Tuesday, March 26

#LahadDatu MENTERI PERTAHANAN PENGGANAS BOLEH SURF FACEBOOK LAGI SEBELUM DIBERKAS


Ini adalah posting terakhir yang di keluarkan sebelum ditangkap oleh Anggota Keselamatan Malaysia tempohhari. Dasyat sungguh Menteri Pertahanan Pengganas Sulu nie!! Sememangnya depa nie dibekalkan dengan duit yang banyak oleh pihak yang berkenaan. 

Orang yang sama ditangkap dalam hutan paya di Semporna pagi Sabtu 23 Mac lalu.

Yang lawak adalah orang yang disifatkan sebagai ‘Menteri Pertahanan Sulu’ ini masih lagi main facebook sehingga 15 Mac lalu.

Dengan tertangkapnya Amirbahar ia merupakan satu kejayaan besar bagi pasukan kita dalam Ops Daulat.

Dipercayai selama ini dia bersembunyi di Semporna dan tidak berada di Kampong Tandou dimana berlaku pertempuran berdarah 1 Mac.

amirbaha1
Manakala kejadian serang hendap yang akibatkan enam anggota polis terbunuh di Kampong Sri Jaya Siminul,Semporna pada 2 Mac dikatakan ada kaitan dengannya.

Dari facebooknya dipercayai Amirbahar mengikuti perkembangan isu pencerobohan mereka dan Ops Daulat menerusi internet.

Pada posting terakhir 15 Mac dia mengkongsikan sebuah pautan dalam satu portal berita yang menyiarkan kenyataan Setiausaha Agung PBB Ban Kim Moon minta semua pihak yang terlibat dengan kejadian di Lahad Datu berdialog.

Amir Bahar ditangkap bersama isterinya di satu kawasan paya, pada jam 1.30 pagi Sabtu, polis turut merampas dua beg komputer riba mengandungi tiga telefon bimbit, kad Western Union, kad SIM, jalur lebar, kad memori, fail yang mengandungi dokumen-dokumen yang berkaitan dengan Kesultanan Sulu, wang RM3,000, satu Brunei dolar, satu Riyal Saudi dan satu Cina yuan.

Jika tinjau gambar pada facebook Amirbaha ini adalah beberapa keping yang dimuat naik pada 5 Febuari lalu, tunjuk seolah-oleh ada breafing yang dibuat oleh Datu Amirbahar Hushin Kiram ini pada sekumpulan lelaki.
amirbaha2
Untuk rekod, puak yang dakwa ‘tentera kesultanan Sulu’ ini mula ceroboh Kampung Tandou Lahad Datu pada 9 Febuari dan dilaporkan kepada pihak berkuasa 12 Febuari.

Selain gambar baik punya dok breafing itu, ada juga gambar macam bekalan logistik baru sampai, selain gambar Datu Amirbahar Hushin Kiram bersama-sama dengan Jamalul Kiram dan Azimuddin Kiram.

Mereka tengah mengaminkan doa yang dibawa oleh orang lain.

Ada juga gambar ayah pada Amirbahar, Ismail Kiram, seorang ahli perniagaan bersama beberapa tokoh politik Filipina termasuk bekas Presiden Filipina Gloria Macapagal-Arroyo.

Kerajaan Filipina sebelum ini mengaitkan bekas Setiausaha (Menteri) Pertahanan kerajaan Arroyo sebagai antara individu yang disiasat berikutan pencerobohan Lahad Datu.

Facebook yang hanya mempunyai 182 orang kenalan itu rata-rata adalah keturunan Kiram, dan dari semakan Agendadaily, ada juga yang tulis menetap di Kuala Lumpur dengan nama Datu Amir Ali Kiram.
amirbaha3
Tidak banyak kemaskini di dalam profail tersebut, kecuali gambar-gambar, dan beberapa kenyataan pro penceroboh termasuk desak kuasa-kuasa asing ambik tindakan terhadap kerajaan Malaysia pada 5 Mac lalu.

Amir Bahar yang dicekup bersama isterinya baru-baru ini mungkin boleh rungkai apa sebenarnya yang terjadi disebalik kejadian pencerobohan Lahad Datu. Sama-sama kita tunggu…

Sementara itu, sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini memetik sumber melaporkan AmirBahar dan Azimuddin adalah antara beberapa orang yang dicari oleh polis sebelum serangan berdarah yang mengorbankan enam anggota polis termasuk penguasa penguasa dan pembantu di Kampung Sri Jaya Siminul pada 2 Mac.

Selain dari Amir, pasukan keselamatan telah mencari Azimuddin dan seorang lagi bernama Alianapiah, tetapi lelaki telah melarikan diri dari kampung.

Sumber berkata polis teruk memperhebatkan gerakan memburu Alianapiah, yang dipercayai masih di negeri ini.

Jamalul, Esmail, Alianapiah dan Azimuddin adalah antara enam saudara keluarga Kiram yang mendakwa mereka adalah keluarga pemerintah kesultanan Sulu.

Esmail,yang berkelulusan doktor falsafah dan dikatakan yang paling terpelajar di kalangan adik-adiknya, kali terakhir dilaporkan berada di Sabah pada November tahun lepas.

Difahamkan bahawa tiga orang lain, yang hanya dikenali sebagai Haji Kiram, Haji Kaluang dan Aidani, turut diburu ekoran pembabitan dalam pencerobohan Lahad Datu.

Haji Kiram dikatakan telah sebelum ini tinggal di Sandakan dan dikatakan mempunyai seorang anak perempuan yang berkahwin dengan kakitangan kerajaan.

Haji Kaluang, ahli “Majic 8″ komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), didakwa salah satu pembiaya pencerobohan.

Orang ketiga, Aidani, yang merupakan penduduk Semporna, berperanan sebagai penjaga senjata api dan dikatakan telah menyimpan senjata api di lokasi rahsia di Semporna.”



No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive