Monday, March 11

GEMPAR : BAPAK SAIFUL MASUK PKR KERANA "MINAT" PADA ANWAR #UUlangISaman


Perghhh ayat tak boleh blah langsung bila seorang bapak yang sanggup minat pada peliwat yang meliwat anaknya sendiri...MKP agak hairan dengan tindakan Azlan ini...... Sanggupkah.....?


Ini adalah video pengakuan bersumpah dari Saiful , Takkan akuan bersumpah menjunjung Al-Quran didalam Masjid tak boleh diterima. Anwar sampai hari ini tak bersumpah.. Kenapa ?

Bapa kepada Saiful Bukhari Azlan hari ini menyertai PKR, setelah mengaku beliau sudah lama meminati kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, malah ketika Ketua Pembangkang itu terpalit dengan dakwaan meliwat anaknya.
 
Azlan Mohd Lazim berkata beliau menyokong kepimpinan Anwar  sejak tahun 1998 apabila bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipecat  daripada Umno dan kerajaan selepas dituduh oleh Tun Mahathir Mohamad sebagai tidak bermoral.
 
Azlan hadir pada sidang media keduanya dalam tempoh beberapa hari bersama pemimpin-pemimpin PKR dan PAS namun enggan menjawab sebarang persoalan mengenai  Saiful.
  
"Tujuan saya hadir untuk menyerahkan borang permohonan sebagai Ahli PKR," katanya sambil menegaskan beliau berpegang kepada kenyatannya 8 Mac lalu.
 
Pada tarikh itu, Azlan menarik balik segala tuduhan beliau terhadap Anwar, selepas lima tahun. Beliau juga menafikan anaknya di liwat oleh Ketua Pembangkang itu pada Jun 2008.
 
Bagaimanapun dalam sidang media berasingan, Saiful tegas bahawa beliau mangsa liwat Anwar dan kesal dengan tindakan bapanya itu. Beliau juga mengingatkan Anwar supaya tidak memperalatkan bapanya demi mencari keuntungan politik.
 
Azlan mendakwa beliau sudah lama “ berjuang sejak 1998  sebagai penyokong di peringkat akar umbi PKR.”  
 
"Saya amat meminati PKR dan hari ini saya menyokong penuh kepimpinan DSAI dan saya mendoakan agar kepimpinan PKR dan PR akan mencapai kejayaan cemerlang dalam PRU13 nanti berbanding keputusan PRU12," katanya.
 
Pemimpin-pemimpin PKR enggan mengesahkan sama ada Azlan akan digunakan dalam ceramah-ceramah pembangkang untuk menangkis dakwaan mengenai perlakuan seks Anwar menjelang PRU 13.
 
Pemimpin-pemimpin Umno mendakwa Azlan disuruh membuat penafian itu bagi “melembutkan’ PAS yang setakat ini enggan memberikan mandat terbuka kepada Anwar sebagai calon  Perdana Menteri pembangkang.
 
Ia juga bagi mencari undi Melayu yang menjadi kunci kepada nasib Pakatan Rakyat, khususnya PKR,  pada PRU 13.


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive