Tuesday, March 26

TERLONDEH SELUAR PULAK LEPAS NIE ......


Tun Daim Zainuddin memberi amaran bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendalangi rusuhan dan tunjuk perasaan jika Pakatan Rakyat gagal menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
 
Mantan Menteri Kewangan itu berkata Anwar sudah pun menguar-uarkan kepada dunia bahawa pembangkang akan menubuhkan kerajaan baru “walaupun beliau sendiri tahu (Pakatan) tidak akan menang.”
 
Jika kalah, Anwar “akan terus mendakwa berlaku penipuan dan cuba membawa Arab Spring di sini (dengan) menghasut rakyat (untuk) merusuh di jalanan bagi mendapatkan balik undi mereka,” kata Daim.
 
“Ini akan menimbulkan huru hara. (Tetapi) beliau tidak peduli kerana cita-citanya (menjadi Perdana Menteri) mengatasi segala pertimbangan. Pakatan pun tidak peduli kerana mereka berada di pihak sama,” tambah Daim.
 
Arab Spring dirujuk sebagai pemberontakan rakyat di Mesir dan beberapa negara Arab yang lain terhadap pemerintahan kuku besi beberapa tahun lalu.
 
Daim dilihat sebagai menteri kewangan yang paling berpengalaman di dalam Kabinet Tun Mahathir Mohamad sebelum bersara daripada politik untuk menceburi semula bidang perniagaan.
 
Pada pilihanraya lalu, beliau membuat ramalan tepat bahawa Pakatan Rakyat akan membuat kejutan kerana kepimpinan BN ketika itu begitu lemah.
 
Dalam wawancara bersama akhbar The New Straits Times sebelum ini, Daim menggesa rakyat supaya memberi mandat kepada Najib yang setakat ini melaksanakan pelbagai program transformasi dengan baik.
 
Bekas Bendahari Umno itu mengupas rekod Anwar dalam kerajaan dan Umno sebelum beliau dipecat pada tahun 1998 oleh Mahathir.
 
Daim menyifatkan Anwar sebagai seorang yang terlalu taksub untuk memegang kuasa.
 
"Cita-cita peribadinya mengatasi segala-galanya dan menghantui dirinya hingga beliau tidak kisah mengorbankan keamanan dan kestabilan negara," kata beliau.
 
Daim berkata, tuduhan Anwar kononnya proses pilihan raya di negara ini dicemari, tidak masuk akal kerana pembangkang menawan Kedah, Pulau Pinang, Selangor Perak serta mengekalkan Kelantan pada PRU ke-12.
 
“Jika kerajaan menipu pada pilihan raya, bagaimana pembangkang boleh menang banyak kerusi ?" soal Daim sambil menegaskan tidak ada pilihanraya di dunia yang sempurna sepenuhnya.
 
Daim berkata Anwar membawa politik yang lebih kepada retorik dan menabur janji kosong.
 
“Beliau janji nak bentuk kerajaan pada September 2008. Semua orang gementar dan ramai yang percaya. Itu gaya beliau, hanya cakap dan berjanji,’ kata Daim.


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive