RAPID

Saturday, November 3

VIDEO : HEBAT ANWAR MENARI OPPA-GANGNAM STYLE?


Hidung boleh berdarah beb,Bila tengok anwar menari oppa Gangnam.Hebat pemimpin suci bagi penjilat tegarnya seperti sotong yang suam kuku tue...

Korang pecaya!!!!! mesti sotong tue suruh anwar menari macam nie kononnya untuk mendekati generasi muda supaya senang nak cari anak ikan baru.......opppppp sotong kau tak jeles ke? Anwar bakal dapat anak ikan baru....heee


SAYA dahulunya adalah admirer utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, sejak menuntut di Universiti Malaya antara tahun 1981-1984. 
Tambahan pula saya pernah menjadi sukarelawan mengajar anak-anak miskin di kelas STPM anjuran Yayasan Anda, satu-satunya sekolah persendirian yang diasaskan oleh Ketua Pembangkang itu. 
Sehingga kini saya kerap sekali menghadiri apa juga ceramah oleh Ketua Pembangkang itu. 
Sebagai seorang pensyarah yang juga banyak berceramah dalam program-program melibatkan komuniti, saya sememangnya kagum dengan retorik pidato beliau yang memang amat sukar ditandingi. Ada kalanya saya cuba meniru dan memetik beberapa ungkapan kata-kata pujangga serta ayat-ayat al-Quran yang sering beliau gunakan dalam ceramah-ceramah saya pula. 
Namun apabila saya membaca temuramah Othman Omar, Pengurus Besar PKNS yang juga bekas rakan kerja saya satu masa, dalam akhbar The STAR pada 21 Julai 2012 sekali gus saya lihat ada unsur-unsur hipokrasi dalam ceramah politik Ketua Pembangkang terutama dalam janji pilihan raya beliau bahawa jika PR berjaya ke Putrajaya , antara agenda utama beliau ialah memanggil semua peneraju Pengeluar Kuasa Bebas atau Independent Power Producers (IPP) untuk menyemak kembali kadar caj yang dikenakan kepada kerajaan dalam usaha menurunkan tarif elektrik kepada rakyat. 
Dalam wawancara Othman itu, beliau menegaskan bahawa pencapaian beliau selepas menerajui PKNS ialah berjaya mencatatkan keuntungan sebanyak RM420 juta dalam tahun 2011. 
Beliau juga mengesahkan dalam menjawab soalan ketiga bahawa PKNS mempunyai kepentingan saham dalam salah sebuah IPP yang sering menjadi bahan kritikan Ketua Pembangkang dan ia adalah penyumbang kepada keuntungan besar perbadanan milik kerajaan Selangor itu. 
Kalau Ketua Pembangkang dalam ceramahnya berapi-api mengkritik kerajaan memeterai perjanjian yang berat sebelah dengan IPP termasuk Genting Sanyen Berhad, bagaimana pula beliau boleh membenarkan PKNS, anak syarikat kerajaan Selangor, yang beliau merupakan Penasihat Ekonominya memiliki kepentingan saham dalam syarikat yang sering dikritik mengenakan caj yang "keterlaluan" kepada kerajaan dan seterusnya membebankan rakyat? 
Di satu pihak beliau cuba menjadi jaguh menolong rakyat, di waktu yang sama beliau merestui sebuah perbadanan milik kerajaan negeri untuk memiliki saham dan mengaut keuntungan di sebuah syarikat yang beliau sering selar sebagai menyusahkan rakyat? 
Justeru sebagai rakyat marhain, saya merayu kepada Anwar sentiasa mengamalkan "Kalimatul Haq" seperti mana yang sering ungkapkan dalam setiap ceramah beliau mutakhir ini yang mengaitkan seruannya itu dengan seruan yang sama dibuat oleh Dr. Yusuf Al Qaradhawi, Presiden Ulama' Sedunia kepada perhimpunan 3 juta belia di Dataran Tahrir Mesir agar sentiasa berkata benar dan menegakkan kebenaran dan bukannya berpegang kepada strategi politik ala Niccolo Michiavelli iaitu matlamat menghalalkan apa juga kaedah dan cara yang digunakan. 
Sebagai seorang pencinta Islam dan perpaduan, teringat saya antara wasiat terakhir Assyahid Imam Hassan Al Banna yang ditembak mati pada usia 43 tahun yang berpesan bahawa "Orang yang dicintai Allah adalah orang yang baik hati dan tutur katanya, dan orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang suka bermusuhan dan bersengketa sesama manusia". 
ANUAR HJ. AHMAD.



No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive