Saturday, October 20

KENAPA Jaclyn Victor Di PerSalahkan?


Jaclyn atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 33, berkata, dia menyanyikan lagu itu dalam Bahasa Malaysia bukan bertujuan untuk menyebarkan agama berkenaan tetapi dikhususkan kepada penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.


Dalam kes nie ada pulak Timbalan Menteri Pelajaran yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta kementerian berkaitan menyiasat lagu Harapan Bangsa yang mungkin telah menyentuh sensitiviti penganut agama lain di negara ini.Bagi MKP penasihat kepada Menteri nie patut selongkar balik Pelembagaan Negara sebelum  membuat kenyataan.....
Kebebasan agama diabadikan dalam Perlembagaan Malaysia. Pertama, Fasal 11 menetapkan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan dan menjalankan agama nya dan (tunduk pada undang-undang yang berlaku menyekat penyebaran agama-agama lain untuk umat Islam) untuk menyebarkannya. Kedua, Perlembagaan juga menetapkan bahawa Islam adalah agama negara, tetapi agama-agama lain boleh dipraktikkan dalam damai dan harmoni (Perkara 3).
Menegur bukan bermakna nak melawan tapi berdasarkan fakta dan demi keharmonian serta kebebasan Beragama di Malaysia...Banyak lagi yang perlu diberi perhatian selain mencari publisiti murahan seperti ini.

Banyak lagi penambah-baikan tentang Kementerian Pelajaran perlu diberikan perhatian....

MKP Ayat Sempoi : Tegur bukan bermakna membenci,Fakta didalam Perlembagaan Negara tidak menipu.....

1 comment:

Anonymous said...

"Fasal 11 menetapkan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan dan menjalankan agama nya dan (tunduk pada undang-undang yang berlaku menyekat penyebaran agama-agama lain untuk umat Islam) untuk menyebarkannya".

pendapat saya tindakan Kem Pelajaran ada betul. walaupun kebebasan agama dibenarkan tapi tertaklum kepada sekatan penyebaran kepada umat Islam.

soalnya kenapa si jaclyn menyanyi dalam bahasa Melayu dan tidak dalam bahasa Inggeris. kalau didendangkan dalam bahasa Inggeris mungkin orang Melayu tak faham. yang demikian, dia mungkin punyai niat terselindung.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive