Saturday, March 9

APAHAL ISTERI POLIS MENGAMUK KAT PENANG.........


Satu laporan polis telah dibuat oleh PERKEP (Persatuan Isteri Isteri Polis) terhadap Chua Tian Chang (Tian Chua) berhubung kenyataannya yang mengatakan kematian dua orang anggota polis VAT69 di Lahad Datu tempoh hari merupakan satu SANDIWARA politik...

Seramai 360 isteri isteri Polis telah berkumpul dan mengadakan perhimpunan aman di hadapan IPD Timur Laut, Jalan Petani bagi menyatakan bantahan terhadap kenyataan Tian Chua yang disifatkan keji, hina dan tidak mempunyai semangat kenegaraan..

Antara tuntutan yang dibuat oleh PERKEP ialah mendesak Tian Chua untuk meminta maaf secara terbuka

terhadap wira wira negara yang selama ini mengadai nyawa mereka untuk nenjaga keamanan negara..

Insiden yang berlaku di Lahad Datu bukanlah satu gurauan dan ianya harus dipandang serius oleh semua rakyat Malaysia..
PERKEP juga mencabar Tian Chua bersama kuncu kuncunya (kalaulah anak jantan) untuk pergi ke Lahad Datu bersama sama anggota keselamatan negara untuk mempertahankan negara.. EP





No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive