Dulu masa mula dapat kuasa sebagai Ketua Menteri Tokong Erogan Guan Eng dok canang satu Pulau mengatakkan akan memerintah mengikut Khalifah Umar Abdul Aziz.Tapi kini setelah gagal mendapat sokongan dari orang melayu lain pulak jadinya.Menyepi dan kurang bercakap mengenainya pulak......Apa dah jadi Tokong Erogan.....? Sebelum ini Mansor dedahkan keburukkan Tokong Erogan dan terbaru Setiausaha DAP pantai Sepang pulak membuat dedahan.....
Setiausaha DAP Bahagian Pantai Sepang Putra, Rashid Md Gani mendakwa beberapa "samseng" telah bertindak secara agresif terhadap anggota bahagian beliau apabila mereka mahu menyerahkan memorandum kepada Lim semasa mesyuarat dengan para anggota bahagian pada Isnin.
"Salah seorang daripada anggota kami, A. Thirumalvalavan telah ditampar manakala seorang lagi, R. Selvan, di mana kad keanggotaan DAP beliau dikoyakkan menjadi kepingan kecil," katanya kepada pemberita pada Jumaat, sambil menambah bahawa mereka telah membuat dua laporan polis mengenai kejadian itu.
Rashid mendakwa Lim dan Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok menyaksikan kejadian itu tetapi tidak berbuat atau berkata apa-apa untuk menghentikannya.
"Kami amat kecewa dan sedih. Sudah lima hari berlaku kejadian itu dan kita masih tidak mendapat sebarang reaksi. Kami harap Lim akan bertemu dengan kita dan kita mahu tindakan tatatertib yang diambil terhadap mereka yang bertindak sebagai samseng," katanya, sambil menambah bahawa beliau berjaya untuk menyerahkan memorandum Lim selepas keadaan kembali tenang.
Rashid berkata, memorandum itu adalah untuk menyuarakan kebimbangan terhadap beberapa isu, termasuk pembayaran balik dana dan hak tanah ke atas sebuah kuil Hindu di Ladang Teluk Merbau.
"Jika masalah ini tidak ditangani dengan segera, DAP tidak boleh menang di Sepang. Bagaimana pemimpin parti boleh menjaga rakyat apabila mereka sendiri tidak dapat mengawal diri mereka?"
Ketika dihubungi, Kok berkata, beliau telah melihat anggota bahagian bergegas ke arah Lim kerana beliau ketika itu mahu meninggalkan mesyuarat.
"Ada sesetengah anggota yang cuba untuk menghentikan dia. Saya rasa mereka tidak tahu apa yang dia mahu lakukan. Saya diberitahu terdapat beberapa pergaduhan berlaku di hadapan Lim tetapi saya tidak melihat kejadian itu berlaku," katanya.Mstar
No comments:
Post a Comment