Itu yang bermain difikiran MKP setelah menatap gambar diatas. Jelas dan nyata memang ini adalah menteri UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama anggota tentera serta Polis di perbatasan medan perang. Mana pemimpin Pakatan harami langsung tak menjenguk dan tunjuk muka. Sembang macam ayam jantan berkokok akan tetapi taik penuh di ekor..
MKP teruja melihat Timbalan Perdana Menteri bersama anggota keselamatan setidak-tidaknya hadir memberi perangsang serta semangat pada anggota keselamatan menjalankan tugas mereka. Sesungguhnya pengorbanan mereka dihargai..
Tan Sri Muhyiddin mengambil makanan sendiri bukannya dihidangkan seperti biasa.Siap ceduk lauk sendiri lagi. Jangan pulak lepas nie yang kata sambutan VVIP bila TPM datang. Panas Anwar bila menantap Gambar nie..
BAPA Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah,Ismail Husin menunjukkan SMS terakhir kiriman Allahyarham sebelum terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah hari ini. - UTUSAN
"Saya reda kerana kematian arwah adalah untuk mempertahankan negara," kata Ismail Husin, bapa Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah hari ini.
Ismail, 55, berkata, beliau menerima berita sedih yang menimpa anaknya itu kira-kira 2.30 petang ini daripada seorang rakan Allahyarham yang menelefon memberitahu anaknya terlibat dalam pertempuran dan terkorban.
"Kali terakhir (Allahyarham) jumpa saya ialah pada hari raya Aidilfitri 2010, selepas itu kami banyak berhubung melalui telefon dan SMS," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bayu Lalang di sini hari ini.
Menitis air mata MKP membaca apa yang disampaikan oleh ayah pejuang negara ini. Tapi ada jugak pihak pembangkang mengatakan ini semua sandiwara UMNO. Kalaulah pemimpin itu berada ditempat ayah Arwah apakah perasaanya...
No comments:
Post a Comment