exponegaraku

Thursday, October 4

APA YANG HUSAM DOK TIPU RAKYAT KELANTAN?


Inilah dia rupa-rupanya kecoh pasal royalti sampai sembahyang hajat mintak pecah perut. Rupanya pelantar tu kat border Thailand daa. Thailand pegang 53% pegangan, Petronas pegang 43% ja. Kalau ikut Akta Petroleum 100%, kena dalam sempadan Malaysia dan dalam perairan negeri baru boleh claim royalty. Kalau bertindih kena mintak Thailand jugakla, Nik Aziz kena kecek Siamla. Padanla saman sangkut. Buta jaa rakyat Malaysia kena tipu ngan Husam ;



“The oil and gas activity is located about 150km off Kelantan shores and is jointly developed with Thailand. The area is disputed by Thailand and Malaysia.”
Hangpa semua tengok map/peta ni elok-elok. Rupanya operasi tu kat area A-18, dalam tuntutan Thailand sebab sempadan bertindih, belum tentu Kelantan/PAS punya lagi. Dan pada masa yang sama Thailand dah invest. Padanlah tak masuk mahkamah lagi, kecoh je puak2 PAS ni, mintak yang belum tentu depa punya lagi. Buta je semua orang kena kencing sampai bergaduh dan mintak doa bala, sembahyang hajat mintak pecah perut, akhirnya Allah balas rahsia PR yang pecah. Apa yang Tengku Razaleigh tu cakap betuila, Kelantan memang berhak dapat royalty. Tapi dalam perairan Kelantanlah. Kalau tak korek, takdalah royalty 


Tapi nasib baik Najib tengah fikir @ pertimbangkan nak bagi jugak kat rakyat Kelantan.
Aku jangka rakyat Kelantan bolehla dapat sikit dari bahagian Petronas 47% tu, tak bolehla 100%. Maklumlah, takkanla Thailand kita nak simpan dalam stor, tak gitu? Lagi satu bagi BN menang dulu, senang cerita sikit … hehehe.

Kita ambil mudah ja, kalau Petronas kata tak payah korek minyak tu macamana? Dibuatnya Petronas postpone pulak gali kat Kelantan macamana? Satu haram royalti pun tak dapat. Yalah, depa boleh dapat royalty bila depa korek ja, kalau depa tak korek, kosong la.

Depa dok ingat Petronas dok mengadap sangat minyak kat kelantan tu. Petronas dah kawtim dengan telaga2 minyak di luar negara, lebih besar dari apa yang ada kat seluruh Malaysia tau. Apsal nak mengadap sangat kat Kelantan tu?

Petronas kata nak korek kat Kelantan tu, sebab nak jana ekonomi Kelantan la, Eastern Korridorla. Kalau kata sebab nak tambah income Petronas, Petronas dah sapu kat luar negara banyak dah, saya ingat depa tak heran pun kat Kelantan tu.

Sebaik-baiknya elok orang Kelantan buat cara baik, rundingla elok2, tak payah nak buat tunjuk perasaan nak tekan orang. Dibuatnya Petronas merajuk macamana? Dibuatnya Petronas kata kat hangpa "PIIIRAAH" lepas tu depa blah macamana? Tak putih mata? Last2 nganga ja. Toksah dok ikut sangatla Anwar tu. Daripada royalti tu pegi kat parti PR, baik terus pegi kat rakyat melalui eksklusiviti peluang2 business dengan Petronas, kan lagi bagus? Terus masuk poket rakyat Kelantan daripada kena "filter" dengan PR. Nanti depa guna duit royalti selamatkan ekonomi Selangor macamana? Tak nganga orang Kelantan?

Aku ada tip untuk dikongsi kepada rakyat kelantan, macamana nak kaut keuntungan semaksima yang mungkin dari deal MJTDA ni. Pada masa yang sama BN nak Kelantan tu, so ni peluang nak sembang. Kata kunci dia adalah FIRST RIGHT OF REFUSAL dan EXCLUSIVITY. Bagi aku, ambik royalti 5% dari pegangan 47% Petronas ciput jaaa. Tolak je royalti tu, biar Petronas simpan, tapi dengan syarat Kelantan ambik Exclusivity dan First Right of Refusal dari kos operasi menggali dan operasi minyak tu. Kos operasi minimum separuh dari 47% tu, dalam 20%++, kan lagi besar dari nilai royalti tu, korang nampak tak? Kelantan mahu exclusivity kontrak2 operasi, supply dan manpower khas kepada syarikat2 di Kelantan atau pun minimum pemegang saham syarikat mesti ada orang Kelantan dan manpower pun majoriti orang Kelantan? Direct deal je. Kalau kroni2 luar Kelantan tu tak payah risau sangat, buat JV je dengan syarikat orang Kelantan, settle la. Steady tak idea ni? Daripada dok hangat gaduh dok mintak royalti 5% yang belum tentu dapat sebab isu pertindihan dengan Thailand, baik adjust direct operation je, tak gitu? Guna otak sikit, aku dengar orang Kelantan cekap meniaga, adjust sikit deal tu, pikir2lah tip yang aku bagi ni.

Tapi kalaulah rakyat Kelantan dok terikut sangat perangai puak PR asyik nak tunjuk perasaan, mintak doa bala, dok tekan kerajaan, kerajaan pun pening kepala. Buat apa tolong orang yang tidak mahu diri mereka dibantu? Betui tak? Bagi stress je.

Memanglah telaga minyak di kelantan bukan Petronas punya. Seluruh telaga minyak di dunia bukan milik syarikat2 minyak dan gas seperti Petronas, Shell, Gazprom, Esso dan lain2. Tapi masalahnya berapa ramai orang boleh korek minyak? Kalau semua orang boleh korek minyak pakai cangkul, lainlah ceritanya. Tak perlu syarikat2 minyak seperti Petronas, Esso, Shell dan lain2 tak gitu?

Orang Kelantan jangan nak "hingaq" sangat, ikut sangat perangai puak2 PR tu. Orang Kelantan ada hak kat telaga minyak tu tapi tak mampu nak korek, Petronas ada kemampuan nak korek, so maknanya dua2 pihak saling memerlukan antara satu sama lain untuk menghidupkan industri minyak di Kelantan. Tepuk tangan kena dua belah tangan beb. Kenala win-win situation.

Petronas adalah GLC. Memanglah mereka akan ikut arahan Kerajaan. Kalau dah susah sangat, kerajaan akan suruh Petronas, "Hangpa pi fokus korek kat Uzbekistan dan Azerbaijan la". Kat sana telaga minyak berkali ganda lebih besar dari seluruh Malaysia, lagi banyak income untuk Petronas dan tax untuk kerajaan. Kat sana takde orang nak tunjuk perasaan, takde orang nak mintak doa bala macam kat Kelantan.

Orang Kelantan kena lihat perkara ini dari sudut positif, maknanya ada rezeki nak masuk ni. Kalau nak harap otak ekonomi Nik Aziz, memang orang Kelantan kena terus berhijrah ke Kuala Lumpur la, tak gitu? Kalau ada rezeki nampak gaya macam nak masuk, jangan keras sangat, nanti lari pulak rezeki. Royalti atau tanpa royalti, walau macamana pun rakyat Kelantan akan dapat sesuatu. Contoh peluang2 perniagaan dan pekerjaan dari syarikat2 minyak yang beroperasi kat situ.

Contoh peluang perniagaan – Rasa2 orang minyak yang berkepul2 duit tu nak belanja duit mereka kat mana? Diorang ni semua nak menginap kat mana? Diorang ni semua nak shopping kat mana? Diorang ni semua nak makan kat mana? Diorang nak buat supply base diorang kat mana? Di sinilah rakyat Kelantan boleh ambik peluang, value "splash" lebih besar dari value royalti beb. Terpulang kepada rakyat Kelantan untuk eksploitasi peluang/rezeki yang nak datang arah mereka tu.

Kalau korang peka kepada ucapan Husam dan Ku Li, kenapa sampai hari ni mereka tak pernah tunjuk KOORDINATE SEBENAR BLOK A-18 yang ada minyak tu?? Kenapa mereka tak pernah bagitahu pasal Perjanjian MTJA yang dibuat masa 1979 dulu dengan Thailand?? Simple je, kalau bagitau pada rakyat, kantoila niat sebenar mereka. Apa niat sebenar mereka?? Nak jadi MB la dengan kaut undi. Bila dah jadi MB, depa nanti "shelved" claim royalti ni sebab asalnya depa pun tau apa tu MTJA … hahaha. Kering je rakyat kena main.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive