Pakatan Harami wajar menghentam Dato’ Dr. Hassan Ali secara keterlaluan kerana ia memberi kelebihan kepada BN.Sebagai pemimpin kanan dan EXCO kerajaan negeri, Hassan Ali pasti menyimpan banyak maklumat dalaman dan sulit, kerajan negeri. Kerajaan Selangor berhadapan dengan berbagai isu sejak mengambil alih kuasa pada 2008 dan kebanyakan isu yang timbul, pastinya akibat pendedahan orang dalam. Maka, dengan sikap yang diambil oleh kerajaan negeri terhadap Hassan Ali, tidak mustahil lebih banyak maklumat akan terdedah selepas ini.
Kerajaan PR Selangor kurang cerdik dan terlalu yakin merasakan parti berada dalam keadaan selesa dan kuat kerana rakyat melihatnya dalam perspektif berbeza terutama apabila segala penyelewengan yang melibatkan kerajaan negeri seperti isu tanah, air, pasir, PKNS dan kedudukan Melayu menjadi rahsia umum dan dibincangkan secara terbuka.
Peniaga Cina yang merungut kerana terpaksa membayar lebih kepada orang-orang politik Selangor semata-mata untuk urusan perniagaan. Kata mereka, keadaan sekarang adalah lebih buruk dari kerajaan BN terdahulu walaupun BN sering dituduh korup dan tidak cekap. Ahli-ahli politik Selangor dikatakan sering meminta wang untuk membantu rakyat.
Oleh yang demikian, bayangkanlah apa lagi kepincangan yang akan terlondeh atau dilondehkan jika kita berterusan mencabar dan menghentam Hassan Ali. Setiap manusia ada had dalam bersabar dan kesilapan Pakatan Harami kurang bijak menguruskan isu Hasan Ali boleh menjadi bencana besar kepada negeri.
Datuk Seri Najib dan jentera BN ketika ini sedang bertungkus lumus untuk mendapatkan kembali Selangor. BN telah mengatur berbagai program yang sedikit sebanyak memberi kesan terhadap sokongan rakyat kepada Pakatan Harami di Selangor.
Selain itu juga, terimalah hakikat bahawa PR masih belum mampu menangani atau menjawab dengan baik beberapa isu terutamanya isu murtad, pasir dan juga air di Selangor. Jawapan bela diri yang ‘standard’ iaitu menyalahkan kerajaan BN terdahulu ataupun kerajaan pusat menimbulkan kemusykilan rakyat kalaupun tidak rasa muak dan jelak mereka.
Jika benar ada yang tidak kena dalam beberapa isu yang berbangkit ini, maka bersedialah PR Selangor untuk ditembak oleh Hassan Ali.
No comments:
Post a Comment