Thursday, March 28

DIALOG MENDEDAHKAN KEMALUAN GUAN ENG #GulingDAP


Sesi dialog kerajaan negeri Pulau Pinang dengan rakyatnya bersabit kewajaran pembinaan terowong bawah tanah di negeri itu gagal mencapai matlamat apabila kedua-dua panel yang dijemput tidak berupaya menerangkan secara terperinci mengenai kesan, keperluan dan impak pembinaan terowong itu dari pelbagai sudut.

Sesi dialog yang menampilkan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Lim Mah Hui dan Penasihat Chant, Prof. Dr. Jimmy Lim turut dihujani dengan pendapat rakyat yang mahu sistem jalan raya dan pengangkutan awam di negeri ini ditambahbaik.
 
Penyelaras DUN Pulau Tikus, Rowina Yam yang turut hadir dalam sesi dialog itu mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri mengadakan sesi dialog bersama rakyat memandangkan tender projek bernilai RM6.3 bilion itu telah pun diluluskan.

"Apakah tindakan yang akan diambil kerajaan negeri nanti selepas berjaya mengumpulkan maklum balas berhubung isu terowong ini memandangkan tender projek telah pun diberikan kepada syarikat terlibat?" soalnya.
 
Sesi dialog yang diadakan di Hotel Heritage 1926, di Georgetown, berlangsung dalam keadaan tegang berikutan rata-rata rakyat yang hadir meluahkan perasaan rasa tidak puas hati dengan tindakan kerajaan negeri yang membuat keputusan tanpa mengambil kira pandangan rakyat negeri itu terlebih dahulu sebelum meluluskan tender projek berkenaan.

Seorang peserta sesi dialog berkenaan yang mahu dikenali sebagai Ma Chua berkata, pembinaan terowong dasar laut yang akan menghubungkan Persiaran Gurney di bahagian pulau dan Bagan Ajam di Seberang Perai itu dilihat mampu memberikan kesan buruk terhadap pembangunan Pelabuhan Pulau Pinang.
 
Katanya, kedudukan terowong yang begitu hampir dengan kawasan pelabuhan mampu menyekat kemasukan kapal-kapal besar untuk berlabuh.

"Jika terowong itu dibina ia akan menyukarkan kerja-kerja mendalamkan laut yang sememangnya penting bagi menampung peningkatan kemasukan kapal terutamanya kapal-kapal besar dari semasa ke semasa," katanya ketika sesi soal jawab pada majlis dialog yang dianjurkan Citizen Awareness Chant Group (Chant) itu.

Seorang lagi peserta yang mahu dikenali sebagai Goh berkata, kerajaan negeri sepatutnya menumpukan kepada projek penguraian trafik di kawasan pulau berbanding projek pembinaan terowong dan monorel.

"Sepatutnya Pulau Pinang telah mempunyai pelan pengangkutan yang lebih efektif termasuklah projek pembinaan Mass Rapid Transit (MRT)," ujarnya.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng sebelum ini menyatakan beliau terpaksa mengambil keputusan membina projek terowong bawah tanah yang turut melibatkan pembinaan empat batang lebuh raya bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang semakin kronik di negeri itu.

Beliau berkata, sebelum mengambil keputusan itu, pelbagai alternatif sudah dilakukan kerajaan negeri untuk mengurangkan kesesakan itu antaranya menyediakan bas rapid secara percuma.
 
Beliau berkata dengan adanya empat batang lebuh raya dan terowong itu akan memecah dan menyelerakkan bilangan kenderaan di atas jalan raya di negeri itu.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri itu sebelum ini membantah projek itu kerana ia dikhuatiri akan merosakkan eko-sistem alam sekitar dan akan mengubah landskap Pulau Pinang yang sebelum ini diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive