Monday, March 25

APASAL ORANG KELANTAN NIE BODOH SANGAT.....KASI TUKAR AJE .......?

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) didesak supaya menyiasat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kenyataan beliau dalam isu kalimah Allah yang didakwa memutar belitkan tafsir ayat Al-Quran dan menghina Rasulullah S.A.W dengan menyamakan baginda seperti orang kampung.

Desakan itu dibuat oleh bekas Timbalan Ketua Keselamatan PAS negeri, Shaidi Husin kerena mendakwa kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz dalam isu-isu berkenaan boleh menyesatkan umat Islam.

"Sebenarnya perkara ini tidak boleh dibiar atau dipandang remeh oleh pihak berkuasa agama kerana ia boleh menyesatkan orang ramai, selain merosakkan kesucian agama Islam," katanya berucap pada Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di Kampung Kandis di sini malam tadi.

Dalam pada itu penceramah bebas, Rosdi Muda berkata, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini rakyat perlu bangkit membuat perubahan demi menjaga kedaulatan agama Islam yang semakin tercalar akibat permainan politik golongan tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, realiti politik hari ini jelas menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno mempunyai kemampuan dalam memartabatkan agama Islam berbanding pembangkang.

"Lihat sahaja setiap isu yang berbangkit terutamanya perkara membabitkan kalimah Allah, Umno sentiasa konsisten mempertahankan kalimah suci tersebut daripada digunakan oleh bukan Islam," katanya.

Katanya lagi, tidak ada sebab rakyat menolak BN pada PRU-13 nanti kerana selain soal agama, BN sentiasa memahami aspirasi rakyat dengan menyediakan pelbagai kemudahan serta bantuan yang sememangnya menjadi keperluan mereka.

2 comments:

Anonymous said...

alangkah ajaibnya bukan islam menjadi naib presiden pas ... ajaib sungguh ...
bayangkan dalam fikiran anda ...
semasa mahu melantik perdana menteri ... pas tulin (pas karat hijau/pas hijau) mencadangkan haji adi sebagai perdana menteri ... dan tiba-tiba pas celup (pas roket) membantah ... huh ... tentu huru hara jadinya ... pas sama pas bergaduh kerana hanya satu isu, iaitu isu siapakah perdana menteri ... pas celup mahukan nwar berahi ... pas karat hijau mahukan haji adi ... tentu huru-hara jadinya ...
cuba bayangkan pula ... pas celup tiba-tiba mojoritinya melebihi pas karat hijau dalam parlimen, memanglah pas majoriti ... tetapi yang celupnya ramai ... macam mana la nak dibentangkan hukum hudud ... belum pas karat hijau bercakap apa-apa pas celup dah bangun bantah ... kalau tengok keadaan sekarang ini ... setiap kali pas celup bantah ... pas karat hijau hanya mampu terkulat-kulat macam tertelan cicak saja rupanya.
cuba bayangkan pula pas celup bentangkan di parlimen bahawa mereka mahu supaya kalimah Allah diguna pakai dengan bebasnya di semua rumah ibadat ... dalam kes ini pas karat hijau (nik aziz, mahfuz, mat sabung dan haji adi) dah setuju ... cuma pas karat hijau harun din dan geng ulamak sahaja tak setuju ... tentu ianya dengan senang diluluskan ...
dan bayangkan selepas itu kalimah Allah dalam tulisan jawi akan terpampang di gereja, kuil, tokong, gudwara, wad ...
tentu nik aziz akan bersabda ... berkat perjuangan pas ... kini semua agama telah menerima Allah sebagai tuhan mereka ... banganya ...
dan apa pulak kata harun din ... setuju ... atau kekal dengan pendapatnya sesiapa yang berseuju bahawa Allah disekutukan dengan lain-lain tuhan maka mereka itu termasuk ke dalam golongan syirik ...
bayangkan pulak ... satu sabdaan nabi pas bahawa undi pas masuk surga ...
karpal sing ... telah bertekad ... langkah mayatnya dulu sebelum tubuhkan negara islam (kaedah pas iaitu negara islam secara mullah ...)
adakah undi penentang negara islam ini ... membolehkan seseorang itu masuk surga ... logikkah ...
kalau tanya pas karat hijau ... semuanya halal asalkan atas jenama pas ...

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive