Saturday, January 7

Majoriti Rakyat Meluat dengan berbagai kerenah Anwar Ibrahim...


Berikut adalah kiriman Email kepada sebuah portal politik tanah air.Ternyata rakyat telah meluat dan kesal dengan apa yang akan berlaku dan kerenah atau tabiat yang ditunjukkan oleh Ketua Pembangkang.
SAYA sudah terlalu bosan dengan hal-hal serta kerenah yang ditimbulkan berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saya rakyat biasa yang bukan ahli politik, bukan NGO dan bukan siapa-siapa. Yang nyata dan pasti saya amat cintakan kedamaian dan ketenangan di dalam mencari rezeki dan hidup di kota serba maju dan membangun ini. Saya mahu kerajaan bertindak dengan lebih tegas ke atas pelampau-pelampau yang begitu taksub dengan Anwar Ibrahim ini.
Tindakan mereka itu semua akan menyusahkan banyak pihak, termasuk yang tiada kaitan secara langsung. Sungguh memalu dan merugikan. Bangsa lain sibuk bertungkus-lumus mencari kekayaan, membina empayar perniagaan lebih besar serta mahu terus menguasai ekonomi.
Tetapi bangsa Melayu majoritinya terlalu sibuk berpolitik. Yang tidak tahu menahu dan faham hujung pangkal pun sibuk mahu menyertainya, khususnya pelajar-pelajar IPTA yang rata-ratanya masih mentah. Mereka sudah alpa akan tanggungjawab serta matlamat mereka sebagai pelajar dan harapan tinggi keluarga.
Tindakan mereka ini semua akan merugikan serta tidak membawa apa-apa keuntungan, baik kepada bangsa mahu pun negara. Bahkan, ia boleh meruntuhkan apa yang telah dibina dan usahakan dengan keringat dan darah oleh pemimpin-pemimpin agung terdahulu.
Dalam hal-hal sebegini, peranan pihak berkuasa iaitu polis dan tentera amat diperlukan demi untuk terus menjaga keamanan, ketenteraman awam dan menstabilkan keadaan sekiranya berlaku apa- apa perkara yang tidak diingini.
Pelampau-pelampau ini di antara niat lain mereka adalah mahu mensabotaj negara.
Secara tidak langsung mahu menggambarkan ke mata dunia bahawa kerajaan sekarang di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ini terlalu zalim, jahat, menyalahguna kuasa dan sebagainya.
Pada mereka, apa jua yang dibuat oleh kerajaan, semuanya tidak betul. Tidak ada satu pun yang baik di mata dan hati mereka. Pada mereka, hanya mereka sahaja yang betul dan sesetengahnya berasakan diri mereka maksum.
Semuanya telah dibuat dan dilakukan sebaik mungkin khususnya untuk rakyat semua. Sebagai hamba, yang terbaik hanya kepada Allah SWT sahaja. Kita berserah. Allah Maha mengetahui segala- galanya.
Saya terlalu sedih dan amat dukacita melihatkan bangsa saya yang sebegini rupa.
Tindakan mereka semua seumpama telah kehilangan kewarasan sebagai insan dan manusia bertamadun, sedangkan mereka sebagai khalifah di muka bumi dan semulia-mulia makhluk kejadian yang mempunyai akal, fikiran, hati serta perasaan.-INSAN KERDIL Kepada agenda daily.

1 comment:

jie said...

setuju sangat2 dengan penulis surat ini. sepatutnya kita bersyukur dengan kurniaan Allah iaitu kita mendiami negara yang terpelihara seperti malaysia ni. kita kena mempertahankan apa yang kita ada. kita boleh bergerak dengan bebas di malaysia ini untuk melakukan urusan kita tanpa perlu melalui keadaaan seperti di negara2 yang bergolak. kita boleh mengejar cita2 kita dengan bersaing secara sihat dengan orang lain. jangan lah kita terpedaya dengan perangkap dan provokasi yang dilakukan oleh pihak2 tertentu yang sentiasa tak berpuas hati dengan apa sahaja usaha dari kerajaan yang memerintah. kerajaan telah melakukan sedaya upaya untuk pembangunan negara dan juga kesejahteraan rakyat. kita sewajarnya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih pada kerajaan. jangan lah kita menjadi seperti nuar berahim yang tak sudah2 dari dulu, kini mungkin juga selamanya selagi dia tak padam asyik menyalahkan orang diatas segala musibat yang dia sendiri buat. dan asyik je berusaha mensabotaj segala usaha kerajaan demi cita2 giler dia nak jd PM. dia ingat layak sangat dia nak jd PM. nafsu sendiri tak boleh nak handle ada hati nak jd PM. pii rahh nuar

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive