Wednesday, March 27

BOB LOKMAN MENGAKU!!! JADI UMPAN PAS........


Bekas pelawak dan komposer, Bob Lokman hari ini mengaku dirinya dipergunakan untuk memancing kehadiran orang ramai ke ceramah-ceramah anjuran PAS. Populariti yang dimilikinya sudah cukup untuk menarik lebih ramai pengundi dan penyokong untuk hadir ke majlis-majlis ceramah PAS.

Tapi MKP agak musykil dengan apa yang dilakukan oleh PAS kerana mengutip derma bagi memenuhi Kantung Parti untuk kepentingan individu tertentu sahaja terutama pemimpin mereka sendiri.

Bekas ahli PAS seumur hidup, Zainol Ismail, mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan berlaku penyelewengan Tabung Memali oleh pimpinan PAS sejak 1985. 

“Banyak penyelewengan berlaku dan ia sudah berlarutan terlalu lama, namun perkara itu tidak pernah diambil tindakan oleh pimpinan PAS,” katanya.

Insiden berdarah Memali berlaku di Kampung Memali, Baling, pada 19 November 1985 apabila kira-kira 200 anggota polis bertembung dengan kira-kira 400 penduduk, yang juga pengikut Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali Ibrahim Libya. 

Kejadian itu menyebabkan menyebabkan 14 orang awam dan empat anggota polis terkorban, manakala 159 lagi ditahan, termasuk 36 daripadanya dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sementara itu, Cikgu Non turut menyelar sikap pimpinan PAS yang disifatkannya sebagai lidah bercabang kerana sentiasa memberi kenyataan tidak konsisten berhubung banyak perkara, termasuk hal berkaitan agama Islam.


Dua tahun lalu, Cikgu Non yang menulis buku ‘Mat Sabu : Air Mata di Bumi Memali’, pernah membuat laporan polis atas dakwaan diugut dan dikasari Lujnah Keselamatan PAS Kedah berikutan bukunya itu, yang dikatakan mendedahkan penyelewengan mengenai pungutan derma kepada Tabung Memali.

Bob juga berkata beliau hanya perlu tampil di khalayak dan tidak perlu menunjukkan sikap pandai dan tidak perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai politik.

Takkan nak kena ada ilmu bila kebenaran didedahkan dengan fakta dan bukti namun sehingga kini kepimpinan PAS membisu serta tidak mengambil apa-apa tindakan.

Bob kemudiannya dengan bersahaja berkata, beliau adalah umpan pada setiap ceramah Pakatan Rakyat yang dihadirinya.

“Saya sebagai umpan..jadi orang akan tunggu bila Bob Lokman nak bercakap ni.

Tapi sebelum Bob Lokman bercakap mesti ada Karung atau Guni untuk mengutip derma.... setahu MKP 10% diberikan pada penganjur 60% pada penceramah 30% pada PAS pusat.. Kalau kutipan pada malam tue rm 10,000  maka penganjur hanya dapat rm 1,000 penceramah rm 6,000 dan PAS Pusat dapat rm3,000 Perghhhh masyukkk tue....


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive