Tuesday, March 26

APA KORANG SUSAH POK NIK NAK BERTANDING SAMPAI MATI DER...............



Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Wan Ubaidah Omar secara peribadi berpendapat sudah tiba masanya untuk Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berehat dari politik sekali gus berhenti daripada terus bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akan datang.

Wan Ubaidah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri itu berkata, desakan itu dibuat ekoran mengambil kira keadaan kesihatan Menteri Besar Kelantan itu meskipun beliau tidak dapat menafikan kehendak lebih ramai pihak yang mahu Nik Aziz terus memimpin.

"Memanglah secara peribadi kita nak Tok Guru (Nik Abdul Aziz) berehat tetapi oleh kerana ramai mahukan kepimpinan, karisma dan barakah beliau, kita tak boleh halang, ini pun keputusan dibuat PAS Pusat, selagi orang nak kepada Tok Guru kita terimalah, Tok Gurulah yang (merasa) letihnya tetapi kita tak.

"Kalau pengasas Hamas Almarhum Sheikh Ahmad Yassin boleh mentadbir dari kerusi roda, kita ada Timbalan (Menteri Besar) dan pegawai yang seharusnya boleh menjalankan tanggungjawab Tok Guru sebagai pemikir yang mengarahkan dasar-dasar sahaja.

Sementara itu, penganalisis berpendapat Nik Aziz pasti menjadi liabiliti kepada parti itu sekiranya meneruskan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya sampai bila-bila.

Dalam usianya yang sudah tua dan uzur, beberapa penganalisis politik turut meramalkan penolakan kuat daripada golongan muda terhadap kepimpinan Menteri Besar Kelantan itu sekiranya beliau berbuat demikian.

Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datuk Dr. Samsul Adabi Mamat berkata, penglibatan dinosaur politik seperti Nik Abdul Aziz menyebabkan landskap politik negara mundur.

"Nik Abdul Aziz sejak 1967 sudah masuk PAS, jadi lebih 40 tahun dalam politik. Dalam usianya yang sudah hampir menginjak 90 tahun, apakah perkhidmatan yang boleh dilakukannya, apatah lagi membawa perubahan?

"PAS perlu sedar perkara ini agar parti itu mampu memberi cerminan segar kepada pengundi atas pagar, jangan bila mereka pegang kuasa tidak mahu melepaskan, bukan Nik Aziz, Karpal Singh dan Lim Kit Siang juga," katanya.

Dalam pada itu, Penasihat Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (PEWARIS), Datuk Dr Ahmad Zaki Ismail berkata Nik Aziz sebagai pemimpin yang arif at Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (PEWARIS), Datuk Dr Ahmad Zaki Ismail berkata Nik Aziz sebagai pemimpin yang arif akan pengalaman beliau untuk memberi nasihat, meluangkan masa untuk keluarga dan melakukan aktiviti yang tidak menimbulkan kebencian antara ummah," ujarnya.

Akhbar hari ini melaporkan Nik Aziz tetap dengan keputusannya untuk bertanding pada PRU ke 13 akan datang, malah beliau juga dikatakan akan terus bertanding sampai bila-bila waima terpaksa menggunakan kerusi roda sekali pun.
 
Nik Aziz berkata, beliau hanya akan berundur daripada politik sekiranya PAS tidak lagi memerlukannya.

Bagaimanapun, ujar Nik Aziz bagi PRU13 kali ini PAS Pusat telah membuat keputusan untuk beliau terus bertanding.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive