Tuesday, March 26

SIAPA YANG LEBIH KEPADA #PENIPU DAN LIDAH BERCABANG....


Tabiat buruk ini ditiru oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Anak muda yang pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim ini membuat pembohongan mirip idola stor Kunyitnya.

Amat bahaya jika Malaysia dipimpin oleh orang yang tidak teliti dan mudah dikuasai oleh rasa hasadnya sendiri.

Rafizi langsung tidak beradab untuk meminta maaf dan membuat pembetulan. Seperti Saifuddin, Rafizi juga hanya mendiamkan diri. Jika Rafizi benar seorang akauntan bertauliah tentu dia akan bersikap lebih rapi dan adil.

Beliau juga perlu insaf bahawa dalam daftar pemilih SPR ada ramai yang mempunyai nama yang sama. Cuba Rafizi teka mana satukah di antara ramai Rafizi di bawah ini adalah butir peribadi beliau.
 
 
 
 
 

Satu ciri kepemimpinan Pakatan Rakyat ialah berbohong. Tabiat buruk ini amat ketara di kalangan pemimpin muda pembangkang. Ia membayangkan seolah-olah bohong ialah subjek utama dalam kurikulum perkaderan politik mereka. 
 
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pernah menuduh bahawa Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar adalah ahli Umno.
 
Saifuddin mendakwa beliau bersandarkan maklumat daripada senarai keahlian Umno sendiri bahawasanya Wan Ahmad Wan Omar, kad pengenalan bernombor 490101-03-5179 dan kad pengenalan lama 2756290 adalah ahli Umno bernombor 2374564 di cawangan Kubang Bunggor, Bahagian Pasir Mas, Kelantan.
 
Tujuan beliau jelas. Jika benar Timbalan Pengerusi SPR ialah ahli Umno maka tidak mungkin SPR akan berlaku adil ketika mengendalikan pilihan raya. Natijahnya ialah ia akan merobek wibawa SPR dan menyemai kebencian terhadap suruhanjaya itu. 

Oleh kerana cara pendedahan itu dibuat dengan penuh nafsu dan semangat ia segera menular menjadi agenda perbincangan rakyat pelbagai lapisan.
 
Namun apabila diteliti nama Wan Ahmad Wan Omar yang didedahkan oleh Saifuddin itu bukanlah Timbalan Pengerusi SPR. Beliau ialah seorang peniaga makanan. 
 
Apabila kebenaran terbentang luas, penipuan dan kerja jahat itu hanya dipendam begitu sahaja. Tiada permohonan maaf daripada Saifuddin mahupun partinya. 
 
Kesalahan beliau menggunakan identiti orang lain untuk memburukkan kredibiliti SPR amat kurang bertamadun. 
 
Demikian nampaknya matlamat politik dua pemimpin PKR ini. Malangnya dalam PASpun tidak jauh berbeza. Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Nizar Jamaluddin pun mempunyai tabiat yang sama. 
 
Beliau mendakwa kerajaan sudah berbuat aniaya pada keluarga dan waris mangsa buruh paksa landasan maut di Burma dalam Perang Dunia Kedua. 
 
Kononnya menyesali tindakan tenteranya memaksa pemuda Malaysia membina landasan keretapi maut hingga ke Burma (Myanmar), kerajaan Jepun membayar pampasan RM207 bilion.
 
Nizar mendakwa pampasan itu sudah dibayar pada kerajaan Malaysia. Beliau juga mendakwa ada bukti Kementerian Kewangan telah menghantar surat pada waris buruh paksa memberitahu mereka akan dibayar pampasan. 
 
Ternyata kemudian dokumen yang digunakannya itu adalah palsu. Ini disokong oleh penjelasan Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur bahawa kerajaannya tidak pernah bersetuju apatah lagi membuat bayaran berkenaan. 
 
Seperti biasa tabiat pembangkang, apabila pembohongan mereka didedahkan, mereka hanya mendiamkan diri dan mencari helah lain untuk berbohong lagi. Misi mereka ialah menyemai rasa benci. 

Seganding Nizar ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Dengan menayangkan surat arahan kononnya daripada ibupejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada semua Pejabat Pendaftaran negeri, Mahfuz mendakwa kad-kad pengenalan siap tetapi tidak dituntut dihantar ke pejabat Jabatan Pendaftaran Keningau di Sabah.
 
Beliau mendakwa ini mungkin ialah satu lagi skim pengundi hantu di Sabah. Kad-kad pengenalan ini dikatakan akan diberi kepada warga asing kononnya supaya mereka boleh mengundi dalam pilihan raya umum dan memilih Barisan Nasional (BN). 
 
Apabila pegawai Jabatan Pendaftaran membuat laporan polis bahawa apa yang ditayangkan oleh Mahfuz itu adalah surat palsu,  beliau hanya berdiam dan tidak berani menimbulkan isu itu lagi. 
 
Sekali lagi, pemimpin pembangkang tidak berasa bersalah dan tidak malu berbohong pada khalayak ramai. Malah mereka berasa tidak perlu minta maaf kerana berbohong adalah perbuatan keji dan jenayah. 
 
Amat malang bagi Malaysia jika pembohong-pembohong muda begini diangkat menjadi pemimpin. Yang pasti mereka akan menyajikan lebih banyak pembohongan pada rakyat.  


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive