Waris Kesultanan Sulu mengumumkan gencatan senjata sebelah bagi mengelak lebih banyak pertumpahan darah di kalangan kumpulan pengikutnya yang kini terperangkap di Lahad Datu.
Gencatan senjata itu diumumkan oleh jurucakapnya, Abraham Idjirani dalam satu sidang media di Taguig City, Filipina.
Ia diisytiharkan pada pukul 12.30 tengahari tadi.
Pada masa sama, keluarga Kiram meminta pasukan keselamatan negara melakukan hal yang sama.
Media Filipina yang memetik pengumuman itu melaporkan kesediaan keluarga waris Kesultanan Sulu itu untuk mengambil pulang ahli keluarga mereka yang kini berada di Sabah sekiranya pasukan keselamatan negara mematuhi gencatan senjata tersebut.
3 comments:
gencat senjata oleh pemimpin rencat akal...cis, nyawa dah hujung senjata ATM baru ko nak mintak nyawa ye...
JANGAN BAGI PELUANG...TANGKAP DAN HUKUM GANTUNG!
TAK PERLU TANGKAP!TAK PERLU GANTUNG!
SEMBOYAN BERBUNYI..."HAPUSKAN MUSUH"
NAMPAK SAJA... TEMBAK!
SEMUA PERAJURIT FAHAM..TUGAS MASING2.
Post a Comment