Pada Khamis lalu Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain terus terang mengatakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melakukan satu pembohongan. Ini berikutan tuduhan Nizar sehari sebelum itu yang disiarkan akhbar, mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta pegawai tertinggi tentera melakukan sesuatu sekiranya Barisan Nasional (BN) kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Menurut Nizar arahan itu dibuat dalam satu pertemuan antara Najib dengan pegawai tertinggi tentera. Berikutan penafian Zulkifeli itu, Nizar berkata: “Itu perkhabaran yang kita terima, Wallahualam, kita pun tak tahu.” Kelmarin pula Nizar berkata, kenyataan dibuat pada satu ceramahnya bukan dakwaan, sebaliknya perkhabaran yang perlu disahkan sama ada benar atau sebaliknya. Kononnya perkhabaran itu disampaikan beberapa pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepadanya.
Inikah cara kerja ahli politik yang kononnya mahu menegakkan kebenaran, cakap sesuka hati walaupun belum pasti kesahihannya. Apabila dinafikan, barulah mereka kelam-kabut mencari bukti. Malangnya, sebaik saja mendapat apa saja maklumat, tanpa tapisan dan usul periksa terus dijadikan modal untuk berucap di depan khalayak. Inikah pemimpin parti yang memperjuangkan wadah Islam?
Sebelum berucap berapi-api, tidak bolehkah berfikir sejenak bahawa orang yang didakwa bercakap kepada pegawai-pegawai tinggi tentera itu ialah seorang Perdana Menteri. Umum mengenali Najib bahawa beliau adalah pemimpin yang paling berhati-hati dalam setiap percakapan dan tindakannya. Jika diminta berbisik untuk memberi gambaran bila pilihan raya akan diadakan pun mulut Najib terkunci rapat, inikan pula di depan ramai pegawai-pegawai tertinggi tentera.
Mustahil ungkapan seperti itu boleh terkeluar dari mulut beliau yang pastinya tahu kenyataan seperti itu boleh memakan diri sendiri. Sekurang-kurangnya Nizar sepatutnya percaya ramai pihak menggunakan nama orang berpengaruh, apa tah lagi nama Perdana Menteri untuk menguatkan hujah mereka. Sekali pun mengandaikan Nizar mendengar perkhabaran itu daripada pegawai tertinggi tentera, tetapi selagi tidak ada bukti atau pengesahan, ia tetap bersifat spekulasi. Apakah Nizar menerima spekulasi sebagai bahan yang boleh diheboh-hebohkan.
Ia mungkin berita palsu yang dibuat-buat pihak tertentu untuk memburukkan imej Perdana Menteri. Ia mungkin perkara yang dicakap dalam konteks yang berbeza disebabkan pemahaman manusia yang tidak sama. Ia juga mungkin direka-reka menjelang pilihan raya. Jika Nizar jujur dan bertanggungjawab, beliau perlu periksa dulu maklumat yang didengarnya. Nizar tentu sedar bukan mudah bagi seseorang yang berkedudukan tinggi bercakap sebarangan di depan orang ramai, apatah lagi jika ia perkara rahsia kerana ia boleh menjadi senjata makan tuan.
Nizar yang pernah menjadi Menteri Besar, sepatutnya tahu batasan setiap orang yang ada kuasa untuk berkata-kata. Mereka tahu apa juga yang keluar dari mulut mereka adalah berita, apatah lagi jika majlis itu turut dihadiri pemberita.
Di media, jika semua berita sensitif disiarkan tanpa mendapatkan pengesahan, ia boleh menimbulkan kacau-bilau berterusan. Sebebas mana sekali pun dasar sesebuah negara, apa juga maklumat yang diterima perlu dipastikan kebenarannya. Jika yang dituduh itu pemimpin pembangkang, tentu media yang menyiarkan berita itu menerima surat saman daripada peguam atas alasan melakukan fitnah, hasutan dan sebagainya.
Media sering terperangkap kerana menyiarkan kenyataan politik yang dimanipulasikan orang yang ada status ‘sumber’ berita. Lebih tinggi kedudukan seseorang itu, lebih tinggi nilai berita yang ada padanya. Apa pun, dakwaan Nizar adalah serius kerana ia memberi gambaran buruk terhadap Perdana Menteri dan implikasi besar kepada anggota tentera dan negara.
- Posted using BlogPress from my iPad
3 comments:
mana nizar mahu periksa ayat tu bang, dia bukan guru bm. aku rasa ayat yang dia dengar adalah spekulasi semata, mungkin dia dengar cerita begini, saya RASA Najib AKAN berjumpa dengan semua Panglima Angkatan Tentera Diraja Malaysia dan AKAN mengarahkan mereka mengambil tindakan demi mengekalkan kuasa bn. perkataan berhuruf besar dalam ayat itu pun dibuang olih Nizar pembohong agung, maka jadilah ianya berbunyi "Najib ... berjumpa dengan semua Panglima Angkatan Tentera Diraja Malaysia dan mengarahkan mereka mengambil tindakan demi mengekalkan kuasa bn." benda macam ni sering berlaku kerana pendengar hanya mahu mendengar bahagian yang digemarinya dan mengenepikan bahagian yang lain, apatah lagi gossip ini menarik apabila diceritakan dalam ceramah pembankang kerana ianya bolih menjadi modal menghentam pemerentah. itu yang buat nizar pembohong agung terus bercerita dengan semangatnya. lain yang dia dengar lain yang dia ceritakan kerana tak sabar nak berbohong.
ULASAN YANG TERBAIK TERIMA KASIH,NIZAR NIE DAH TERSEDAK KERANA KURANG PUBLISITI SEKARANG NIE.
Solat mencegah kemungkaran.....berdasarkan dahi NIZAR dah hitam, ini menunjukkan NIZAR seorang ahli solat, tapi apakah solat NIZAR ni hanya SYIAR ISLAM padanya dan bukannya syariat Islam. Tulah sebabnya dia NIZAR tanpa usul periksa sesautu perkabaran yang diterimanya sah ataupun palsu terus dihebahkannya dan dijadikan modal politik, malangnya yang berada di hadapnya terdiri daripa yang berketayap puteh, berserban, berjbah dan berjanggut dan bertakbair 'ALLAH HUAKHBAR", boleh mempercayai perkhabaran tersebut...apakah perkhabaran tersebut setaraf dengan cerita Nabi Muhammad melakukan Isro' dan mikraj yang perlu diterima dan dipercaya dengan sesungguhnya.....masyaAllah...
Post a Comment