Saturday, March 23

VIDEO : GUAN ENG DIPUKUL DENGAN SELIPAR OLEH BELIA PULAK.........


Kira-kira 300 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), majoritinya belia Cina dan India hari ini berarak sejauh satu kilometer dari Jalan Macalister menuju Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) untuk menyerahkan memorandum membantah pembinaan terowong dasar laut oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.
 
Mereka yang terlibat itu merupakan wakil daripada tiga NGO iaitu Pergerakan Hak Belia Malaysia, 1Malaysia Brother dan Pertubuhan Belia Komuniti Pulau Pinang.
 
Presiden Pergerakan Hak belia Malaysia, Shen Yee Aun berkata, bantahan terhadap projek mega bernilai RM6.3 bilion itu dibuat memandangkan pihaknya beranggapan projek berkenaan hanya membazirkan wang rakyat.
 
Tegasnya, banyak NGO dan rakyat negeri menyatakan bantahan terhadap projek berkenaan kerana dilihat mampu mengundung kesesakan lalu lintas yang lebih teruk terutamanya di bahagian pulau.
 
"Kami rakyat Pulau Pinang tidak memerlukan penghubung ketiga antara pulau dan tanah besar. Cukup dengan dua jambatan sedia ada," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum berkenaan kepada wakil Pejabat Ketua Menteri di perkarangan Komtar di sini hari ini.



No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive