Monday, August 29

MAT SABUN/Guan Eng Patut Terjun Laut Dengan Labunya.


Ternyata dan terbukti Lim Guan Eng sememangnya pakar penipu dan putar belit..Lim Guan Eng langsung tidak menjawab soalan yang diutarakan berkenaan isu menyalahgunakan duit rakyat iaitu duit PBAPP tetapi memilih menjadikan mat sabu dan dirinya sebagai mangsa fitnah.Haaaa dah agak dah memang dia akan kona baring punya 
tak apa la nie pekerja PBA dah buka mata dengan pendedahan ini.silap hari bulan nanti undi tidak pecaya boleh dibuat oleh ahli lembaga pengarah yang lain.Tahniah kepada rakan blogger penang dah londeh mat sabun ni cukup-cukup dengan dua kes yang mengemparkan satu malaysia.Ternyata blogger penang banyak buat kerja.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari MatKilauPenang


Selamat Hari Raya Mat Kilau Penang ucapkan kepada pembaca blog ini dan rakan-rakan seperjuangan dan seteru sekelian semoga tahun ini membawa lebih makna kepada semua,MatKilau Penang memohon maaf sekiranya ada yang terasa dengan apa yang ditulis didalam blog ini. Apa yang MKP lakukan ialah Demi memperjuangan dan mempertahankan Bangsa Agama dan Negara yang tercinta ini.Maaf jugak dipinta jika sejak sepanjang bulan ramadhan ini MKP kurang menulis,Tahun ini kita bertuah menyambut hari raya dan Hari kemerdekaan.Walaupun baru 10 bulan MKP berkecimpung dalam Blogging pengunjung telah mencapai   277ribu pengunjung terima kasih daun keladi.

Sunday, August 28

SRS Batu feringghi,Apa nie hampa Gangster kot.



“Kami dipukul, dipijak dan ditendang seperti haiwan di depan orang ramai, sedangkan kami tidak melakukan apa-apa kesalahan,” dakwa dua sahabat apabila dipukul sekumpulan 15 anggota skim rondaan sukarela (SRS) di Batu Ferringhi.
Muhammad Farzuan Romzi, 20, dan Fendi Abdul Latif, 21, masing-masing dari Teluk Bahang berkata, kejadian berlaku jam 11.30 malam ketika mereka mengunjungi rumah seorang rakan di Mutiara Apartment, Batu Ferringhi.

Bagaimanapun, Muhammad Farzuan berkata, rakannya yang menetap di tingkat empat tiada di rumah dan mereka menunggu di tepi tangga sebelum didatangi sekumpulan lelaki yang mendakwa mereka anggota SRS sebelum memukul mereka menggunakan kayu, besi dan topi keledar.
Katanya, dia dan rakannya hampir pengsan selepas dibelasah tanpa belas kasihan dan mengalami lebam di seluruh anggota badan dan muka sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

“Saya terkejut dengan kejadian itu dan lebih menyedihkan apabila dituduh cuba melakukan jenayah pecah rumah dan menghidu gam selain dibelasah dan diseret dari tingkat tiga hingga tingkat bawah tanpa belas kasihan serta diperlakukan seperti binatang,” katanya.

Fendi berkata, dia kesal kerana kumpulan lelaki itu mengambil tindakan tanpa usul periksa, selain trauma dengan kejadian terbabit.
Berikutan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Batu Ferringghi, jam 11 pagi semalam bagi meminta polis melakukan siasatan.
MKP kata:SRS ditubuhkan untuk membantu polis mencegah kegiatan jenayah dikomuniti masyarakat setempat akan tetapi mereka yang kebanyakkan direkrut dari kaum muda berbangsa cina lebih cenderung mengunakan status dan kuasa yang ada memukul budak melayu nie apa dah jadi?Ketua Polis Pulau Pinang patut melihat dengan lebih serius kes ini.Jangan nanti apa kerana segolongan SRS bertindak demikian akan rosak semua reputasi SRS di Pulau Pinang.Dari maklumat yang MKP dapat SRS Batu feringghi ini diketua oleh samseng di sana.

Pemuda UMNO Bagan buat laporan polis terhadap Mat Sabu haprak !



Pergerakan Pemuda UMNO Bagan  hari ini telah  membuat laporan polis berhubung kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mengangkat anggota Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero sebenar tragedi Bukit Kepong 1950, dalam ceramahnya baru-baru ini.

Ketua Pemuda UMNO Bagan yang juga Ketua Pemuda UMNO P.Pinang  Ir Shaik Hussein Mydin  desak polis menyiasat kenyataan Mat Sabu itu dengan segera  dan ditahan di bawah ISA.

"Kenyataan Mat Sabu yang mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abd Rahman tidak layak sebagai pejuang kemerdekaan  dan melabelkan pengganas komunis adalah hero dalam tragedi berdarah Bukit Kepong menunjukkan beliau sebagai buta sejarah , biadap serta kurang ajar .

" Kenyataan dari seorang Timbalan Presiden PAS  ini juga menunjukkan dirinya  seorang pemimpin  yang haprak serta  murtad dari segi perjuangan agama , bangsa dan negara. Saya minta Mat Sabu segera bertaubat  dari terus bercakap benda yang tak betul , tak logik dan tiada fakta "  katanya kepada My Penang Online di Balai Polis Pagoh di sini, hari ini.

Selain itu , Shaik Hussein juga menyelar sikap Mat Sabu  yang menyatakan semua sejarah kemerdekaan  negara satu penipuan .

" Kita beranggapan ini adalah satu hasutan yang mana PAS kini menyokong perjuangan komunis dan   mahu mengubah fakta sejarah  . Sikit hari  dan tak mustahil selepas ini beliau akan mengatakan Lim Kit Siang adalah pejuang yang mendapat kemerdekaan "

Mat Sabu ‘pembesar suara’ DAP – Razali Ibrahim


KUALA LUMPUR 27 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu didesak memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga anggota polis yang mempertahankan diri dalam tragedi berdarah Bukit Kepong.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, tindakan pemimpin pembangkang itu menyifatkan anggota polis yang terkorban dalam tragedi itu sebagai pegawai British dan bukannya hero sebenar adalah satu penghinaan kepada keluarga mangsa tragedi itu.
Beliau melihat kenyataan itu secara tidak langsung membuktikan Mohamad Sabu kini mengikut telunjuk DAP dan menjadi ‘pembesar suara’ kepada parti itu yang selama ini cenderung menunjukkan simpati kepada perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM).
“Dalam erti kata lain, DAP kini sudah berjaya berada di dalam barisan kepimpinan Pas dan saya tidak terkejut jika Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng banyak membantu Mohamad memenangi jawatan Timbalan Presiden Pas baru-baru ini,” katanya kepada Mingguan Malaysia.
Beliau mengulas kenyataan Mohamad yang menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Keempat PKM yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 sebagai hero sebenar.
Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu juga, Mohamad turut mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana merupakan pegawai British.
Justeru Razali berkata, Mohamad Sabu juga patut meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana sanggup memesongkan fakta sejarah semata-mata kerana kepentingan politik.

Saturday, August 27

Mat Sabu hina pejuang negara



Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

"Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

"Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung," katanya dalam ceramah itu.

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

"Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak," tuduhnya.-Utusan / Pisau.net

Siapa Pemimpin PR Penang yang dah jadi Jutawan itu wahai Ghani?


Menurut Pengerusi Suara Anak-Anak Malaysia, Mohamed Ghani Abdul Jiman pemimpin UMNO mengambil masa lebih dari 50 tahun berkuasa untuk membolehkan mereka memiliki rumah yang mewah.

Tetapi ada Pemimpin Pakatan Rakyat mampu memiliki rumah yang mewah hanya setelah tiga tahun Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Pulau Pinang.


“Pemimpin UMNO memerlukan lebih 50 tahun untuk memiliki rumah sebegitu tetapi ada pemimpin sekarang yang hanya memerlukan satu penggal sahaja untuk menjadi jutawan, Saya ada bukti untuk menyokong tuduhan ini” kata Ghani..

Jika benar bagai dikata kemukakan saja bukti dan nyatakan saja siapakah pemimpin tersebut.. kerana dalam Pakatan Rakyat baik PKR, PAS mahupun DAP tidak diperlukan pemimpin begini.

Tidak diperlukan pemimpin yang kelihatan lebih rakus dari pemimpin UMNO sendiri dalam mencari harta untuk kepentingan peribadi.

Kami pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat tidak akan mempertahankan pemimpin yang tamak begitu, kerana kebanyakkan pemimpin Pakatan Rakyat telah berkata mereka akan memperjuangkan dan membela nasib rakyat.

Mereka tidak berjuang untuk kepentingan peribadi tetapi demi rakyat… jadi jika benar ada yang membina kekayaan dengan menipu rakyat, Pakatan Rakyat bukan tempat untuk mereka tapi UMNO!


Ghani slams Pakatan’s ‘one-term millionaires’

GEORGE TOWN: Umno leaders, according to Suara Anak-Anak Malaysia chairman Mohamed Ghani Abdul Jiman, took more than 50 years in power to purchase lavish homes.

However, he said Pakatan Rakyat representatives were dwelling in luxury within three years of seizing control of Penang.

These representatives, he added, lived in double and triple-storey bungalows as well as posh townhouses.

“Umno politicians needed 50 over years to buy such houses but current elected representatives only needed one term to become millionaires. I have evidence to prove my allegations,” he said.

After a long hiatus, the firebrand Ghani led several pro-Umno NGOs to stage their outine post-Friday prayers anti-Chief Minister Lim Guan Eng protest outside Masjid Jamek some 50m from Komtar this afternoon.

Unlike the last riot-like street demonstration against the state government on July 1, this time the protest was a tame affair with about 10 people taking part.

Media representatives and police personnel at the scene outnumbered the protesters.

Despite the poor turnout, the protesters however did not lose their sting when attacking Lim and his administration.

‘Jump off the Penang bridge or Komtar’
 

The demolition of Malay and Mamak-owned eatery outlets on the island was the main issue of their protest.

“We wish Selamat Hari Raya to all victims of Lim’s brutal rule. The current state government only demolishes Malay and Indian shops, not Chinese shops.

“I am not a racist. I only want a government which is fair to all,” said Ghani, who is also the vice-chairman of the Coalition of Islamic NGOs Penang.

He urged Lim to step down if he could not return the items seized from the demolished outlets, including from his shop.

“If he can’t return my belongings, I will present him with a special gift soon,” warned Ghani, who also heads another unregistered NGO, Suara Anak-Anak Mamak Pulau Pinang.

The protesters displayed three anti-state government banners and chanted anti-Lim slogans, where the chief minister was condemned as a “communist, coward and ‘pondan’ (transvestite)”.

Shouting at the top of his voice, Ghani called on curious onlookers to reject Lim because “the Malaccan was not a Chinese but a communist.”

He called on Lim to quit and go back to Malacca immediately and repeated similar calls on the chief minister’s political secretary Ng Wei Aik, who is also the Komtar assemblyman.

Ghani also suggested that Lim jump down from either the Penang Bridge or the Komtar building to save Penang. 



Friday, August 26

Tahun Nie MerdekaRaya di Permatang Pauh.



Majlis Aidilfitri Rumah Terbuka Malaysia tahun ini akan diadakan di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 Sept ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim



Majlis anjuran kementerian itu akan berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, bermula dari 11.30 pagi sehingga 1 tengah hari, katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual menghadiri majlis rumah terbuka itu yang dijangka dihadiri 10,000 tetamu, katanya.
Beliau berkata masyarakat setempat termasuk mereka yang tinggal berdekatan seperti dari kawasan utara Perak dan selatan Kedah dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut.


“Di situ kita akan lihat senario berhari raya dalam suasana kampung yang meriah dengan harapan majlis itu akan mencerminkan sesungguhnya gagasan 1Malaysia itu terbukti dapat mengukuhkan perpaduan sesama rakyat,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya di Kompleks Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, hari ini.
Rais turut menyarankan agar masyarakat membuang segala bentuk perbalahan, persengketaan dan sifat saling melagakan antara satu sama lain sebagai menghargai kedatangan perayaan berkembar, 1 Syawal dan Hari Kemerdekaan hujung bulan ini.
“Pemahaman dan keinsafan menerusi perayaan itu perlu diterjemahkan melalui ‘buang yang keruh ambil yang jernih’ dengan meletakkan maknanya di suatu tempat di sudut hati walau apa sekalipun tugas dan latar belakang seseorang itu,” katanya.
“Lantaran sambutan kemerdekaaan 31 Ogos dan Hari Raya Aidilfitri mungkin jatuh pada hari yang sama maka azam kita untuk meninggalkan sifat-sifat runcing, sifat-sifat tajam, sifat-sifat antagonistik atau sifat-sifat yang melaga-lagakan atau dalam peribahasanya yang berada dalam keadaan keruh itu perlu diketepikan.
“Hal-hal yang berkaitan dengan persengketaan atau pertembungan pendapat pada hari itu harus diketepikan sebab Hari Kemerdekaan itu penting bagi setiap warga bukan hanya bagi mereka yang berada dalam kerajaan ataupun yang berada dalam perkhidmatan tetapi ia adalah untuk semua,” katanya lagi.
Rais berkata jika perayaan itu jatuh pada hari yang sama maka kesucian dari kedua-duanya mesti diterjemahkan menerusi kerelaan untuk memberi panduan hidup yang baik lebih-lebih lagi buat mereka yang bergelar pemimpin.
Beliau berkata menghargai Aidilfitri dan kemerdekaan bukan hanya dari segi sebutan sebaliknya mesti dibuktikan melalui perbuatan, pengajaran kisah lama serta menerusi kibaran Jalur Gemilang.

Matkilau Penang kata:Tahun nie kita tengok apa Reaksi Al-Juburi apabila  dibuat DiPematang pauh.ayuh warga Permatang pauh kita ramai-ramai berkunjung kerumah terbuka tersebut.

Guan Eng perlu kemukakan bukti,



Ketua Menteri, Lim Guan Eng diminta tampil mengemukakan bukti mengenai kejadian membakar pejabat DAP negeri minggu lalu bagi membolehkan kes itu diselesaikan segera.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, polis memandang serius kejadian itu kerana ia mengundang keresahan dan kebimbangan dalam kalangan orang ramai.

Katanya, buat masa ini belum ada mana-mana pihak tampil memberikan maklumat kecuali keterangan daripada jiran premis berkenaan.

“Jangan buat spekulasi. Kalau dia ada bukti bagi keterangan dan kita akan ambil tindakan terhadap pihak yang melakukan kesalahan.

“Kita tidak peduli sama ada yang terlibat dari Umno, DAP atau Pas kerana yang perlu ada pada kita adalah bukti dan keterangan,” katanya kepada media ketika ditemui di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Pulau Pinang di sini semalam.

Ayub berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai dakwaan Guan Eng bahawa Umno menjadi punca kepada kejadian membakar pejabat DAP negeri ini di Jalan Talipon pada 18 Ogos lalu.

Guan Eng sebelum ini berkata, pihaknya percaya kejadian yang berlaku terhadap ibu pejabat DAP itu ada kaitan dengan isu keputusan Majlis Fatwa yang melarang masjid dan surau di negeri ini menggunakan pembesar suara sebelum waktu subuh.

Menurutnya, isu itu sengaja dimainkan Umno untuk membangkitkan kemarahan sehingga membawa kepada kejadian membakar pejabat DAP negeri. 




Thursday, August 25

UPdate Video:MKP tidak pernah dibayar oleh JASA.


setahu MKP kami tidak dibayar gaji dari pihak UMNO atau JASA dan lain-lain agensi kerajaan.tak tau pulak depa blogger lain dapat dan tidak diberitahu dan senyap-senyap songlap duit yang patut diberikkan,selama MKP berblogging semuanya diatas tangungan sendiri dan tidak pernah dibayar oleh JASA.Kalau dapat alhamdulilah boleh jugaklah bayar bill yang melambak nie yang terpaksa ditanggung sendiri.




Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hatta Wahari berkata Datuk Seri Dr. Rais Yatim harus memantau blogger pro- Umno dibawah seliaan kementeriaannya terlebih dahulu sebelum menunding jari kepada blogger lain, termasuk pro- Pakatan Rakyat.

Hatta berkata blogger pro- Pakatan Rakyat terbukti mengetengahkan sesuatu isu berlandaskan fakta dan berbentuk persoalan dan bukannya tuduhan liar semata- mata, seperti mana yang sering dilakukan blogger pro-Umno.

Blogger pro-Umno berada di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), sebuah agensi di bawah kementerian yang diterajui Dr Rais.

“Masalah yang membuat berita-berita bohong ini ialah blogger-blogger Umno saja. Jadi saya menasihat Rais Yatimlah sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap JASA kerana blogger- blogger Umno ini di bawah JASA, Jabatan Khas Kementerian Penerangan.

Jadi sebelum dia menasihatkan blogger- bloger lain, beliau patut bersihkan rumah sendiri dulu.

"Sebab saya percaya blogger– blogger Umno ini lagi kurang ajar dan lagi banyak membuat tohmahan- tohmahan palsu kepada pemimpin- pemimpin pembangkang.

Jadi kalau beliau meminta blogger lain minta maaf maksudnya blogger- blogger Umno itu perlu minta maaf juga. Atau pembohongan, penipuan yang telah dilempar kepada ramai pemimpin- pemimpin pembangkang,“ katanya.



sumber:http://mediapermatangpauh.blogspot.com/

Menegakkan kebenaran di sebalik fitnah dan pembohongan



Itu yang dicari sampai ke lubang cacing wartawan Karam Singh Walia berhubung perancangan cukup rapi ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh memutarbelitkan fakta mengenai kilang kimia Lynas di Gebeng, Kuantan.
Segala-galanya terbongkar melalui pendedahan 2 saintis nuklear negara yang juga orang kuat PAS.
Ikuti laporan ini.
Inilah respon yang diidamkan ahli Parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh yang bermain dengan emosi penduduk Kuantan berhubung pembinaan kilang kimia Lynas.
Mungkin itu budaya dan strategi politik yang disemai parti terbabit demi meraih sokongan penduduk setempat.
Lebih-lebih lagi apabila fakta dan maklumat sah diputarbelitkan Fuziah untuk menakutkan warga Kuantan atas faktor kejahilan mereka memahami isu sinaran radiasi yang sebenarnya adalah jenis semulajadi dan langsung tidak merbahaya.
Atas kesedaran itu, 2 santis nuklear dan salah seorangnya yang juga ahli Parlimen PAS Hulu Langat, tampil ke TV3 untuk menceritakan hal sebenar.
Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli, Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan: “Pada saya adanya risiko bukan alasan untuk mengharamkan sesuatu perkara. Risiko mesti berpadanan dengan manfaat. Ini persoalan seterusnya. Jadi risiko yang ada pada aras yg terlibat dengan dos sinaran pada aktiviti seperti Lynas, terlalu rendah atas apapun untuk mengharamkannya.
Yang tidak masuk akal, kilang kimia Lynas dituduh Fuziah loji nuklear.
Sama seperti loji nuklear di Fukushima, Jepun yang dilanda kebocoran radiasi akibat tsunami awal Mac lalu.
Dr Che Rosli Che Mat, Saintis Nuklear/Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Selangor: “Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya.”
Bukan setakat itu, pakar antarabangsa serta agensi kerajaan yang memantau serta mengawal pembinaan serta operasi kilang Lynas dikecam Fuziah sebagai tidak mempunyai kredibiliti.
Dr Che Rosli Che Mat: “Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin.”
“Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah.”
Tambah beliau, penduduk Kuantan tidak perlu takut dengan kewujudan kilang kimia Lynas.
“Jadi benda-benda macam tu tuduhan yang tidak saintifik, tidak akademik langsung. Tuduhan-tuduhan yang macam tu lah, maknanya pada masyarakat, pada rakyat tidak perlu takut. Mereka boleh sendiri nanti melihat sendiri masuk ke Lynas melihat apa saja, apa yg dibina, apakah masa depannya, apakah kemudahan-kemudahan yang ada untuk menjaga keselamatan pekerja dan juga orang awam.”
Prof Dr Ahmad Termizi Ramli, Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan: “Isu ini tiada kaitan dengan bahaya sinaran. Aras bahaya sinarannya terlalu rendah setara dengan alam sekitar, setara dengan yang sediada di alam sekitar. Kalau mematuhi peraturan-peraturan yang sediada di negara ini pun. Yang juga memenuhi standard piawaian antarabangsa.”
Ditanya jika tidak bahaya, mengapa penduduk ditipu dan disajikan maklumat palsu.
“Isu ni isu yg dimanipulasikan untuk kepentingan tertentu. Jadi dalam banyak keadaan data-data yang dikemukan tu tak dapat dipertahankan sebenarnya secara saintifik. Jadi cuma dispinkan. Digembar-gemburkan. Data-data yang pada saya kadang-kadang palsu dan tidak ada kena mengena.”
Beliau turut melahirkan rasa kesalnya jika kerajaan menunduk kepada desakan pihak tertentu untuk menghentikan operasi kilang kimia Lynas.
“Jadi saya rasa sedihlah kalau kita, negara ini membuat sesuatu keputusan yang sangat besar, genting kepada kepentingan negara berdasarkan kepada emosi, berdasarkan kepada propaganda dan tidak berdasarkan kepada ilmu, berdasarkan kepada kepakaran yang sediada dalam negara ini sebenarnya.”
Dr. Che Rosli turut mengakui kepada saya kilang kimia Lynas adalah selamat.
“Setelah saya melihat dari segi infrastrukturnya, dari segi bahan yg dibawa, saya sendiri pantau, monitor, Lynas selamat. Dengan kaedah-kaedah yang akan digunakan dan dengan bantuan daripada agensi nuklear kita akan pantau, AELB akan pantau dan sebagainya dan juga environment.”
Prof. Ahmad Termizi pula menyangkal pembohongan Fuziah bahawa kilang Lynas terbabit tidak dapat beroperasi di Australia kerana tidak dilesenkan kerajaan negara itu.
“Lynas juga dapat lesen untuk melakukan proses ini di Australia tapi kos tinggi. Jadi pertimbangan di sini ialah kos ekonomik, pertimbangan keberkesanan kos, cost effectiveness. Jadi mereka memilih di Malaysia kerana Malaysia mempunyai infrastruktur yang baik dan kos pengeluaran per unit yang boleh bersaing di pasaran dunia. Jadi kita dipilih dalam konteks itu. Pada pandangan saya, satu peluang win-win situation. Sama-sama untung.”
Pendek kata kedua-dua pakar sains nuklear ini bersetuju kilang kimia Lynas adalah selamat untuk beroperasi, selain bakal membawa pertumbuhan sektor ekonomi di Pahang ibarat daripada segenggam jadi segantang.
Karam Singh Walia, TV3.

Menteri H20 diugut?Apa motifnya.



Berita ini cukup menggemparkan,

Menteri Dalam Negeri DS Hishammuddin Hussein terima 2 butir peluru hidup dalam sampul surat yang dihantar melalui pos ke pejabatnya di Putrajaya pukul 2 petang tadi.

H2O seorang menteri yang baik, berhemah budi pekerti, tidak pernah marah atau meninggikan suara pun menjadi sasaran pendengki khianat.

Adakah kerana H2O mendedahkan bahawa kegiatan menjual orang boleh untung RM 5 billion menyebabkan beliau dihadiahkan peluru?

Atau kerana usahanya berjaya menggagalkan perhimpunan bershit 2.0? Atau isu KDN nak saman Mak Lampir.
Harap pihak KDN melalui PDRM dapat menangkap siapa dalangnya? 


KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menerima dua butir peluru hidup dalam sebuah sampul surat yang dihantar melalui pos ke pejabatnya di Putrajaya pada 2 petang tadi. 

Beliau berkata, selain peluru, sampul surat itu juga mengandungi sebuah buku yang diselitkan nota ugutan.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ikhlasiyah di Pantai Dalam dekat sini, beliau bagaimanapun enggan memberitahu kandungan nota ugutan tersebut.
"Saya mengesahkan bahawa hari ini saya menerima dua butir peluru hidup yang dihantar melalui pos ke pejabat saya dan saya juga menerima ugutan. Ini adalah kali pertama saya menerima surat ugutan serta peluru. 

"Surat itu diterima oleh seorang pegawai saya dan beliau sudah pun membuat laporan polis," katanya. 

Hishammuddin berkata, perkara itu tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya. 

"Saya melihat ini sebagai satu perkara yang serius. Bagaimanapun ini tidak akan menjejaskan dan melunturkan semangat saya untuk terus menjalankan tugas dan terus bekerja seperti biasa yang diamanahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, melalui jawatan yang saya pikul," katanya. - BERNAMA

Dialog anak muda memerangi gejala sosial


Seramai 40 orang sukarelawan SHEB, MBKPj, Yayasan Salam, CCSC dan AADK turun ke padang dan mengedarkan makanan kepada lebih 300 orang golongan gelandangan, penagih, bekas penagih dan anak-anak mereka di Lorong Haji Taib 3. SHEB diketuai oleh Pengerusinya dan juga merupakan Exco Pengerakan Pemuda UMNO Malaysia sdr Tengku Azman Tengku Zainal Abidin, MBKPj diketuai Pengerusinya,Tun Faisal dan CCSC diketuai Pengurusnya En Raja Azizan Suhaimi. Turut serta dalam program ini adalah Pengarah AADK WP, En Abdul Rahman Hamid, pegawai Ibu Pejabat AADK, Sdr Amir dan Sdr Firdaus, dan Pengacara TV terkenal Datuk AC Mizal.

Wednesday, August 24

Fitnah KDN: Tiga bentuk tindakan menanti ketua wanita PKR


Jangan ingat boleh 'buat-buat lupa' selepas memburukkan nama baik agensi kerajaan. Itu peringantan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang kini sedang menimbang bentuk tindakan terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin (gambar) kerana melemparkan tuduhan berat ke atas kerajaan berhubung Program 6P.
Ketua Setiausaha KDN Tan Sri Mahmood Adam berkata sehingga kini masih tiada laporan polis dibuat bagi mengemukakan bukti berkaitan dakwaan beliau wujud "skrip bersumpah" yang perlu dibaca pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika berdaftar pada Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).
Beliau berkata tindakan yang dipertimbangkan itu adalah sama ada membuat laporan polis terhadap Zuraida, melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) atau mengemukakan saman terhadap beliau.
"KDN mungkin memilih satu antaranya tetapi tidak menolak untuk melakukan ketiga-tiganya sekaligus, dengan mengambil kira tuduhan berat yang dilemparkan Ketua Wanita tersebut bahawa inisiatif kerajaan menerusi Program 6P ini sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan negara," katanya dalam kenyataan, di sini.
Minggu lepas, Zuraida mendakwa bahawa hasil siasatan PKR mendapati Program 6P mensyaratkan PATI supaya membaca 'skrip bersumpah' menyatakan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional sebagai sebahagian proses pemutihan.
Zuraida mendakwa kononnya Program 6P adalah muslihat kerajaan untuk mengumpul pengundi bagi pilihan raya umum akan datang.
Mahmood berkata Program 6P adalah inisiatif nasional yang tidak bermotifkan politik, sebaliknya ia bertujuan mendapatkan data biometrik setiap PATI untuk rasional keselamatan, khususnya dalam menangani masalah membabitkan kes pemalsuan identiti dan dokumen perjalanan antarabangsa.-

[Video] : DAP Dalang Gerakan Murtad di Malaysia


DAP adalah dalang yang sebenar,apakah reaksi anda terhadap video yang ini.terserlah kepada pembaca membuat penilaian.tak perlu MKP menceritakan semuanya tengok lah sendiri.

DAP kutip derma dari rakyat untuk Dana Pilihanraya..



“Kami minta derma kerana tak mahu curi wang kerajaan..” Itulah kata-kata Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng ketika menjelaskan mengapa DAP mengenakan bayaran bagi Majlis Makan Malam yang dianjurkan oleh DAP Selangor.
Majlis Makan Malam yang dihadiri oleh Guan Eng dan Mat Sabu tersebut telah menetapkan bayaran sebanyak RM 60 sekepala ataupun RM 600 bagi satu meja itu dilangsungkan di Dewan Sivik MBPJ pada 22 Ogos 2011. Selain itu, bagi meja berdekatan dengan Guan Eng dan Mat Sabu yang dikhaskan untuk VIP, dikenakan harga sebanyak RM 1500 setiap meja.
Persoalannya sekarang, apakah masih tak cukup lagi DAP mengaut keuntungan hasil “rompakan” mereka di P.Pinang dan Selangor sampaikan kini mereka mahu merompak pula poket rakyat?
Selama ini, Guan Eng dan Mat Sabu mendabik dada dan mewar-warkan kononnya Pulau Pinang dan Selangor menjadi kaya dan untung hasil dari pemerintahan Pakatan. Jadi takkanlah mereka masih lagi mahu memeras ugut rakyat diatas nama dana pilihanraya?
Tambah pula, kenyataan Guan Eng amatlah bodoh apabila dia berkata Pakatan minta derma kerana tak mahu curi duit kerajaan. Ini bermakna Guan Eng lebih sanggup curi duit rakyat semata-mata untuk kepentingan parti mereka sendiri.
Sepatutnya, Guan Eng dan Mat Sabu tak membebankan rakyat dengan perbelanjaan pilihanraya mereka. Apa yang rakyat di Pulau Pinang dan Selangor dapat apabila Pakatan memerintah kedua-dua negeri tersebut? Apa jasa Guan Eng dan Mat Sabu kepada rakyat Selangor dan P.Pinang?
Berbeza dengan Barisan Nasional yang membantu serta meringankan tanggungan rakyat, Guan Eng dan Mat Sabu pula kerjanya asyik membebankan rakyat didalam negara khususnya negeri-negeri yang mereka jajah. Inikah contoh kerajaan yang dikatakan berkebajikan?
Dimanakah konsep negara berkebajikan yang Pakatan nak laksanakan kalau untuk bertanding dalam pilihanraya pun sanggup mereka mengutip duit dari rakyat bawahan? Sebelum ini mereka selalu dakwa kerajaan DS Najib menyusahkan rakyat yang hidup dibawah pentadbiran BN.
Tapi sekarang ini Guan Eng dan Mat Sabu sendiri membuktikan bahawa mereka yang sebenarnya teruk apabila meminta-minta duit rakyat demi kepentingan politik mereka. Itu masih belum lagi dapat memerintah negara, cuba kita bayangkan pula perangai mereka-mereka ini jika mereka berkuasa..
Kalau sebelum memerintah pun sudah menyusahkan rakyat dan merompak poket rakyat, kalau ada kuasa nanti mungkin semua cukai dinaikkan dan harga barang naik berlipat kali ganda semata-mata hanya untuk menampung kos kepentingan politik parti-parti didalam Pakatan.
Terbukti bahawa negara berkebajikan yang selalu dicanang oleh Pakatan hanyalah dongeng ciptaan pemimpin-pemimpin mereka sahaja. Bagaimana mahu menjaga kebajikan rakyat jika rakyat yang terpaksa mengeluarkan modal untuk kesenangan pemimpin Pakatan?
Jika pengemis yang meminta derma untuk makan, kita boleh faham kerana situasi yang dihadapinya. Tapi kalau Ketua Menteri dan Timbalan Presiden parti yang meminta-minta duit rakyat, itu dah melampau kerana rakyatlah yang sepatutnya minta kepada mereka.., bukan sebaliknya.
Semua ini jelas menunjukkan sikap sebenar Pakatan yang hanya mahu menipu “harta” rakyat. Guan Eng dan Mat Sabu memang jenis muka yang tak tahu malu apabila sanggup bebankan masalah politik mereka dibahu rakyat!

Khali Dah Gagap,Buat Memandai Pulak Dah



Dah raplah jingga kata orang diutara apabila mendapat tahu bila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Selasa bertitah bahawa kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa baginda menitahkan atau mencadangkan supaya kerajaan negeri menubuhkan Majlis Penasihat Syura adalah sama sekali tidak benar.Kantoilah lagi dibuatnya?


Perkara itu itu dinyatakan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Abdul Khalid dalam kenyataan akhbar Isnin berkata idea penubuhan Majlis Penasihat Syura dicadangkan oleh Sultan Selangor semasa perbincangan beliau dengan baginda pada minggu lepas.

Katanya Majlis Penasihat Syura itu akan ditubuhkan bagi menyelesaikan pertikaian berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lepas kerana disyaki terdapat orang Islam menyertai upacara makan malam yang dianjurkan oleh gereja itu.
Ini menurut Abdul Khalid bagi mendapat penjelasan daripada pihak gereja mengenai isu pemeriksaan JAIS ke atas gereja itu dan beliau bercadang untuk membawa bersama Mufti Negeri Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, katanya.
Bagaimanapun, tidak sampai 24 jam tersebar kenyataan Khalid yang boleh dianggap 'pandai-pandai' itu, beliau kantoi.
Mohamad Munir berkata apa yang berlaku dalam pertemuan itu ialah Abdul Khalid telah menyembah maklum kepada Sultan Selangor hasrat beliau untuk memanggil dan berjumpa dengan pihak pengurusan Gereja Methodist Damansara Utama.
“Memang tuanku langsung tidak titahkan Menteri Besar menubuhkan Majlis Syura itu sebab tuanku terkejut dan murka dengan apa yang berlaku.
“Tuanku tidak sebut apa-apa tentang Majlis Syura, saya sendiri tidak tahu macam mana Menteri Besar katakan tuanku titahkan, sekarang tuanku murka dan terkejut, dan suruh Menteri Besar perbetulkan semula kenyataan itu,” kata Munir.
Menurutnya, Sultan Selangor tidak menghalang hasrat Datuk Menteri Besar Selangor memanggil pihak gereja bersama-sama dengan Mufti Selangor tetapi Baginda menasihatkan Menteri Besar menjemput sekali Timbalan Mufti Selangor (Datuk Abdul Majid Omar) untuk memberi nasihat bagi perkara-perkara yang berkaitan hukum hakam syariah dan tidak menyentuh sama sekali isu pemeriksaan gereja oleh JAIS.
Oleh yang demikian, Mohamad Munir berkata isu Baginda menitahkan atau menasihatkan Kerajaan Negeri Selangor menubuhkan Majlis Penasihat Syura adalah tidak benar.
"Pendirian D.Y.M.M. Sultan Selangor berkaitan dengan Majlis Penasihat Syura ataupun berbentuk dialog berkaitan agama, tidak pernah diperkenankan kerana Negeri Selangor telah mempunyai Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor dan Jabatan Mufti Negeri Selangor".
JAIS pada 3 Ogos lalu dilaporkan melakukan pemeriksaan di majlis makan malam di DUMC. Tindakan kontroversi itu mengundang kritikan banyak pihak pihak apabila JAIS didakwa tidak mempunyai waran.

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive