Friday, January 6

Berapi : Selangor Musnah Tanpa #Anwar901





Dari apa yang telah diperkatakan oleh pakatan pembangkang tentang kedudukan keyakinan rakyat Selangor terhadap PKR jika Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah pada hari penentu kiamat yang dicanang oleh PKR. Hanya satu daripada setiap empat penduduk di negeri Selangor yang mempunyai keyakinan terhadap PKR tanpa ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Universiti Malaya (UM).


Daripada 795 responden yang disoal membabitkan semua kaum dan peringkat umur, hanya 25 peratus percaya bahawa PKR mampu meneruskan kesinambungan dan terus mantap tanpa Anwar sebagai ketuanya.33 peratus responden berpandangan sebaliknya manakala 42 peratus lagi tidak pasti.

Kajian berkenaan dijalankan di Selangor dari 3 hingga 11 Disember lalu dan meliputi kawasan parlimen Puchong, Sepang, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Selayang, Gombak, Ampang, Hulu Langat, Pandan, Subang dan Shah Alam.Enam puluh peratus daripada responden terdiri daripada bangsa Melayu manakala Cina dan India pula masing-masing mewakili 25 dan 12 peratus responden.




1 comment:

Anonymous said...

salam bro,

tak jumpa emel saudara, mohon emel ke saya ya dinturtle@hotmail.com

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive