Friday, January 6

Nik Aziz/Hadi Awang Lacurkan PAS Demi #BebaskanAnwar901.

MKP mendapat khabar malah sudah heboh diperkatakan bahawa Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta pada 9 Januari depan untuk memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menghadapi keputusan perbicaraan kes liwatnya.

Walaupun niat dan tujuan itu kelihatannya baik tapi MKP lihat Nik Aziz dan Hadi tidak perlu sebenarnya untuk hadir ke mahkamah pada hari tersebut demi melindungi intergriti PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Mungkin ada yang tertanya, apa kaitan intergriti PAS sebagai parti Islam dengan keputusan kes Anwar?

Alasan MKP, jika kita telusuri semula proses undang-undang kes ini sejak 3 tahun lepas, jelas sekali Ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh sedang mencabar kesahihan akta dimana Anwar dituduh, dengan cuba menimbulkan keraguan bahawa perlakuan homoseksual itu memang berlaku tapi atas dasar sama suka (Seksyen 377C), bukan secara paksa (Seksyen 377B) seperti dalam pertuduhan.

Untuk menyokong teori suka sama suka itu, Karpal telah membangkitkan persoalan kenapa Saiful tidak lari, masih lagi boleh makan karipap bersama dengan Anwar dan pelbagai perkara lagi yang berkaitan.

Karpal dan pasukan pembelaan pimpinannya juga tidak langsung mencabar kesahihan bukti DNA yang dijumpai dalam dubor Saiful. Yang dicabar ialah proses untuk mendapatkan bahan bukti tersebut dan sama ada bukti itu telah tercemar.

Ini juga bukti bahawa Karpal benar-benar serius mahu menunjukkan kepada mahkamah bahawa perlakuan homoseksual itu berlaku tapi secara suka sama suka.

Katakanlah, jika Hakim Mohd Zabidi Md Diah menerima hujahan Karpal bahawa perlakuan homoseksual memang berlaku, tapi atas dasar suka sama suka, Anwar memang akan bebas tapi perlu membayar dengan harga yang amat mahal - masih dipalit dengan perlakuan homoseksual cuma bukan secara paksa tapi lebih teruk lagi, suka sama suka.

Justeru, sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam (melalui konsep negara kebajikan), adakah pernyataan itu baik untuk perjuangan PAS? Jika ada yang terlupa, penghakiman itu akan direkodkan dalam Malaysia Law Journal (MLJ) yang jadi rujukan bakal pengamal undang-undang zaman berzaman.

Jelasnya apa pun takrifan dan kefahaman kita semua mengenai kes ini, tetap fakta yang jelas dan dijurnalkan ialah dalam kes Anwar wujud perlakuan homoseksual suka sama suka.

Inilah tempat dimana Nik Aziz dan Hadi Awang sebagai pemimpin Islam ,terperangkap dengan strategi pembelaan yang digunakan Karpal untuk memastikan Anwar bebas. kehadiran itu juga sebagai memberi sokongan kepada perlakuan liwat suka sama suka!!

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive