Tuesday, March 12

TERKINI : #LahadDatu @PDRMsia SAHKAN MAYAT HAJI MUSA KOMANDER PENGGANAS.......


Identiti Jeneral penceroboh Sulu yang ditembak mati pasukan kita dalam Ops Daulat di Tanjong Batu terjawab.Dia adalah Haji Musa.


Ini disahkan sendiri Ketua Polis Sabah,Datuk Hamza Taib dalam sidang akhbar di pusat media Felda Residence,Felda Sahabat,Lahad Datu pagi Selasa.

Sebelum ini media melaporkan mayat berkenaan adalah Haji Musa namun belum ada pengesahan rasmi.

Isu menyelubungi Haji Musa bukan sahaja setakat kejayaan pasukan kita menembak mati salah seorang komander penceroboh tetapi beliau dikatakan ialah bekas orang kanan Moro National Liberal Front (MNLF) yang diketuai oleh Nur Misuari.

Sebelum ini ramai pihak hairan bagaimana Jamalul Kiram yang dakwa dirinya Sultan Sulu mampu taja gerombolan yang lengkap bersenjata canggih serta lojistik untuk menceroboh Sabah sedangkan dia diketahui tidak ada wang.

Sekalipun komander utama gerombolan itu ialah azziemudin Kiram namun ada cakap-cakap berlegar tentang penglibatan orang-orang MNLF dalam pencerobohan itu.

Nur Misuari dalam reaksinya pada dakwaan itu telah menafikan penglibatan MNLF.

Katanya jika ada pun mungkin mereka pergi sendiri-sendiri tanpa restu dan pengetahuan dari pergerakannya.

Kebelakangan ini perisikan Malaysia dan Filipina sedang giat menyiasat teori konspiorasi dibelakang pencerobohan mengejut ini.


Nur Misuari mengakui ada bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jakarta beberapa bulan lalu.

Namun katanya pertemuan itu cuma untuk mengadu mengenai dakwaan layanan buruk Malaysia pada pendatang tanpa izin dari Filipina.

Dalam pada itu gambar pertemuan mereka ( tidak pasti bila) banyak tersiar di media dicelah kehangatan teori konsprasi ini.

Anwar telah menafikan beliau terlibat dalam sebarang usaha menghasut pencerobohan itu dan menyaman TV3 dan Utusan kerana didakwa cuba mengaitkannya.

Laporan berkenaan sebenarnya adalah berdasarkan laporan beberapa media Filipina dan ajensi berita baru-baru ini tentang pertemuan tokoh pembangkang Malaysia dengan orang kanan puak Sulu tidak lama dulu.

Rasa pelik ramai pihak ialah timing pencerobohan ini menjelang pilihanraya umum ke 13 yang akan didakan dalam masa terdekat ini.

Ini memandangkan isu tuntutan puak Sultan Sulu keatas Sabah bukanlah satu isu baru.Namun selama ini belum pernah berlaku sebarang pencerobohan bersenjata.


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive