Saturday, March 16

Terkini : #LahadDatu Pengikut Jamalul Kiram DiKesan


Jumlah pengganas pengikut Jamalul Kiram dipercayai kini hanya tinggal dalam lingkungan 20 orang sahaja lagi.

Kesemua mereka telah berpecah kepada beberapa kumpulan kecil dan terkepong di kawasan Kampung Sungai Minyak.

Gempuran terakhir yang dirancang (mungkin dilanjutkan beberapa hari lagi sebelum dilancarkan) dijangka akan menumpukan kepada kumpulan terbabit.

Namun, serangan terakhir bukan sesuatu yang mudah kerana kumpulan yang tinggal dikatakan memiliki segala bentuk senjata berat termasuk RPG.

Sekiranya pemimpin mereka Agimuddin masih hidup, dia dipercayai mungkin berada dalam kumpulan terakhir berkenaan.

Setakat ini, 61 pengganas telah ditembak mati, 35 yang cuba menyusup balik ke Filipina ditahan tentera laut negara itu manakala 233 individu dipercayai sama ada pengganas atau tali barut telah ditahan.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive