Sunday, March 17

ORANG UMNO MARAH GAMBAR "NAMPAK MACAM SAYA TAPI BUKAN SAYA"


MKP mendapat respon dari Orang UMNO di Parlimen Permatang Pauh dan Pulau Pinang mengatakan ketidakpuasan hati mereka penyebaran gambar dari sedutan video mirip kepada Anwar. Marah dan kecewa kerana yang disalahkan adalah UMNO sedangkan penyebar gambar ini tidak diketahui indentitinya.

Kenapa MKP mengunakan "Orang UMNO" tidak Ahli UMNO yang sepatutnya kita dengar dan ketahui. Istilah Orang UMNO selalunya digunakan pada mereka menjadi Ahli berdaftar UMNO yang sah serta menjiwai Perjuangan UMNO yang di mulakan dengan Kalimah Allah...

Ahli UMNO hanya menjadi Ahli akan tetapi  tidak dapat menghayati perjuangan apatah lagi  memahami maksud sebenar perjuangan UMNO. Mungkin yang menyebarkan gambar ini hanyalah Ahli UMNO.MKP berkata mungkin kerana ada udang disebalik batu membolehkan pertikaian berlaku serta tomahan dilemparkan pada UMNO sedangkan pelaku aksi sumbang itu langsung tidak dipertikai sebab dan mengapa? 


Video ini menjelaskan apa yang MKP katakan sebelum ini. Jawapan Anwar seperti biasa serta  jalan ceritanya selepas ini boleh diagak.MKP yakin dan pecaya raja drama hindustan ini  menjaja dipelusuk negara membolehkan simpati diperolehi.Sebenarnya siapa yang mendapat " Politic Milage" dari cerita ini. Pembaca boleh menilai sendiri..!!!!!

Elok sangat Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail cuba-cuba 'tanya sama Anwar' apa cerita ini? 
Nurul Izzah juga kena nyanyi lagu sama kepada bapanya yang tengah syok dendangkan 'tanya sama Najib'. 
Mereka juga kena duduk tenang-tenang dan tanya sama hati sendiri (kalau benar itu Anwar ) apakah ini jenis orang yang mahu dihidangkan sebagai calon Perdana Menteri kepada rakyat jelata. 
Tolak sebelah DAP yang mungkin tidak akan ambil kisah.Kalau benar seperti didakwa bagaimana Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi yang mengetuai Parti Islam SeMalaysia boleh duduk dibawah penghulu yang ada nafsu songsang amat jijik ini. 
Politik tetap politik tetapi tanggongjawab pada agama dan bangsa lebih utama. 
'Laluan depan' dengan GRO asal China sudah didedah tidak lama dulu dan pagi Sabtu muncul pula babak 'laluan belakang'. 
Kalau dulu Datuk T,kini ia muncul menerusi sebuah laman blog oleh insan yang tidak dikenali. 
Tanya sama orang...semua sekata naik mual nak termuntah melihat aksi asmara dana lelaki VS lelaki yang dipapar dalam gambar-gambar 'still photo' yang dipercayai disedut dari rakaman video aksi berkenaan.

Anwar selepas satu majlis di sebuah hotel dekat Kuala Lumpur petang Sabtu

Pelakonnya jelas mirip macam Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang lelaki tidak dikenali.
Lokasinya sebuah bilik hotel.Dimana tak diketahui setakat ini.
Itu baru Part 1 seperti ditulis oleh tukang dedah di blog  http://rajagoyang360.blogspot.com.
Nampak macam ada Part 2 dan Part 3.Lojik akal dapat duga video penuh yang dirakam melalui kamera tersembunyi mesti ada. 
Dulu masa video yang disahkan oleh pakar luar negara 99.9 peratus tulin ramai yang kata 'cukup kenal wajah pelakon' dalam aksi dengan China Doll. 
Kini dari gambar-gambar still photo reaksi sama sudah terdengar reaksi sama. 
Antaranya bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan Zahid Md Arip yang nengaku sudah tengok sendiri gambar-gambar berkenaan di laman-laman blog. 
"Memang dia..saya cukup kenal lenggok dia,"katanya kepada Agendadaily. 
Zahid yang kini mengetuai sebuah NGO, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) juga tidak terkejut melihat sehingga petang Sabtu tidak kedengaran kalangan bos-bos pakatan pembangkang yang berani nak komen pendedahan sensasi ini. 
"Mungkin mereka panik dan tengah perah otak bagaimana hendak bagi jawapan yang memperbodohkan rakyat,"katanya. 
Bagi Zahid pendedahan ini menjawab pelbagai dakwaan yang berlegar selama ini tentang nafsu depan belakang Anwar. 
Beliau menduga paling tidak Anwar akan buat penafian kosong dakwa ini konspirasi dan fitnah UMNO. 
Dugaannya tepat sekali.Petang Sabtu Agendadaily sendiri berusaha untuk mendapat reaksi dari mulut Anwar sendiri. 
Peluang ini terbuka bila mendapat khabar beliau akan menghadiri satu forum di sebuah hotel di Bandar Utama dekat Kuala Lumpur.


Namun bila tiba di situ wartawan dan jurugambar Agendadaily tidak dibenarkan masuk dengar forum berkenaan. 
Sebaliknya wartawan Malaysiakini dan Keadilan Daily dibenar masuk.
Rupanya semasa forum berkenaan Anwar ada menyentuh mengenai pendedahan di laman blog itu. 
Apapun tunggu punya tunggu setelah lebih sejam lamanya,Anwar keluar hendak pulang.
Bersama tiga wartawan lain,Agendadaily cuba ambush Anwar untuk minta komen mengenainya. 
Asalnya Anwar buat muka kering tidak mahu layan.Ini sehinggalah wartawan Agendadaily kata padanya " tak kan nak tanya pun tak boleh". 
Anwar lantas jawab 'ini fitnah jijik UMNO menjelang pilihanraya'. 
Ditanya samaada beliau akan ambil tindakan undang-undang,Anwar kata tidak pasti dan akan serah kepada peguamnya untuk menanganinya. 
Wartawan Malaysiakini yang dapat masuk forum anjuran Anwar Ibrahim Club itu melaporkan Anwar antara lain kata dulu (video seks China Doll) perutnya buncit sikit tetapi sekarang nampak muscular. 
Beliau cuba perlekehkan pendedahan-pendedahan yang dibuat dengan kata orangramai cukup bijak untuk tidak percaya pada fitnah dan tetap datang mendengar ceramahnya.
Katanya beliau tetap bersemangat untuk teruskan perjuangannya kerana yakin kepada kebijaksanaan orangramai. 
Beliau juga cuba perlekehkan ,siapa yang baca dan tonton akhbar Utusan Malaysia dan TV3. 
Sementara itu Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang ditanya mengenai pendedahan terbaru ini semasa sidang akhbar selepas majlis bersama 700 jentera siber BN di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada lewat pagi Sabtu menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri kesahihan gambar-gambar itu. 
Beliau mengingatkan samada lelaki itu Anwar atau bukan, jangan main tuduh-tuduh ia merupakan konspirasi BN. 
"Apabila mereka tuduh ia konspirasi BN, maka kita kena jawab,"ujarnya. 
Menurut Khairy, BN tak kuasa menentukan siapa hendak masuk ke bilik tidur siapa...
"Jangan tuduh BN mengamalkan politik longkang ,"tegasnya. 
Nak kata fitnah atau apa...namun kebenaran tetap kebenaran. 
Apa yang semua orang tunggu sejak pendedahan video seks 99.9 peratus tulin dulu ialah kebenaran. 
Alasan bodoh video itu besi tidak boleh jadi bukti...hanya masuk kategori suatu jawapan yang cuba memperbodohkan minda segenap manusia atas muka bumi ini. 
Kalau berani untuk tutup segalanya...jawapannya ialah satu siasatan terbuka. 
Anwar boleh tidor lena jika namanya dibersih menerusi siasatan itu. 
Kalau didapati benar itu Anwar,satu Malaysia boleh menarik nafas lega 'pelakon' ini boleh dianggap satu bahan sejarah yang pernah mewarnai senario politik negara.  
http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/panaspanas-kali-ini-gambar-aksi-dengan-jantan-pula-dah-tersebar.html









No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive