Friday, March 22

JAMBATAN KEDUA BELUM SIAP LA APEK.... LU MAU TIPU SAPA #Rempuh243


Isu pembinaan terowong mula menampakan kebodohan Ketua Menteri Lidah Bewak, Cakap berbelit-belit seperti lidah bercabang. Jambatan kedua belum lagi siap dan masih lagi didalam pembinaan. Sejak bila Guan Eng dah pandai menilai keberkesanan Jambatan Kedua tue? Pandai sungguh Guan Eng menipu rakyat.. Berikut adalah kenyataan Dari Ketua Menteri penipu....
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberitahu pihaknya terpaksa membina lebuh raya baru untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di negeri itu. 
Beliau memberitahu lebuh raya yang ada kini sudah tidak mampu menampung jumlah aliran trafik seperti di Paya Terubong, Tanjung Bungah dan kawasan dalaman George Town. 
"Untuk menyelerakkan trafik serta untuk mengelakkan cerutan trafik akibat daripada kereta-kereta yang ingin memasuki atau meninggalkan Pulau melalui kedua-dua jambatan, terdapat keperluan untuk laluan penghubung ketiga dari Seberang Perai Utara (SPU)," ujarnya dalam satu kenyataan medianya, semalam. 
Beliau berkata demikian sebagai respon kepada dakwaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang menyifatkan pembinaan projek terowong bawah tanah dan beberapa lebuh raya sebagai tidak perlu dan membazir. 
Guan Eng juga menjelaskan pelbagai alternatif telah diambil sebelum kerajaan negeri memutuskan untuk melaksanakan projek itu. 
"Kami telah menyediakan bas percuma yang menelan belanja RM3 juta setahun di perkarangan bandar warisan George Town, diikuti pula dengan sistem "Park and Ride" yang berulang-alik dari Seberang Jaya ke Bayan Lepas dan Balik Pulau. 
"Kami juga telah mencadangkan supaya Majlis Perbandaran Pulau Pinang atau MPPP mengoperasikan syarikat bas sendiri untuk menyediakan pengangkutan awam tetapi ini juga telah ditolak oleh kerajaan Persekutuan," ujarnya. 
Guan Eng sebaliknya berkata CAP tidak pernah sesekalipun menyokong usaha kerajaan negeri tetapi hanya mengkritik dan memperlekehkan langkah yang diambil sebelum ini.
CAP sebelum ini menyatakan kebimbangannya terhadap alam sekitar jika projek mega yang menelan belanja RM6.3 bilion itu dilaksanakan. 
Mengulas kebimbangan CAP itu, Guan Eng berkata kerajaan negeri telah mewajibkan pematuhan Penilaian Impak Alam Sekitar Penuh (DEIA). Sekiranya ia tidak dipatuhi projek itu tidak boleh dilaksanakan. 
"Kerajaan negeri juga bimbang tentang impak kepada alam sekitar dan juga terhadap punca pencarian nelayan kerana kami komited untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri hijau. 
Nie apa cerita Wahai Lidah Bewak?

"Operasi Pelabuhan Pulau Pinang juga tidak akan terjejas kerana terowong akan dibina secara selamat di bawah dasar laut. Ramai pakar telah pun memberi pendapat bahawa terowong bawah dasar laut mempunyai impak yang lebih kurang berbanding jambatan," jelasnya lagi. 
Kerajaan negeri Pulau Pinang juga menerima bantahan banyak pihak bersabit pendiriannya untuk melaksanakan projek itu.

MKP Ayat Sempoi : Banyak percangahan Fakta, Ada jugak Melayu cai-cai Kena Kencing Hidup-hidup


1 comment:

Anonymous said...

Apasal bangang sangat? Sikit2 salahkan kerajaan pusat.. Habis yg dia suka hati toki dia buat terowong ni tak tanya pulak kerajaan pusat? Cibai punya ah beng ptui ptui ptui..

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive