Monday, October 8

FAEKAH DIPECAT KERANA LANGGAR ASSMIN?


Faekah Husin Andartu yang paling malang tahun ini.Kesian MKP tengok nasib yang menimpa andartu kesayangan Khalid Gagap nie.Walaupun dengan tegar dan selalu back-up khalid gagap tapi itu tidak menjamin kedudukannya di dalam PKR lepas nie...Tu la Faekah nie pun satu hang pi langgar Assmin tue buat apa...Assmin nie jambu kesesayangan Anwar.

Menurut Pengarah Pilihan Raya Negeri, Borhan Aman Shah, tindakan Faekah yang mengkritik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali secara terbuka boleh menimbulkan salah faham serta memberikan kesan kepada parti. 
"Merujuk kepada kenyataan Faekah Hussin di laman portal Malaysian Digest yang mengkritik Timbalan Presiden parti, Azmin Ali secara terbuka, saya menggesa Faekah dipecat serta merta," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR Selangor di sini, hari ini. 
Tambah beliau, kedudukan Faekah yang tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti tidak berhak untuk campurtangan hal dalaman parti. 
"Di atas kapasiti apakah Faekah, seorang anggota biasa yang tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam parti untuk mengkritik Timbalan Presiden secara terbuka? 
"Beliau diingati bahawa jawatan beliau sebagai setiausaha politik juga diberikan diatas ehsan pasti yang memberikan sokongan keatas pelantikan beliau," ujarnya. 
Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam turut menyokong kenyataan itu dan meminta agar biro politik mengambil langkah segera terhadap Faekah.
Mengulas lanjut Borhan berkata, MPN Selangor tidak akan mengeluarkan surat amaran kepada Faekah lantaran kuasa penuh untuk melucutkan jawatan itu berada pada tangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. 
Kata beliau, walaupun perkara ini telah dibawa kepada biro politik dan beberapa teguran serta notis diberikan, namun tiada tindakan dilaksanakan kerana kuasa besar mengenai 'duta MB' itu hanya milik Khalid. 
ANTARAPOS

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive