Friday, November 16

Ketua Pemuda Umno Perlis letak jawatan...



Dimanakah semangat yang pernah dikatakan oleh Ketua Pemuda Umno Perlis?MKP berharap KP UMNO Perlis ini membuat keputusan menarik balik demi perjuangan Alif Ba Dan Ta..PRU dah dekat sangat dan KP UMNO Perlis memikirkan semula perletakkan jawatanya...



Ketua Pemuda Umno Perlis, Mohsin Yusoff melepaskan kesemua jawatan parti yang disandangnya.

Beliau ketika dihubungi mengesahkan perkara ini dan memaklumkan akan menyerahkan surat peletakkan jawatannya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beliau tetap kekal sebagai ahli Umno demi perjuangan yang dibawanya selama ini.

Peletakan jawatannya dimuat naik di laman Facebook peribadinya semalam.

"Saya sudah penat dengan jawatan Ketua Pemuda Umno Perlis. Dah cukup tiga tahun saya memegangnya, dah penat...," kata tulisan beliau pada Facebook.

2 comments:

Anonymous said...

baru 3 thn jd ketua pemuda dah penat?belum lagi jadi wakil rakyat atau menteri....mmm

Anonymous said...

Mana tak penat , nama dia tak termasuk dalam 'winnable candidate'
Ini lah Melayu yang berjuang untuk Melayu?

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive