Melangkah masuk ke tahun 2012,semua orang sudah sedia maklum ini adalah tahun penentuan.
Mahu tidak mahu mereka yang layak mengundi perlu membuat pilihan yang bakal mencorak arah tuju negara ini.
Nampak macam kerja mudah - pangkah saja.
Soalnya apakah Malaysia bakal 'kiamat' pada tahun ini?
Para pemimpin Barisan Nasional mengakui pilihanraya umum ke 13 adalah soal 'hidup mati' dalam konteks politiknya.
Disebelah pakatan pembangkang, mereka tidak pernah mengunakan istilah itu yang mengambarkan betapa sengitnya persaingan itu.
Namun hakikatnya,gambaran mereka amat terdesak memang tidak dapat diselindung seurat benang menerusi apa jua gelagat dan lakonan.
Bulan Januari...rasanya tidak mungkin,begitu juga Februari...apa kata bulan Mac atau April ?
Ketika dag dig dug mengenai tarikh pilihanraya berkumandang di udara, kehangatan suhu politik sudah amat terasa...apa lagi pada 9 Januari ini ada satu keputusan besar bakal dbuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Ia adalah satu keputusan perundangan yang akan membuat penentuan bersalah atau tidak keatas satu dakwaan perbuatan jijik melibatkan moral dan intregiti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pokok pangkalnya kalau bukan di mahkamah,siapa lagi yang lebih layak memutuskan.
Walaupun cuma seorang insan kecil yang menjadi pembancuh kopi kepada bekas bosnya,Saiful Bukhari Azlan, juga seorang warganegara yang mempunyai hak sama untuk untuk mendapat keadilan.
Riak pembangkang nak bawa keputusan kes itu ke jalanan memang melucukan.
Teori konspirasi terus menjadi alat untuk berselindung walaupun ramai yang sudah nampak kelibat orang 'macam pernah kenal' dalam aksi video seks 99.9 peratus tulen.
Kita faham mereka sudah tidak ada pilihan dan jalan lagi jika kantoi dalam kes mahkamah yang jadi perhatian ramai ini.
Jalan mudah ialah spin kes itu habis-habisan untuk dijadikan senjata terbesar mereka untuk PRU13.
Seronok memang seronok orang yang (jika betul) sendiri bikin untuk syok sendiri boleh perguna dan perbodohkan penyokongnya untuk mempertahankan satu sifat keji.
Menarik untuk dilihat apa yang bakal terjadi pada 9 Januari dan hari-hari seterusnya.
Juga bagaimana pihak berkuasa menangani drama ini.
Negara sudah melalui pelbagai kemelut semasa kes liwat pertama tahun 1998 dulu.
Malaysia terus utuh dan rakyat tetap hidup dalam suasana amai damai... sekalipun terpaksa melayan pelbagai gelagat ribut itu.
Disebalik semua ini kehangatan suhu politik sudah menjadi makanan harian rakyat sejak PRU12 Mac 2008.
Negara tidak pernah sunyi dengan segala macam kontroversi kerana pembangkang merasa sudah berada di persimpangan masuk ke dalam pagar Putrajaya.
Ada saja yang berbangkit...tak itu...ini tak ini...itu.
Pembangkang menjadi besar kepala apa lagi dengan dakwaan orang bukan Melayu kini dalam poket mereka.
Dari sinilah kita lihat pelbagai isu yang dulunya tidak berani disentuh dan sensitif dirobek sesuka hati.
Ini adalah realiti politik semasa.
Tanya mana-mana pemerhati politik sekalipun...semuanya tentu bersetuju PRU13 adalah 'kemuncak' bagi negara ini sejak kita merdeka pada 31 Ogos 1957.
Samada 'Kiamat' atau tidak 'kiamat' Malaysia...untuk menempuh badai kali ini...itu elok sendiri-sendiri mau ingat.
AGENDA DAILY
No comments:
Post a Comment