untuk menghentam Dr Che Rosli bila isu Lynas dibongkar oleh beliau. Mengapa dia tidak mendapat sokongan dari PAS Kuantan tetapi terpaksa memintak PAS Indera Mahkota untuk membantunya menyelamatkan diri dari terus kelihatan sebagai bodoh.
PAS Kuantan sendiri sudah kenal siapa Fuziah yang suka menipu dan berterusan memperbodohkan rakyat. Kini dia bakal menjadikan Datuk Fauzi sebagai mangsa terbarunya. Politik tikam belakang sudah menjadi darah daging PKR jadi tidak hairanlah jika Fuziah cuba membunuh politik Datuk Fauzi.
Secara keseluruhannya kita sebagai rakyat sudah nampak politik PKR yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan masalah rakyat. Jadi tidak perlulah kita bersusah payah untuk memikirkan siapa harus untuk kita undi pada PRU 13 nanti. Jika Fuziah berjaya menjadi calon Indera Mahkota marilah kita tolak dia dari terus menjadi Ahli Parlimen mewakili rakyat disana jangan lakukan kesilapan seperti pengundi di Kuantan. Jika Fuziah masih kekal di Kuantan sama-samalah kita katakan TIDAK pada Fuziah yang langsung tidak perdulikan pengundi di Kuantan ini.

Ketua Perang/Ketua Menteri Baru Pulau Pinang.



Tahniah blogger MiM kerana diangkat mewakili kami blogger pro-Kerajaan dalam membentangkan resolusi siber kepada YAB PM bagi BN memenangi PRU yang akan datang. Rasanya belum terlambat lagi kami menyampaikan penghargaan.

Guan Eng patut tengok dan ingat video ini betul-betul. Kerana jika Penang tumbang kepada BN kelak, inilah wajahnya Ketua Menteri yang bakal menggantikan rejim rasis beliau. Dr. Novandri dan rakan-rakannya (Empayar Pemuda, Media Permatang Pauh, Pisau.net, Anak Seberang) bukan sahaja telah mendedahkan kepada rakyat akan kegenjotan pemerintahan fuckatan sepanjang empat tahun yang lepas, bahkan turut menyebabkan Guan Eng terpaksa menjalani terapi jantung sekerap sebulan sekali. Kami percaya Dr. Novandri dan rakan-rakannya bakal menjadi katalis kejatuhan rejim anti Islam DAP pada PRU-13 nanti.

Jika sebelum ini Dr. Novandri hanya mampu menabur bakti kepada rakyat melalui Klinik Bergeraknya, tetapi kini beliaulah yang menjadi panglima perang siber laksana Hang Tuah Pulau Mutiara yang tidak jemu melanyak DAP laknatullah saban hari. Biarkanlah MCA dengan lena mereka. Persetankanlah Gerakan yang terus leka. Selagi tegarnya bernafas geng LIMA bersaudara ini, selagi itulah Guan Eng tidak mampu tidur lena!

Tahniah blogger Penang sekali lagi!!! Teruskanlah usaha cemerlang anda!!!


Komen MKP:Bersatu untuk menawan kembali Pulau Pinang dan memastikan BN menang dalam PRU 13. 

Pemain Bola Malaysia Suka Berlakon!



Kekalahan Indonesia ditangan Malaysia di Sukan Sea 2011 bukan sahaja menimbulkan kemarahan peminat bola Indonesia, malahan pelakon Indonesia, Yuki Kato yang berumur 16 tahun turut melampiaskan perasaan marahnya di media Indonesia.
“Kemarin agak kecewa ya waktu di penyisihan grup lawan Malaysia, emang kan mereka masih muda. Masih pada emosi, lapangannya jelek juga, benernya punya peluang. Gak ngejelekin juga, orang Malaysia itu suka pura-pura, banyak akting, gak diapa-apain gitu guling-guling. Kecewa sih, aku kemarin nonton di rumah sama keluarga, pulang sekolah langsung nonton,” ujar Yuki.
Pelakon beragama Islam kacukan Jepun-Indonesia ini juga turut yakin bahawa Indonesia mampu mengalahkan Vietnam di peringkat semi-final dan bertemu dengan Malaysia kembali di perlawanan akhir dan menjadi juara.
Dia turut menambah, “Saya prediksi 2-0, Indonesia 2, Malaysia 0. Eh, kasih satu deh. Serius prediksi gitu,” ujar Yuki.
MKP kata Orang yang kecewa akan berbuat apa saja untuk melepaskan geram terhadap kekecewaanya.Syabas malaysia kerana berjaya menghancurkan harapan rakyat indonesia yang kurang ajaq dengan membakar bendera malaysia. 



Terkini : MB Selangor TS Khalid Ibrahim PONTENG sidang Parlimen



Maklumat dari twit YB Kamalanathan dan YB Wee Kah Siong, soalan no 8 dalam sidang Parlimen hari ini ditangguhkan kerana wakil rakyat Bandar Tun Razak yang Menteri Besar Selangor tidak hadir dan PONTENG.


Ini cukup memalukan kepada pemimpin yang gila jawatan seperti TS Khalid Ibrahim. Gaji dan Elaun wakil rakyat Bandar Tun Razak dia rembat tapi malas dan ponteng sidang Parlimen.

Rakyat wajar tolak pemimpin sosialis PKR yang gemar makan gaji buta !!!

mengaku berkhalwat di hotel!



Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dan bekas pembantu peribadinya, Nur Diayana Norslan semalam mengaku bersalah kerana berkhalwat di sebuah hotel di Batu Feringghi di sini, April lalu.

Pengakuan itu dibuat Salim, 51, dan Nur Diayana, 30, di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah negeri, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya sebaik sahaja pertuduhan dibacakan semula terhadap mereka.

Ketika dihadapkan ke mahkamah sama pada 19 April lalu, kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Salim yang memakai kemeja putih dan berseluar hitam dilihat gelisah manakala Nur Diayana yang memakai jubah hijau menangis teresak-esak selepas membuat pengakuan tersebut di kandang tertuduh.

Nik Bukhari Hashimy bagaimanapun menetapkan 19 Disember depan untuk menjatuhkan hukuman terhadap mereka berdua yang tidak diwakili peguam.

Salim dan Nur Diayana yang bukan mahram didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak kira-kira pukul 5 pagi pada 16 April lalu di bilik bernombor 224 sebuah hotel di Batu Feringghi.

Monday, November 21

Mak Lampir Menjerit Ditendang Lembu Gara-Gara Saifuddin



Laporan yang tanpa sertakan bukti oleh saifudin dan zuraidah hari ini menampakkan mereka benar-benar nekad mahu menghapuskan kreditbaliti Ketua Wanita UMNO yang kini juara dalam wanita pejuangan memertabadkan serta memperkasakan wanita dipesana dunia.sehinggakan ibadat umrah pun dikatakan ditaja oleh pihak tertentu dalam NFC yang tengah panas ini.Tanpa menyatakan sebarang bukti yang sahih dan nyata.Jika ada bukti hebahkan jangan bermain dengan persepsi yang akan memakan diri sendiri seperti ini.Politik murahan ini selalu dimainkan oleh mereka.
Sejak kebelakangan ini MKP lihat Anwar dan konco-konconya agresif menyerang kerajaan dan pemimpin-pemimpin BN dari pelbagai sudut. Kita jangan anggap serangan-serangan yang dilakukan oleh kumpulan pro-Anwar seperti The Malaysian Insider, Malaysia Chronicle, Free Malaysia Today  dan banyak lagi terhadap pelbagai isu kebelakangan ini sebagai serangan biasa dan tidak bertujuan. 
Bodoh la kita kalau beranggap begitu. Apa yang MKP nampak, ini semua merupakan strategi dan susunan yang sangat rapi yang telah dirangka oleh pakar yahudi Anwar dan media  strateginya bagi memastikan BN tumbang pada PRU13 nanti. Memang teratur dan tersusun.
Menurut blog Gelagat Anwar, Anwar akan pastikan BN akan bersikap defensif dan senantiasa sahaja terpaksa menjawab banyak isu yang dibangkitkan. Menurut seorang rakannya, ada ’35 isu besar’ yang sedang digunapakai bagi memastikan BN kelam kabut dalam menjawab isu-isu ini.
Antara isu yang sedang digunapakai ialah NFC, Private Jet, Kedai Rakyat 1 Malaysia, Kemewahan pemimpin-pemimpin BN dan juga ahli keluarganya dan banyak lagi...
Ini baru mukadimahnya saja. Di peringkat media strategi Anwar, semua isu ini tidak dilambak secara sekaligus. Ianya akan dilambak secara berkala. Anwar menggunapakai pendekatan blitzkrieg iaitu serangan kilat. Membuat serangan mengejut dan pantas bagi menghalang musuh daripada mengatur pertahanan bersepadu. Cepat dan berkesan dan paling penting penat untuk menjawab.


Nampaknya setakat ini, taktik Anwar ini menampakkan kejayaan. Pemimpin-pemimpin pakatan haram telah dipecahkan beberapa kumpulan dan diarahkan menyerang mengikut isu-isu tertentu. 
Dengan menggunakan pendekatan blitzkrieg ini, Anwar mengharapkan serangan seperti ini  dapat menutup sedikit isu moral yang sedang beliau hadapi. Mana ada orang cakap pasal liwat sekarang ni. Isu lembu naik kondo lebih menjadi bual bicara orang luar dan dalam UMNO..
MKP harap semua pemimpin-pemimpin BN termasuk ahli keluarganya perlu hati-hati dengan suasana ini. Jangan seronok sangat dengan benda-benda lain. Fokus dan tumpuan mestilah ditujukan pada PRU13 yang akan datang. Jangan wujudkan situasi dimana akan memberi banyak lagi modal untuk puak-puak haram ini menyerang kerajaan.
MKP yakin rakan-rakan blogger pro kerajaan pastinya akan berusaha sedaya yang mungkin untuk menyerang dan menangkis fitnah yang dibuat oleh puak-puak haram ini...

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive