Monday, January 2

Cikaro Adam Adli Biar Betul???



Terkejut bila penulis didatangi email mendakwa bahawa gadis ini teman wanita kepada x gangster UPSI Adam Adli. Email yang tertera nama Mr zooul yang dihantar melalui pelayar email yahoo group telah mula tersebar.

Sejauh mana kebenaran dakwaan pengirim email tersebut penulis masih samar-samar sebab setahu penulis Adam Adli ini sibuk dengan aksi rempuh merempuh pintu pagar UPSI dan klinik UPSI –mana sempat untuk bercinta.

Kalau pembaca budiman boleh sahkan…sila tulis diruang komen penulis…

MKP SUMBER DISINI.

Datuk Saifuddin Abdullah menggesa pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan insiden di pintu masuk utama Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) semalam, yang bertukar menjadi ganas supaya tampil dengan bukti menggunakan saluran-saluran sesuai.
"Pihak-pihak yang tidak puas hati dalam insiden ini wajar tampil dengan bukti masing-masing. Saluran menyuarakannya ada, contohnya melalui Suhakam," kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, dalam kenyataannya pensyarah Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, kerajaan perlu mengadakan satu suruhanjaya bagi menyiasat kontroversi terbaru membabitkan perhimpunan di pekarangan Upsi itu.
Selain itu, Asri yang juga bekas Mufti Perlis menyarankan agar Saifuddin, yang sebelum ini menjadi fokus isu-isu generasi muda dan penuntut universiti, mengadakan satu pertemuan antara polis dan mahasisawa yang terbabit dalam perhimpunan di Upsi, bagi mencari jalan penyelesaian.
Asri berkata, beliau telah memberi pendapat itu kepada Saifuddin semalam, beberapa jam selepas insiden di pintu masuk utama Upsi pada awal pagi tahun baru 2012.
"Saya juga telah beri pendapat tadi (semalam) kepada Datuk Saifuddin agar berjumpa dengan ketua operasi polis dan pihak pelajar secara tertutup.
"Siasat. Bawa peguam yang baik untuk bersoal jawab. Mungkin hakikat sebenar dapat ditemui," kata beliau yang kini merupakan Felo Pusat Pengajian Islam Oxford.
Mengulas lanjut mengenai insiden di pekarangan Upsi awal pagi semalam, Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, beliau telah meneliti kenyataan-kenyataan dibangkitkan oleh banyak pihak menggunakan pelbagai medium sejak awal semalam.
"Saya dapati terdapat kenyataan atau istilah tertentu yang digunakn tak tepat atau sesuai," katanya.
Sehubungan itu Saifuddin menambah, beliau juga telah menyeru semua pihak agar lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan atau istilah bagi mengelakkan elemen-elemen fitnah.
"Kerana saya bimbang berlaku fitnah daripada insiden ini," katanya.
Dalam kenyataannya, Saifuddin juga berkata, mahasiswa ada hak untuk bersuara tetapi perlu dengan cara yang sesuai.
"Polis ada tanggungjawab menjaga keamanan dengan cara tertentu. Saya yakin tiada permusuhan antara kedua-duanya," katanya lagi.

4 comments:

Unknown said...

hari tu tuduh Adam Adli seorang gay..setahu aku gay ni mana suka kt perempuan..x habis2 buat fitnah dan x pasal2 Adam Adli free2 dpt pahala..

Medan Tempur Kedah said...

mohon linkkan blog saya ke blog tuan
http://medantempurkedah.blogspot.com/

matkilaupenang said...

pemuda melayu kedah telah saya pautkan blog tuan.

jiman jantan said...

apa masalah yg penulis terlalu sibuk nk tahu cikaro adli biaq pi lah kt dia itu masalah pribadi dia penulis tk perlu sibuk....jgn2 tk pasai2 perempuan tu saman penulis lak buat kerana kenyatan palsu....

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive