Tuesday, March 19

TERKINI #LahadDatu KERETA KEBAL BAKAL TAMATKAN KRISIS LAHADDATU


Pasukan keselamatan menggunakan kereta perisai jenis Adnan dalam Ops Daulat untuk mengempur saki-baki pengganas bersenjata Sulu di Kampung Tanjung Batu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kereta tersebut mempunyai mobiliti lebih baik dan mudah digunakan.

"Kita lebih bersedia sekarang dan operasi menggeledah di kawasan Tanjung Batu akan diselesaikan sepenuhnya hari ini," kata Hamza pada sidang media di sini pada Selasa.

Hamza berkata tiga lagi suspek bersenjata berjaya ditahan pada Isnin menjadi jumlah tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kini 107 orang.

"Mereka ditahan di Kampung Sim Sim, Sandakan," katanya MSTAR 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive