Wednesday, March 13

Wang Bukan Boleh Mengubati Kesedihan #LahadDatu @Zahid_Hamidi


Ganjaran bukanlah dicari akan tetapi semangat perjuangan mempertahankan negara supaya tidak dicerobohi itu lebih penting. Walau sebanyak mana wang yang ditabur tidak akan dapat mengembalikan orang yang tersayang.Sesungguhnya pergorbanan pejuang Syuhada negara yang terkorban pastinya dikenang oleh rakyat Malaysia.
Dua anggota tentera yang terkorban dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dinaikkan pangkat kepada Koperal penuh, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini. 
Beliau berkata, imbuhan untuk kedua-dua ibu bapa Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Ruslan, 21, akan diberi melalui beberapa faedah perkhidmatan. 
“Wang bukan boleh mengubati kesedihan kehilangan orang tersayang tapi ia tanda rasa prihatin daripada Kementerian Pertahanan, warga Angkatan Tentera dan rakyat Malaysia," katanya di Pangkalan TUDM Subang, di sini hari ini. 
Beliau hadir memberikan penghormatan terakhir apabila jenazah dua wira negara itu diterbangkan ke sini dari Sabah. 
Turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 
Ahmad Hurairah merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia pertama yang terkorban sejak insiden pencerobohan pengganas di Sabah 12 Feb lepas. - BERNAMA


Kenyataan dangkal Nurul Izzah yang memperlekeh-lekehkan anggota keselamatan sebelum ini.

KUPASAN TERBAIK DARI Dr MIM MENGENAI KRONOLOGI PENGLIBATAN PEMBANGKANG KLIK

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive